Tuesday 6 May 2014

Cara tutup akaun ASB

Saya telah berkira-kira untuk menutup akaun amanah saham berhad setelah sekian lama, tahun lepas saya pindahkan sebahagian besar duit dalam akaun asb ke akaun tabung haji, tahun ni berkira-kira nak tutup terus, hari ni baru berjaya. Mudah je rupanya nak tutup akaun asb tu, cuma keluarkan semua duit dalam tu, jangan tinggal walau rm10 sebab nanti dia akan beranak lagi.

Sebab nak tutup? Setelah saya google, saya baca di kebanyakan rujukan mengatakan bahawa asb tidak patuh syariah, bagaimana patuh syariah tu ye, tak patuh tu maknanya asb ada berniaga dalam institusi yang meragukan, saya tak kata haram, cuma bagitau apa yang saya tau je. Jika tersalah info maafkan saya. Saya ambil jalan selamat untuk pindahkan kesemua wang simpanan ke dalam akaun tabung haji. Saya yakin duit dalam tu selamat daripada faedah yang meragukan. Haa... macam tu. Risau jugak termakan duit yang tak tau mana asal usulnya.. lagi-lagi nak bagi anak makan.

Masa tengah berurusan tadi saya ternampak 1 pamplet berkenaan dengan tanah wakaf yang diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), tergerak hati untuk membaca, Wakaf ni lebih kurang macam ni kita beli tanah yang dijual pada harga rm30 yang berukuran 0.1 meter persegi. Pembeli boleh membeli dengan gandaan RM30 iaitu RM60, RM90 dan seterusnya. Pembeli hanya perlu isi borang yang terdapat dipejabat pos, mintak je dekat kaunter, isi berapa jumlah wang untuk beli tanah untuk diwakafkan...tandatangan... no lot akan diisi oleh ibu pejabat PEYATIM setelah pembayaran disahkan. Resit rasmi PEYATIM dan sijil penghargaan akan dihantar kepada alamat pembeli.

Mudah je nak berwakaf, untuk bekalan di hari akhirat nanti. Bagi anda yang berminat untuk berwakaf bolehlah berurusan di mana-mana pejabat pos. Urusan pun sekejap je, isi borang... bayar..diorang proses... siap... begitulah ceritanya. Jom berwakaf...ehehehe...macam iklan dalam radio plakkss

No comments:

Post a Comment