Sunday 26 January 2014

Cara atasi Batuk Selsema & Demam untuk bayi

Sabtu lepas, 18 jan 2014 Haqeem mula mengeluarkan simptom-simptom yang tidak menyenangkan hati seorang mama. Mula-mula keluar tahi mata yang banyak, bermula dalam waktu tengahari, bila petang dah mula batuk-batuk, padahal seharian kami duduk kat rumah je sebab suami saya bekerja, memang tak ke mana la. Bila dah batuk berterusan tu, kami decide nak bawak Haqeem ke klinik Intan, memang selalu ke klinik Intan jela sebab klinik panel saya. Saya memang takda pengalaman menangani anak sakit, sebab Haqeem tak pernah demam sejak dilahirkan.

Pukul 6.30 petang sampai ke klinik Intan, agak jauh sebenarnya dari tempat tinggal kami,Dah sampai sana ramai pulak yg sedang menunggu, pukul 9.30 baru kami dipanggil, ada kes kecemasan. Takpalah, lagipun badan Haqeem tak panas, cuma risau jugak tahi mata keluar banyak dengan batuk-batuk tu. Dr cuma bagi ubat batuk dengan selsema. Tapi sakit Haqeem tu berlarutan pulak dengan selsema, hampir 5 hari batuk, Haqeem mula selsema, malam jumaat lepas badan Haqeem agak panas, saya tuam dengan basic H Shaklee tu, ok la turun suhu( saya x ukur suhu badan Haqeem, nervous punya pasal). Ubat pun saya tak bagi sangat, cuma bagi 1 ml sehari je sebab melalui google saya dapat tahu tak elok untuk bagi ubat pada bayi kurang setahun, kerana bimbang bayi tertidur terlalu lama dan kahak menyekat pernafasan bayi, sebab tu ada kes bayi mati ketika tidur.. nauzubillah..

Cuma saya sendiri, jika sebelum ni saya cuma telan/kemam vitamin c sebiji sehari, sejak Haqeem demam ni telan 2 biji pulak vitamin c, untuk kuatkan imun sistem badan Haqeem. Vitamin c tu disalurkan melalui susu. cerita pasal susu pulak agak sedih sebenarnya sebab Haqeem kurang menyusu, nampak kurus dah sekarang. Biasanya saya bekalkan Haqeem dengan 4 botol susu 3.5oz, tak habis pun.. kadang-kadang habis, kadang-kadang tak, sejak batuk ni, saya bekalkan 3 botol pun tak habis, yela nak bagi banyak-banyak bazir jugak, memang Haqeem menolak susu.

Jika DF dia ok je, cuma sekejap-sekejap dia berhenti untuk ambil nafas. Dua hari yang lepas dia agak kurang menyusu tp better DF daripada bg melalui botol susu, mulalah bengkak susu, pam pulak tak bawak balik tinggal kat ofis. Malas nak usung ke hulu ke hilir, jadinya bengkak susu tak usah ceritalah, baju entah berapa kali tukar sehari. Tidur malam lagi seksa, tengok-tengok basah habis cadar. Tapi bersyukurlah dengan rezeki ni, alhamdulillah susu tetap banyak walaupun kurang ransangan dari Haqeem. Terpaksa la saya lupakan untuk telan alfafa, sebab jika telan alfafa lagi banyak susu keluar.

Ni petua untuk kurangkan selsema budak bawah umur 2tahun yang boleh kita amalkan secara semulajadi.

Sebaik-baiknya, jgn bagi baby makan apa2 ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih, rawatan stim dan tepukan percussion. Ini ialah cara semulajadi yang sgt sesuai utk bayi. Orang dewasa pun kalau nak buat boleh je. Baru-baru ni baby saya 2 bulan batuk dan selesema, saya cuba cara ni walaupun mula2 tu ragu2 juga, tapi alhamdulillah, mmg BERKESAN. Mak dan suami sy pun impressed. Berikut, sy kongsi cara2 nya:

1) buat minyak bawang putih. For your info, bawang putih ni antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambik sebijik bawang putih, cucuk dgn garfu n bakar atas api sampai masak, kemudian letak atas pinggan, buang kulit yg hangit tu dn lenyek2 bwg putih tu dgn myk habbatussauda atau evoo atau vco atau myk masak pn boleh.

2) rawatan stim: cara ni boleh guna air panas letak dalam baldi atau periuk nasi atau steamer apa2. Macam saya, guna air panas dalam baldi je sbb senang tp wap cepat hilang. Dalam air panas tu, titikkan minyak bawang putih tadi. Nak campur dgn minyak habbatussauda' lagi bagus.

Then, letak baby atas riba, tiarapkan dan pastikan baby dpt hidu bau wap tadi. Dalam proses ni, lagi kuat baby nangis, lagi bagus sbb kahak lg senang keluar. Untuk yg new born sgt, pastikan muka baby jgn terlalu dekat dgn wap.

3) tepukan percussion

Lps dah abis stim dalam 10 minit, tepuk belakang baby dengan cara tgn cupping, macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TAK KENA TULANG BELAKANG BABY DAN PASTIKAN BERLAPIK. tepuk di bahgian kiri dan kanan shj. Bukan tengah2. Takut kena tulang belakang.
Tepuk dalam 5 minit setiap kiri dan kanan.
Tepukan ni untuk keluarkan kahak baby melalui hidung dan najis. Macam anak saya, kahak x banyak keluar ikut hidung tapi najis. Cara nak tau, najis dia warna lain dan lbh likat dp biasa. Kalau keluar hingus, sedut atau lapkan.

4) lap peluh baby dan peluk dia supaya dia tenang. Then, sapu bawang putih tadi kat dada, belakang dada, ubun2 dan tapak kaki


Nanti bolehla cuba kat Haqeem, pernah terbaca dulu tapi lupa dah, malam ni bolehlah buat. Tak tegar dah mama tengok Haqeem nangis.... huhuhuhu..

No comments:

Post a Comment