Monday 4 August 2014

Lawas Period

Salam semua...semoga anda yang baru mula bekerja hari ni deprmudahkan urusan...

Hari ni nak bercerita pasal period yang tak stabil, apa yang saya lalui setelah setahun sebulan melahirkan Haqeem, saya period sekali sahaja selepas 60hari habis nifas, lepas tu langsung tak period dah. Selama ni saya buat tak kisah je, yela menyusu kan, ramai yang kata normal sebab badan ibu menyusu mengandungi hormon prolaktin yang tinggi. Jadi penghasilan hormon progesterone kurang, jadi tu yang menyebabkan period tak keluar.

Semalam, saya decide untuk berjumpa Dr di Pusat Kesihatan Intan, Kuala Terengganu. Nak confirmkan pasal benda ni la, risau juga kan, tambahan pula sejak puasa ni badan terasa cepat letih walaupun saya dah ambil vitamin shaklee. Saya pergi semalam pukul 12 tengahari, ramainya pesakit... setelah menunggu sampai ke jam 2.30 petang, barulah saya dipanggil. Mula-mula tu rasa nak give up jugak, tapi memandangkan dah banyak kali saya tangguh benda ni, saya sabarkan jugak menunggu. Hari khamis minggu lepas pun ada jugak saya nak pergi, tapi bila tengok kereta penuh parking kat klinik ni, tak jadilah nak pergi plus bukan saya berpenyakit, cuma nak dapatkan khidmat nasihat.

Jumpa dr, saya terus cerita keadaan badan macamana macam tu macam ni, Dr cakap perkara tu normal tambah2 saya full BF Haqeem, tapi Dr scan jugak la perut kot-kot saya mengandung, ada cyst ke, ujian pap smear dah buat hari tu, pun result ok takda masalah. Scan pun takda problem, cuma pundi kencing je nampak penuh sebab saya tahan kencing lama menunggu, malas nak ke toilet sebab ramai yang duk keluar masuk toilet tu...hihihi...ni memang habit saya yang teruk, malas nak g toilet kalau kat luar rumah, nak toilet best-best saje.... saya rasa bukan saya sorang kot macam tu, ramai lagi kan... hehehe... kalau nak membuang yang besar lagi la saya tahan... sanggup tunggu balik rumah... tak senonoh betul. Sebaiknya jangan macam tu ye, sebab nanti usus kita jadi malas.

Tapi, saya tetap diberikan ubat lawas haid, iaitu SunoLut, Norethisterone 5mg, sebanyak 10biji, makan sampai habis 2biji sehari dan juga vitamin b complex yang ada asid folic untuk tenaga. Patutlah, saya tak makan bcomplex yang shaklee punya.. sebenarnya tak suka vitamin b tu, sebabnya lepas makan bila sendawa bau vitamin tu... tak suka tak suka...

Kena amalkan jugak walaupun tak suka, asid folik vitamin paling penting untuk perempuan, yang nak mengandung, sedang mengandung, lepas bersalin, disarankan ambik bcomplex dan asid folic, semuanya untuk kebaikan kita ye wanita wanita sekalian alam... acece..nasihat orang je pandai... ok saya tak skip dah bcomplex.. sebiji sehari wajib amalkan pas ni... 

Ok... bagi anda yang nak dapatkan vitamin shaklee... boleh dapatkan dari saya... 0199738135... saya pasti memberi konsultasi terbaik untuk anda..

No comments:

Post a Comment