Sunday 7 December 2014

Kunci kereta berderai....

Assalamualaikum...

seminggu bercuti melawat atuk yang sakit, hari rabu lepas kami balik semula ke Terengganu. Alhamdulillah selamat sampai. Sampai rumah, husband pulak demam, sebelum tu saya dengan Haqeem yang demam, berjangkit pulak demamnya..

Alkisah boleh berderai kunci kereta saga blm kami tu macam ni...malam tu kami pergi ambik mak sebab macam biasa hari jumaat & sabtu mak memang duduk rumah kami, balik dari ambik mak kunci terjatuh, berderai kat depan pintu rumah kami, kami tak fikir apa-apa, cuma pasang balik jela...

Semalam, nak g kenduri kahwin dekat kampung, dah siap cantik-cantik, dah pakai lawa-lawa, masuk dalam kete dengan mak sekali, tengok tengok kereta takleh start. Husband cakap sebab bateri... ok la cabut bateri g kedai cas, 2 jam pulak tu cas, cas bateri tak mahal.. rm2 je en husband cakap, pastu... balik pasang tak hidup jugak.

Malam tadi kawan en husband mekanik balik dr Johor dia tolong tengokkan kereta, dah cek bateri, starter, enjin, semua ok.. takda masalah pun dia kata. Dia terfikir pasal kunci, kunci kot katanya... saya pun cakaplah.. semalam kunci berderai... hari jumaat tak ke mana, tak start kereta.

Sah lah dia ckp, cip dekat kunci hilang... hahahaha... punya duk cek enjin bagai..rupanya kunci kereta yang tak boleh pakai... tak tau plak proton pakai sistem macam tu, bukan kata kereta proton mudah kena curi ke? huhuhu... kitorang bukan main susah lagi nak start tak da cip dekat kunci tu.

Google punya google ramai jugak yang alami pengalaman yang sama, ada yang cakap pergi sc proton kena bayar rm200. pergi kedai pun bayar sekian sekian harga... alamak...dahlah baru balik kampung duit pun cukup-cukup je sampai ujung bulan... tapi kalau dah terdesak kena korek la dengan pak tabung aji jawabnya.

Pagi tadi, en husband hantar saya pergi kerja naik moto.. hehehe.... romantik plak pagi-pagi naik moto g keje, sejam plak tu... kebas kaki.. syukur masih ada moto.. kalau kena naik bas...alamatnya el la..

Dah hantar saya en husband terus g sc proton, org sana cakap kena bawak kereta g sana, reset balik cip tu, buat cip baru, kena dalam rm70-80, tow kereta dah rm200...uwaaa.....

En husband balik rumah cuba cari lagi cip tu....

alhamdulillah jumpa.....FINALLY... syukur sangat-sangat...

selamat duit dr terbang melayang tak memasal... esok dah blh datang kerja macam biasa..

untuk anda semua... jagalah kunci kereta anda ye... jgn main-main dengan cip tu...

kalau jatuh, cepat-cepat cari... warna hitam... bentuk segiempat tepat... x segiempat sangat la, ada bengkok skit..

tak leh pulak nak upload gambarnya

ok kawan-kawan... jadi belilah sarung kunci tu.....

mulai sekarang dah tak boleh bagi Haqeem main-main dengan kunci kereta dah... muahaha

No comments:

Post a Comment