Tuesday 22 April 2014

Cari kerja

Assalamualaikum w.b.t

Ramai yang mengeluh, susah nak cari kerja, ramai yang impikan untuk dapat kerja dengan government lepas habis grad, malah ramai yang bercita-cita untuk terus dapatkan jawatan tinggi-tinggi sepadan dengan degree/taraf pendidikan yang diperoleh.

Tak salah untuk menanam cita-cita, betul ada yang bernasib baik terus ditawarkan kerja best-best gaji ribu riban. tapi ramai yang juga yang tak bernasib baik, dah bertahun-tahun grad pun masih tak dapat kerja yang setimpal dengan taraf pendidikan ada yang lebih malang lagi tak dapat kerja langsung, duduk je kat rumah tanam anggur.

Saya sendiri, sebelum sampai ke tahap jadi pegawai ni, macam-macam kerja yang saya kerja.. hehe.. Masa cui sem kat UTM dulu, saya kerja kilang, mula-mula kerja kat kilang Flextronics dekat gelang patah, masa tu gaji dalam rm700 sebulan, tapi ok la transport disediakan, tempat tinggal disediakan, cuma tinggal g keje je. Kerja pulak shift siang malam, seminggu siang, seminggu malam. Letih...memang letih.. kerja kat bahagian elektronik, ala... yang bahagian pasang-pasang benda kecik-kecik kat board printer hp tu. Lepas tu tak tahan, sebabnya saya kerja jadi final inspector(FI), final check board yang sampai kat saya, tak boleh kalau terlepas board yang reject, contoh ada cip yang tertinggal ke, ada cip yang terjongket skit ke, tak boleh, mata memang betul-betul kena terang, angkat muka memang pening la sebab 12 jam kot duk mengadap board tu, bukan sikit... berkotak-kotak setiap hari, malam lagi la letih. Last-last rasanya cukup 2 bulan saya berhenti.. tak tahan beb. Tambah lagi duduk dengan minah indon yang gila kuasa, yer.. dia dah kerja lama pengalaman dah banyak, memerli tu memang kerja dia la. Salah satu faktor juga saya berhenti kerja tu.

Habis kerja di bahagian elektronik, bos bahagian kontrak tu ajak kerja kat bahagian packing pulak. Kat sini ok sikit sebab ramai yang melayu, kebanyakannya melayu la, kilang yang sama cuma packing je. Kat sini saya kerja malam je memandangkan siang nak pergi library jumpa lecturer senang sikit. Kat sini kerja senang sikit, tampal sticker kat printer hp tu, pastu pasang board button, macam-macam printer la yang ada, kilang di terletak kat pelabuhan tanjung pelepas, gelang patah, jadinya siap packing terus seal masuk dalam kontena, terus siap untuk shipping. Best jugak la duk sini, masa tu saya kat sem akhir, sem akhir ni cuma nak habiskan projek sarjana muda, projek tak berat sangat cuma saya terpaksa gugurkan subjek ni dulu sebab tak mampu nak tanggu kredit hour yang banyak masa tu, last-last gugurkan satu subjek. Alhamdulillah projek berjalan lancar, kerja pun ok. Sebab kena kerja masa sem last tu ptptn dah takda, jadi kena kerja la untuk tampung diri sendiri, nak mintak ngan ayah rasanya tak sampai hati, yela ayah pun dah tak berapa sihat, nak mintak duit kat dia lagi, malu lah...kerja jela jalan terbaik.

Habis sem, kerja dalam 5bulan, dah habis pembentangan projek, saya berhenti kerja balik kampung. Tapi datang balik ke Johor, sebab balik Terengganu takda kerja nak buat. Dah cuba cari-cari tapi takda, masa tu tunggu nak konvo, terfikir jugak nanti nak konvo nak pergi sana, nak stay mana, saya takda family angkat macam kakak saya kat Kedah, jadi masa tu fikir nak kerja sebab nak tampung belanja masa konvo je, saya balik ke Johor, terus kerja kilang lagi tapi kali ni dekat kilang Brother, kilang ni buat toner untuk printer dengan mesin fotostat. Kerja kat sini rasanya dalam 4bulan jugak, bulan terakhir April 2008, habiskan bulan April terus balik kampung, saya memang aim nak balik kerja kat Terengganu, penat dah merantau tempat orang plus mak pun selalu sakit-sakit jadi aim nak jaga mak jugak. Kerja kat kilang ni banyak kali sakit, macam-macam sakit, demam rasanya sebulan adalah 2 kali, pastu bengkak kaki sebab berdiri lama, kerja 12jam, rehat cuma 20 min, 30 min, pastu kerja berterusan. Pastu shift siang & malam bertukar.. seminggu siang seminggu malam, jadual tidur dah kelam kabut. Nak tune siang & malam bukan main susah lagi. Tu yang jadikan saya sakit.

Balik kampung, saya banyak lepak kat cyber cafe, cari kerja kat internet, masa tu tak pakai lagi smartphone canggih-canggih takda pun  lagi. Alhamdulillah, saya dapat kerja sebagai kerani pembelian kat EPMS k trg, kedai jual barangan binaan, paip, etc... Gaji yang ditawarkan cuma rm650 permulaan, tolak epf socso tinggal dalam rm580 je sebulan. Ok la, dekat je dengan rumah, hari-hari saya g keje lalu jalan kampung naik motor kapcai abang saya, nasib gak dia tak pakai motor tu, jadi bermulalah kerja kat kampung, walaupun gaji murah tapi boleh jugak menyimpan, sebab sewa rumah pun takda, makan pun makan kat rumah je. 3bulan kerja, gaji naik la rm100, jadi rm750 tolak lagi epf socso tinggal dalam rm660 tak silap.Rezeki jugak bila kakak saya nak tolak kancil dia kira sambung bayar jela, pastu saya dapat keja kat PTPL sebagai kaunselor akademik, gaji dalam rm1300 sebulan, okla tu, bagi saya rm1300 tu dah cukup besar sebenarnya, tapi tak lama, kerja dalam 2 bulan saya dapat kerja kat UMT pulak sebagai penolong Pegawai Sains, kerja makmal, jauh terpesong dengan kelulusan saya, tapi redah jela. Setahun lebih kerja, saya dipanggil bos, ingatkan nak berhentikan saya rupa-rupanya saya dinaikkan pangkat sebagai pegawai sains pulak. Alhamdulillah.. rezeki melimpah ruah syukur sangat-sangat Allah permudahkan perjalanan saya.

Apa yang saya kongsikan kat sini, sebenarnya dalam mencari kerja... jangan terlalu memilih, mula-mula saya kerja kat kilang tekanan memang tinggi, tapi fikir sebab nak cari duit, dah tak nak bergantung dengan mak ayah. Masa interview, diorang akan tanya pengalaman kerja. Tak kisah la pengalaman apa, yang penting ada pengalam kerja sebab... dari pengalaman tulah kita belajar menghadapi tekanan, menyelesaikan masalah, hadapi rakan sekerja, itu nak dinilai oleh majikan. Satu lagi, jangan terlalu memilih tugasan yang diberi, jika diberi tugasan apa-apa, cuba buat dulu, selesaikan, tanya orang yang dah pernah buat, cuba dulu baru kita tau kemampuan kita... kadang-kadang kita rasa tak boleh tapi sebenarnya terlebih boleh pun....

Satu lagi, jangan putus harapan, berdoa tukan kekuatan Muslim, puasa sunat, solat hajat, solat dhuha, mintaklah semuanya dengan Allah, Allah suka hambaNya yang suka meminta-minta. Amalkan sedekah, sebab dalam rezeki kita ada hak orang lain. Ikhlas itu yang paling penting.

Saya doakan anda yang sedang membaca entri ini dipermudahkan urusan, dan bagi yang tengah cari kerja, cari lah kerja yang halal, nak meniaga pun pastikan apa yang dijual itu halal. Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk anda. Amin... jom buat kerja kerana Allah

1 comment:

  1. Hi, saya UTM. juga, terima kasih berkongsi pemgalamn

    ReplyDelete