Tuesday 6 May 2014

Al Fatihah untuk Allahyarham Aziz Satar

Dalam perjalanan pergi kerja tadi dengar radio dan baru dapat tahu yang Datuk Abdul Aziz Satar telah pergi untuk selama-lamanya. Alfatihah untuk arwah, semoga tenang di sana. Kejap je kan masa berlalu. Arwah pergi kerana sakit jantung pukul 2pagi semalam. Usia arwah 89tahun. Tapi, arwah sangat bertenaga bagi saya. Apa rahsia dia ye, mungkin sentiasa tersenyum, suka mengembirakan hati orang lain tu yang awet muda sentiasa.

Sedih pulak, hari ni sebelum pergi kerja sempat renung wajah Haqeem dulu. Seringkali saya terfikir sebelum berpisah dengan Haqeem, berpeluang lagi ke tak saya menatap wajahnya petang ni. Adakah itu kali terakhir, samada saya atau dia yang pergi dulu. Itulah perkara yang sering bermain di fikiran saya. Itulah perasaan seorang ibu, tak sampai hati nak tinggalkan anaknya. Sukar nak ungkapkan dengan kata-kata. Kita tak tahu bila kita akan dipanggil mengadapNya, mungkin sekarang, 5minit lagi, esok, lusa... sesungguhnya saya tak pernah bersedia untuk pergi sekarang. Banyak yang saya perlu tunaikan, namun siapa saya untuk menidakkan.

Macam nak jual insurans pulak ayat tu. Hurm...bosan hari ni, kawan baik saya belum masuk kerja lagi sebab keguguran, saya pulak duk sangkut dengan hipotesis untuk buat iso makmal nanti, macam pening je kira-kira banyak ni. Saya dulu bukan buat statistik, saya lebih suka operational research...tapi kat mana-mana pun orang guna statistik kan, buat ANOVA, SPSS.. kenapa la orang nak guna tu semua.. accept jela result yang dapat tu... kan senang.. hehe...


No comments:

Post a Comment