Monday 1 August 2016

Accident 8Julai2016

Assalam... selamat hari raya... hehehe... walaupun hari ni dah 27syawal nak jugak wish...

Dalam keindahan beraya.. akhirnya Allah uji kami dengan kemalangan pada 3syawal lepas, accident dekt jalan kuala berang, dekat u-turn nak masuk ke rumah mak, masa tu pergi beraya rumah kakak, petang tu on the way balik rumah mak, masa tu la kami accident...

Alhamdulillah kami sekeluarga tak mengalami kecederaan apa apa, kereta jela teruk sikit, ni ha keadaan kereta kami


Masa kejadian tu, suami yang bawak kereta, dia nak u turn, jalan tengah jem.. almaklumlah raya.. kat terengganu semua jalan jem, pastu sebab jem tu, kereta pun bagi laluan, dua-dua lorong tu bagi laluan, suami pun masuk la pelan-pelan.. sambil tengok kot kot ada moto.. tengok tengok.... debummmmm... kami dilanggar oleh motor.. dalam hati hati pun terlanggar jugak... Allah...

Dalam terkejut tu, saya keluar kereta, tengok apa dah berlaku, motor tu memang teruklah, penunggang motor tu tercampak ke sebelah sana, dia patah paha dan tangan, dahi luka, berdarah-darah, pastu pembonceng dia terpelanting agak jauh dari kereta kami... masa tu tengah mendukung Haiqal, pastu.. cepat-cepat ambik phone.. calll 999, no kecemasan lain tak ingat dah, mintak ambulans datang secepatnya... dah siap call.. saya tak boleh nak memabntu sangat budak yang cedera tu sebab tengah mendukung Haiqal, Haqeem terkejut tak nak keluar, nasib baik mak ada, boleh temankan Haqeem..

Masa tu dah ramai la orang berhenti, alhamdulillah terima kasih sangat kepada yang berusaha menolong tahan kereta, yang tolong bawak mangsa kemalangan ke klinik bukit payong sebab tunggu ambulans tak sampai-sampai, jalan jem dan pembonceng yang terpelanting tu dah menggelupur kesakitan, kami pun tak tau nak membantu macamana dah, kereta pun tak boleh jalan, alhamdulillah ada sorang sudi bawak dia ke klinik dan ambulans terus bawak ke hospital, pastu yang sorang lagi ambulan pertahanan awam yang bawak ke hospital.

Selamat mereka ke hospital, kereta kami ditarik ke bengkel sinar ady, suami ke balai polis, terima kasih jugak kepada abg nama apa ntah yang sudi hantar kitorang balik ke rumah....trauma, sedih, takut, ngeri semua ada...

Malam tu pulak, dengar khabar pembonceng tu berada dalam zon merah, kritikal sebab dia terpelanting jatuh kepala dulu, darah beku kat kepala, semalaman kami sekeluarga tak boleh tidur memikirkan keadaan dia, risau kalau jadi apa-apa, sambil menyusu Haiqal tak putus-putus saya seddekahkan ayat kursi dan alfatihah, kakak saya bangun solat hajat untuk budak tu.. esoknya mak mertua datang, g tengok budak budak tu, budak yang kritikal tu sedang dioperate, buang darah beku, tak sempat melawat. Kalau ikutkan suami dari malam tu dia nak pergi hospital tengok keadaan budak tu macamana, tapi saya yang halang, yela.. kalau pergi nak kena bawak motor, dahla baru lepas kemalangan, ngeri kot.. pujuk pujuk.. last last tak jadi pergi.. pergi dengan mak esoknya..

Lepas tu dalam seminggu lepas tu dikhabarkan pembonceng tu dah sedar, dah boleh kenal ahli keluarga dia.. lega dengar... fuhh...

Macam tula ceritanya.. kereta sampai sekarang masih kat bengkel.. sebulan ni sewa kereta la nak kerja...

Doakan kami selamat sentiasa, doakan jugak.. dua dua mangsa kemalangan tu sihat seperti sediakala.. kemalangan memang tak terduga...

Tuesday 7 June 2016

Kisah kelahiran Haiqal 2.2.16

Akhirnya jumpa jugak cara nak post something kat blog ni... rupanya tersalah email. Patutlah tak jumpa blog... haha... lama sangat cuti, lepas bersalin jadi pelupa sangat, kadang kadang pegang kunci pastu dalam beberapa minit lepas tu dah lupa dah kunci tu letak kat mana.. haiyaa

Kisah kelahiran anak kedua saya, Muhammad Haiqal agak menyakitkan. Malam 1 Februari 2016 saya x boleh tidur sepanjang malam, sebab sakit pinggang, tapi tak de la sakit sangat, cuma semua tak kena, tidur tak kena, baring tak kena, rasa tak selesa... jadi pagi tu saya decide tak nak pergi kerja sebab rasa macam tak mampu nak bawak kereta. Jauh pulak tu. Pastu ok la, duk cari petua macamana nak mudah terbuka jalan, ada terbaca blog satu tu.. dia ajar cara mudah nak bagi terbuka jalan, jalan itik.. so saya pun.. berjalan itik sorang sorang kat rumah, husband kerja, Haqeem pulak kat rumah pengasuh, beberapa kali jugak buat macam tu(lupa berapa kali) tengahari tu keluar lendir darah pekat, tak rasa sakit, sikit je keluar.. tapi sebab nurse pesan kalau keluar darah ke lendir ke terus pergi hospital sebab Haqeem dulu beranak czer sebab jantung dia dah lemah dan dah berak dalam perut.. Jadi yang kali ni pun saya tak nak ambik risiko terus g spital.

Sampai hospital dalam pukul 2 petang, macam biasala duk menunggu urusan cek mengecek dengan nurse dengan doktor semua.. semua history pn di cek.. nurse tanya sakit ke... sy jawab tak.. memang tak rasa apa apa masa tu kecuali sakit pinggang yg biasa biasa je. Dalam pukul 6 petang sy masuk wad..

Sebab takda rasa apa apa sy duk berjalan je satu wad, setiap kali lepas semayang pun saya duk jalan itik kat bilik menyusu tu (nurse suruh semayang kat bilik menyusu), sambil sambil tu duk google cara cara nak buat air selusuh, saya pun buat la sendiri air selusuh, dalam sejam lepas minum tu mula lah rasa sakit melampau, duduk tak kena, baring tak kena... rasanya saya start sakit macam tu dalam pukul 11malam, melarat sampai ke pagi... saya duk berjalan ke hulu ke hilir dalam wad dengan kesakitan yang tak dapat digambarkan...

Banyak kali nurse tanya saya, nak ubat tahan sakit ke... saya tanya balik nurse, bahaya tak ubat tahan sakit tu, pastu nurse kata.. mungkin akan muntah, pening dan sebagainya.. tapi untuk sesetengah orang jela.. saya pun menolak sbb tak berani kalau muntah.. takut saya lembik masa nak bersalin.. tu pun makan tak selera sebab duk melayan contraction, cek jalan kol 2 pagi 1 cm je terbuka.. tapi sakitnya Ya Rabbi... Allah saja yang tau. Pastu saya google lagi kenapa sakit lepas minum air selusuh, ada yang kata sebenarnya air selusuh ni sangat suci, jadi kalau nak minum kena kita pun beul betul suci... saya pun tak reti nak terangkan macamana... boleh google sendiri la... saya banyak doa.. Allah bagi rasa sakit tu untuk kurangkan dosa dosa saya..

Pukul 5 pagi saya cek lagi jalan, 1cm tak bergerak, saya duk berjalan slow slow je kat wad, kadang sy menangis sebab sakit sangat... mengadu kat Allah, mengadu kat baby.. tolonglah mama... kesian kat mama.. gosok gosok perut yang mengeras.. hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan..

Saya minta suami saya datang secepat mungkin pagi tu... sebab nak mintak dia urut kaki dan belakang, lenguh sangat. Tapi tau jela kalau hospital dia tak bagi masuk sesuka hati, kena bergaduh dulu dengan makcik guard baru boleh masuk... masa tu melayan contraction.. rasanya sejam 3/4 kali rasa contraction tu... dalam 1jam sekali sy g cek jalan, tapi tetap macam tu... 1 cm je... sampai tengahari.

Saya tak bagi suami ke mana mana, solat pun saya tak mampu... saya call mak dengan mak mertua mintak maaf banyak banyak... sebab sakit yang tak boleh nak diceritakan kat sini..

Petang tu baru la ada progress skit... terbuka 2cm.. 3 cm.. 4 cm...

Pukul 6 petang saya g cek jalan lagi terbuka 5 cm terus diorang tolak ke labour room, hari yang paling busy di labour room katanya, masa saya masuk ke labour room tu... 21 orang ada dalam tu.. saya ditolak ke bed 7, naik atas katil tu, pastu dr cek semua rekod2 dalam buku pink.

Masa mengandung saya ada GBS +ve, dikesan masa 5-6bln kehamilan, jadi sebelum bersalin nurse cucuk antibiotik dekat paha dulu, jarum besar plak tu. Pastu cek jantung baby semua ok, tekanan darah pn ok, dr duk suruh saya tunggu jela.. sampai terbuka betul2 jalannya.. tapi sebab  tak tahan sakit saya menangis nangis merayu dengan dr nak mintak ubat tahan sakit..

Pastu Dr pujuk, akak sabar, saya bukan tak nak bagi ubat tahan sakit, saya nak akak rasa sakit tu, sebab bila akak sakit akak tau bila anak akak betul betul nak keluar, ok la saya sabar lagi....

Lama-lama contraction tu makin kerap.. kalau masa mula mula tu dalam 15min sekali.. sekarang rasanya 5minit sekali... Allah saya betul betul tak mampu menahan... suami memang ada kat sebelah... kadang kadang saya rasa nak tumbuk tumbuk je muka dia... hahaha.. masuk je nurse terus panggil suruh duduk kat sebelah tenangkan saya... masa tu saya merayu lagi dengan Dr, mintak nak czer... huhuhu..

Dr pujuk lagi...sabar kak.. 8cm doh ni.. sikit je lagi.. akak rasa anak akak nak keluar terus panggi l saya.Dr tu namanya Dr Hakim. Patah semangat dah masa tu.... sabar lagi.. sampai la pukul 9malam, diorang bertukar shift pulak pukul 7malam tak silap saya..

Pukul 9.30 malam sy selamat melahirkan Haiqal... agak trauma sebenarnya dengan kelahiran normal, dengan saya kekurangan tenaga, yelah tak berselera nak makan seharian melayan contraction, jadi tenaga pun kurang, masa meneran tu beberapa kali saya gagal, dalam 3-4 kali jugak saya gagal, kepala dah nampak, tapi sebab saya tak teran kuat kuat dan panjang.. dia masuk balik, anak hampir lemas, last sekali saya teran je kuat kuat walaupun nurse jerit salah teran macam tu, sebab sy tak rapatkan kepala ke dada, saya angkat punggung, bunyi suara tapi saya teran jugak sampai dia keluar...  Alhamdulillah baby keluar akhirnya. Masa tu dah tak fikir salah ke tak.. saya cuma fikir nak baby keluar cepat cepat sebab nurse dah bebel bebel.. jantung baby dah tak ok... saya risau jadi apa apa kat baby..

Pastu nurse terus g bawak baby ke pakar kanak-kanak, husband je tengok baby tadi, dia tak tunjuk kat saya pun... dah selamat melahirkan.. penatnya Allah je yang tau, lega pun ye.. Dah keluarkan uri semua, nak turunkan kaki tapi nurse tak bagi sebab nak jahit dulu, jahit sikit je, sebab nurse gunting, dalam menjahit tu pun nurse duk bebel kat saya nasib baik tak koyak banyak akak angkat punggung... hehe.. saya sengih jela.. yang penting Haiqal selamat.

Dalam duk menunggu menjahit tu, nurse sorang lagi bawak Haiqal jumpa saya letak sebelah saya, tapi dia tak bagi menyusu sebab Haiqal dah berak dalam perut, pastu GBS +ve lagi.. Haiqal terpaksa dihantar ke wad kanak kanak di tingkat 5.Nurse tanya nak minum air apa, air kosong ke milo.. saya mintak milo.. hehehe..

Masa saya keluar dr labour room, wad dah agak sunyi, dah pukul 12 lebih.. lama menunggu nak settlekan semua benda, bukan senang nak dapat anak sorang.. kesian kat suami, rabak mata menunggu saya dari pagi.

Dah siap hantar saya kt wad, sy mintak suami belikan roti dengan air kotak milo.. sebab lapar.. kesian dia mencari pulak seven E, dah siap makan, saya tidur je sampai pagi. Ada hikmah jugak Haiqal di tahan kat wad baby, boleh mama berehat dan tidur dulu sebab dah seharian kepenatan.

Esoknya, lepas dr cek luka semua, saya dibenarkan balik, Haiqal masih ditahan di wad bayi sebab ada komplikasi sikit. Saya akan ceritakan di entri selepas ni...

Terima kasih sudi membaca.. hargailah ibumu kerana dia ada ibu yang melahirkan, menyusukan, melakukan semuanya untuk kamu.. Haiqal & Haqeem... mama love you so much


Tuesday 10 May 2016

2 Feb 2016 --- lahirlah anak soleh mama Muhammad Haiqal

Assalam... lama tak menulis.. sy cuti bersalin 3 bln.. baru je 2 minggu masuk kerja

Tapi cuba nak menulis pakai pc nampaknya tak berjaya.. nak tulis jugak.. sy cuba pakai phone.. boleh je post cerita terkini.. tp kt pc kata saya x de blog lagi.. aduih.. janganlah hilang

Saya akan kongsikan kisah kelahiran Haiqal dalam post yg akan datang.. Alhamdulillah.. Haiqal sihat comel lote

Berat masa lahir 3.08kg.. sekarang 3 bln dah 6.3kg.. wah.. sekali ganda anak mama naik berat.

Ni gambar terkini muhammad Haiqal. Semoga anak mama terus diberi kesihatan yg baik

Thursday 26 November 2015

29minggu sudah

29minggu sudah perjalanan adik Haqeem dalam kandungan mama. So far so good. Everything is fine. Scan pun dah 3kali, 1st time scan masa 18minggu, nak tengok cane kedudukan bayi semua, 2nd time scan, scan dengan Dr pakar dr HSNZ sebab nak tengok parut luka ok tak, pulih dengan sepenuhnya tak masa 26minggu, sepatutnya jumpa selepas 28minggu tapi tak tahulah kenapa nurse suruh jumpa jugak masa 26minggu, last last nurse yang kena marah dengan Dr pakar, kesian plak.

Scan kali ketiga ni saja g scan masa minum air gula kat Klinik Intan, nak tengok jugak perempuan ke laki, tapi baby tak nak tunjuk plak. Hurm... baby baby... mama nak shopping baju ni.. hikhik...

Baby tak nak tunjuk, mama kena beli baju universal jela ye. Gaji dah dapat, bolehlah mama start shopping. Hahahahaha...

Setakat ni alhamdulillah takde masalah besar sangat, darah tinggi ok, test MOGTT 2x pun ok, reading sebelum minum air gula 4.0, selepas 2jam 4.6.. ok la tu, tak hypo dan tak hyper. Kalu yang terlebih 8.0 tu kena berjaga jaga la ye. Satu lagi kalau kurang dr 3.0, pun kena berjaga jaga.

Cuma lately cepat rasa letih, mengah, jalan pun dah macam penguin, berat naik tak dapat nak dihalang. Hehehe.. entahlah, rasanya makan tak la banyak sangat. Tapi tetap naik 2kg bulan ni, bulan lepas naik 0.5kg tapi tula... bila tak makan cepat jadi hypo. Rasa terhuyung hayang, nasib baik tak pengsan. Tapi kalau dah rasa macam tu dah tak boleh nak control dah, nak makan pun tak lalu. Minum milo cepat je ok. kena ambik benda manis manis dengan segera. Kalau makan nasi pun tak pulih dengan serta merta sebab nasi lambat skit diproses, kalau minuman ni terus diserap.

Saya cuba mengamalkan diet yang seimbang, macam sarapan minum oat, pukul 10pagi minum milo ngan kuih, pastu tengahari makan nasi, malam makan kuih/biskut tapi keesokan harinya saya cepat pening. Jadi saya dah tak control makan, makan jela mengikut keperluan badan, tak kisahlah berat nak naik, kalu pengsan @ pening tengah-tengah bawak kereta tak ke naya.

Setakat 29minggu ni tu jela masalah yang saya hadapi, lepastu bila berat naik >1kg, maka kena la monitor tekanan darah 2-3hari sekali. Lepas tu kena g jumpa Dr lagi untuk review result bp tu. Boring betul... nasib baik la bacaan bp sentiasa ok, doakan sentiasa ok sampai bila bila ye baby.

Start 28minggu dah kena mula mengira pergerakan baby. Start 9pagi berakhir 9malam, sekali gerak tanda, pastu gerakan ke 10 tu catat pukul berapa, tu je. Setakat ni baby cukup aktif, ruang masih besar kat dalam tu agaknya, kol 2-3 dah cukup gerak 10x.

Setakat tu je update untuk kehamilan adik Haqeem, baby... mama sebenarnya tak tau nak bagi nama apa kat awak, sampai sekarang pun takda lagi nama yang mama berkenan untuk awak. Kalau abang awak Haqeem tu dr awal lagi mama dah bercita cita nak letak nama Haqeem. Huhuhu... takpelah.., yang penting awak sihat ye baby, abang Haqeem pun dah tak sabar nak main ngan baby, hari hari duk tanya pasal baby.


Sekian coretan untuk kali ni. Harap kebahagiaan dan kesihatan sentiasa bersama anda semua.

Assalamualaikum.


Sunday 20 September 2015

20weeks Pregnancy: Syukur Terima Kasih Allah

Alhamdulillah... dah 20minggu kandungan ni... half way to go...

Semoga terus diberi kesihatan dan kemudahan sepanjang mengandung ni.

Minggu lepas pergi check up 19weeks kat KK, semuanya ok ok saja. Dr. scan ukur kepala baby, panjang paby, estimate berat baby tapi lupa pulak nak bawak buku tu  masuk ofis nak catat kat sini. Baby nampak ok, masa Dr. scan pn aktif nak ambir gambar pun susah sebab asyik bergerak-gerak kak tangan dia..... comel sangat... rasa nak nangis.. teruja.. semua ada... tengok baby dalam perut. HB masih maintain 11.7, kencing pun ok, rahim ok, degup jantung baby 150(sy x pasti unit dia apa).

Hopefully kali ni beranak normal.. nanti 28minggu kena buat appointment dengan Dr. pakar sebab nak tengok samada saya boleh beranak normal atau tak. Dia nak tengok jahitan semua ok ke tak... harap harap ok la.. sebab kalau yang ke dua ni czer jugak alamatnya 3orang jela anak... saya kalau boleh nak at least 4@5.. baru meriah sikit. Anak sikit tak best. Dah biasa adik beradik ramai, tiba-tiba g rumah belah suami saya dia ngan adik dia je jadi tak best plak.. kikiki.. tapi rezeki camana pun saya terima seadanya.

Haqeem pulak makin dekat nak dapat adik ni makin bertambah manjanya... tapi alhamdulillah tak lah banyak ragam sangat kat rumah, cuma time keluar je agak meragam sikit, tengok kereta meraung nak kereta, tengok pistol meraung nak pistol... bukan kita tak bagi.. tapi bila dah bagi satu, tengok yang lain berkenan yang lain pulak... macam tu la dia... pastu nangis jerit puas hati... kadang kadang singgah jugak cubitan kat bontot dia yang gebu tu. Susah nak pakai psikologi sekarang, kalau dulu boleh cakap tu bukan Haqeem punya.. tapi sekarang tak lagi... cakaplah macamana pun dia tetap sama. Hmmmm... kadang kadang macam nak malas nak bawak dia keluar takut meragam.. tapi kesian plak tak dapat tengok dunia. Saya bukan jenis suka manjakan anak, nak je dapat... sebab kalau boleh tak nak manjakan dia... nak ajar dia rasa susah sikit. Tak semestinya semua yang dia nak tu dapat. Sekarang dalam fasa ni... nanti dapat adik tak tahu lah macamana. \

Harap harap... kedua duanya ok. Macamana lah jadi ibu beranak 2... hehehe... doakan saya dan baby terus sihat sepanjang mengandung dan bersalin nanti. Amin


Sunday 30 August 2015

Menyusu 2tahun: cara saya berhenti susukan Haqeem

Assalamualaikum...

Dah lama sebenarnya nak menulis cerita sy win off sus haqeem. Tapi tak kesampaian.. hari ni tengok Haqeem tidur lena bolehlah menulis sikit. 

Haqeem dah berusia 2 tahun 2 bulan hari ni. Genap 2 tahun saya menyusukan Haqeem. 

Alhamdulillah diberi rezeki dan kesihatan yang baik. Terima kasih Allah atas kurniaanNya. 

Agak sukar sebenarnya nak win off susu. Macam macam cara saya cuba, letak bawang putih, letak kopi... petua orang tua-tua. Tapi tak berjaya. Bukan sekali malah berkali kali saya cuba, ada yang kata letak sirap... pun saya cuba... tapi hurmmm... bukan senang nak ceraikan susu. 

Akhirnya saya cuba berikan susu formula untuk Haqeem, dia masih perlukan susu sebab berat sekarang cuma 10.5kg.. susu penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Macam macam susu saya bagi, NAN, sustagen, enfa.. Haqeem tak nak.. tak berjaya dengan susu, saya cuba cari botol susu yang ada gambar binatang yang dia suka. Kebetulan kami pernah pergi zoo dan dia suka sangat dengan gajah, saya beli botol yang ada gambar gajah dan zirafah. Botol yang ada gambar gajah tu jugak yang dipilih... akhirnya dia minum susu... sekali minum 4oz.. kadang-kadang habis kadang kadang tak habis, dan susu yang dia minum, susu lactogen langkah 3... akhirnya saya berjaya.

Tapi lama jugak la nak biasakan dia minum susu, tengok mama dia teringin juga nak menempel, tapi saya lengahkan, cakap susu adik ni adik punya, sian adik tak cukup makanan. Haqeem mudah dipujuk, bagi alasan yang masuk akal inshaaAllah dia terima je. 

Dekat pasaraya pun saya selalu buat macam tu, bila dia mintak gula-gula ke jajan ke... saya cakap tak sedap banyak banyak kali sampai dia faham, lepas lepas tu bila dia tengok gula gula dan jajan dia sendiri yang cakap tak sedap. Tapi jangan gula gula yang dia pernah makan, Haqeem penggemar mentos, jadi langkah selamat, jangan bagi dia terpandang mentos atau gula-gula yang dia pernah makan, dia takkan percaya gula gula tu tak sedap... hahahaha...

Apa yang penting untuk berhenti menyusu adalah pastikan cukup 2 tahun, saya berniat nak susukan Haqeem 2tahun 6bulan, tapi sebab mengandung, susu pun dah takda, kalau Haqeem paksa jugak menyusu pun jadi sakit, yela... time mengandung memang selalu sakit kat situ kan. Jadi saya putuskan je masa dia berumur 2tahun, pastu pastikan anda kuat semangat, jangan mudah kesian, kalau kita asyik kesian, dia mintak bagi memanglah susah nak putuskan susu. Kena kuatkan azam dan selalu cakap kat dia Haqeem kan dah besar, Haqeem kan abang, Haqeem kan good boy... akhirnya dia faham sendiri. 

Sekian saja perkongsian saya.. harap bermanfaat untuk anda ibu-ibu sekalian... 


Wednesday 19 August 2015

15minggu pregnancy... Morning sickness dah habis...

Assalamualaikum

Hari ni check up pregnancy utk 15minggu... Sekejap je masa berlalu, masalah morning sickness pening pening pun dah makin kurang. Alhamdulillah, back to normal boleh bekerja dengan baik. Check upnya belum lagi, buat appointment petang sebab pagi biasanya memang ramai orang, kalau g pagi biasanya tengahri kol 1 baru siap.

Lagipun test air gula dah buat... yaahhhuuu... masih selamat drp diabetis masa ngandung... Bacaan darah sebelum minum air gula 4.0, selepas 2jam 4.6... normallah tu... kalau lebih drp 8 habislah..macam-macam lah bebelan, terpaksalah tadah telinga... kuikuikuikui...

Cuma apa yang tak best ngandung ni demam tak baik-baik... bila malam je mula seram sejuk badan, pastu batuk selsema pun tak berhenti, hari khamis minggu lepas dah baik.... tengok tengok hari sabtu selsema lagi... tapi nak atasinya saya cuma makan vitamin c shaklee... 1 biji vitamin bersamaan 7biji oren khasiatnya.. tu jela saya ambik untuk elakkan demam makin teruk dan tingkatkan imun badan. Panadol tak berani nak makan, lagipun tak demam teruk..demam biasa... badan tengah nak terima perubahan.

Bab demam ni, sama je macam mengandungkan Haqeem dulu, demam sampai 2bln... tapi on of la... tak teruk... suhu badan tak tinggi mana.. batuk batuk, selsema.. tu je. Sampai la kandungan 4bulan, sampai boleh rasa Haqeem gerak dan menendang setiap kali saya batuk... hehe...

Kali ni masih belum rasa pergerakan, cuma kadang kadang rasa macam air/angin bergelora dalam rahim.. tapi sekejap je tak lama dan tak ketara sangat, tak sabar nak raa dia gerak...can't wait.... ;)

Bila saya tak sihat, maka berjangkitlah dengan Haqeem, bila berjangkit maka demamlah ia, batuk selsema... cuma yang merisaukan saya... tengah tengah ok tiba-tiba badan dia panas sangat, termometer pulak hilang(rasanya anda boleh agak sapa yang hilangkan)... sentiasa standby ubat demam untuk Haqeem.. untuk batuk dan selsema saya jarang bagi ubat, biasanya saya siapkan minyak bawang putih.. senang je.. bakar bawang putih pastu lenyek2.. campur dgn minyak zaitun...sapu kat kaki anak.. alhamdulillah Haqeem blh tidur dengan selesa tanpa gangguan hidung tersumbat.

Oleh kerana demam dia tu on off... ada hari demam ada hari ok dan dah berlarutan selama 2minggu jadi saya bawak lagi dia ke Klinik Intan, kali ni Dr bagi antibiotik, kena makan selama 7hari.. alhamdulillah semalam dah sihat segar bugar...

Ni cerita semalam.... balik kerja tengok dia happy je sepahkan rumah.. siap buat konsert lagi kt rumah... sabor jela... layan je budak yang dah sihat ni

https://www.facebook.com/murninurislamiah.kassim/videos/1181132811912434/?pnref=story