Tambahan pula kakak saya baru je mendirikan rumahtangga, so ajak dia sekali. Kami keluar rumah pukul 9.00 pagi 1 Disember 2013, ambil mak dulu kat kampung, terus bertolak ke Pengkalan Chepa, Kelantan. Sampai sana dalam pukul 2.30 petang, campur-campur berhenti makan, isi minyak semuanya la ye...
Sampai Pengkalan Chepa, rehat, sembahyang kejap.. terus bertolak ke Butterworth, jalan berliku, hujan.. dah lama tak jalan jauh. Biasa balik KL cuma 6 jam berhenti kat Bentong kampung opah dan atuk en suami, pastu esoknya baru ke KL. Hari ni straight terus ke Penang, kesian En suami, hehehehe... nasib badan.
Haqeem dalam kereta tak banyak kerenah, kerenahnya cuma satu, tak nak dengan sesapa pun, nak mama je riba dan pegang dia dalam kereta, sabo jela. Bukan sehari tu je, malah sepanjang percutian selama 6 hari tu, jadi bertabah la mama sakit pinggang duk meriba, menyusu, dukung lagi.. tapi takpelah demi anak tercinta comel-comel mucuk-mucuk ni... ikutkan jela.. daripada dengar dia menangis, tak lekat nak pegang baik mama susukan dia. Alhamdulillah susu pun cukup.
Hari kedua, lepak-lepak je kat rumah kakak je. Petang baru keluar rumah, pergi pasaraya sunshine. Apalagi shopping ler.. xda la shopping banyak mana cuma baju untuk Haqeem selai, ada offer rm10 selai. Beli jela..pastu ke pantai merdeka. Teringat plak lagu cinta pantai merdeka. Biasa je pantainya, pantai kat Terengganu lagi cantik, lepak-lepak, makan-makan balik rumah.
Hari ketiga, jalan-jalan ke Kedah & Perlis. Melawat keluarga angkat kakak saya, sampai sana dah hampir pukul 12. Pukul 3 bertolak ke Padang Besar, banyak jugak borong kat situ, beli bantal kat Haqeem untuk ransang mata dia dengan warna, beli cenderamata untuk kawan sepejabat, macam biasa fridge magnet, saya pengumpul tegar fridge magnet. Hihi.. hampir penuh dah peti tu, kena beli baru la jawabnya. Dah pukul 7 malam bertolak balik, singgah lagi kat rumah keluarga angkat kakak saya tu, makan-makan pukul 9.00 bertolak balik.. sampai Butterwort dalam pukul 12malam. Penat.. tapi enjoy.
Hari keempat berehat kat rumah, berehat ke? Huhuhuhu...
Yang paling best hari kelima, jalan-jalan ke bukit bendera. First time bawak mak ke tempat pelancongan, best tengok mak happy je... next time ada rezeki nak bawak mak jalan-jalan lagi insyaAllah.
Jom layankan gambar-gambar percutian kami...
Ni ha.. pengantin baru yang baru je mendirikan rumahtangga pada 23 November 2013, tahniah diucapkan. Semoga cepat-cepat timang anak ye... huhuhu.. Haqeem nak kawan tu, sorang-sorang tak best dia kata.
Kami bertolak balik ke Kuala Terengganu seawal jam 9.00 pagi jumaat. Sampai di Terengganu atau lebih tepat sampai di rumah masing-masing hampir pukul 12 malam. Penat toksah kata, tapi ianya sangat AWESOME!
Tahun depan plan lain plak, harap kali ni dengan lebih banyak penyertaan. Kakak-kakakku, doakan adikmu ini berjaya dalam Shaklee, insyaAllah ada sponsor menanti... hehehehehe
No comments:
Post a Comment