Semalam terjadi lagi, sehingga pukul 3 pagi saya langsung tak boleh tidur kerana kesakitan yang melanda, macam nak demam pun ada, macam ketar-ketar satu badan pun ada... macam sakit je, macam tak mampu nak tanggung je... walaupun Haqeem dah lena tidur saya tetap susukan dia sebab nak kurangkan kesakitan tu.
Apa punca duktus tersumbat?
“Duktus tersumbat” (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak “diperah” dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur” disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.
Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.
Antara punca keradangan saluran susu :
- Stress berlebihan
- Tidak konsisten dalam mengosongkan payudara(sama ada melalui direct feed atau pam)... hahaha... ini memang saya mengaku sangat-sangat
- Pakaian dalam (bra) yang tidak sesuai
- Pelekapan yang tidak betul semasa menyusu
- Pengambilan diet tinggi lemak...oppssss...
- Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
- Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
- Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
- Menggunakan pam buah dada(breastpump) selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
- Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan.
- Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.
- tekapkan tuala yang dah dicelup dengan air panas pada payudara, air panas ye bukan air suam... sebab air suam tak menjadi sangat, bagi saya la, jika anda tak tahan dengan kepanasan tersebut, tunggu sekejap dan tekapkan pada payudara.
- lepas siap tekap, pastikan terus menyusu anak ataupun pam, tapi sebaiknya susukan anak sebab ransangan daripada bayi anda tu lebih baik, tapi jika terpaksa, boleh juga buat teknik marmet... dah tak tahan sakit kan.....
Satu lagi cara mudah untuk meredakan bengkak susu ataupun duktus tersumbat, telan lecithin je. Saya semalam dah tak tahan telan lecithin 4 biji, walaupun tak surut terus bengkaknya, bolehla buat kurang sikit kesakitan tu.
Sebab apa lecithin? Lecithin adalah pengemulsi : molekul phospholipid (seperti lesitin) mengandungi unsur-unsur hidrofobik dan hydrophilic, bahagian hidrofobik mempunyai tarikan kepada lemak dan minyak, dan bahagian hidrofilik mempunyai tarikan kepada air.
Jadi... jika anda mengalami masalah tersebut, nak konsultasi daripada saya, boleh hubungi saya. Saya sentiasa sudi membantu, bukan nak meniaga je... sebabnya saya memahami perasaan anda sebagai seorang ibu, apapun kita pasti nak yang terbaik kan untuk anak, walaupun kita sendiri menanggung kesakitan yang tak tertanggung...
i'm shaklee independent distributor
0199738135
fb: murni nur islamiah kassim
No comments:
Post a Comment