Minta maaf ye..kami tak jual Ubat....Kami hanya menjual makanan tambahan@supplement Shaklee....
SUPLEMEN SHAKLEE BUKAN UBAT
Ramai tersalah faham antara suplemen dengan ubat.
Sebab ramai yang lepas makan suplemen habis sebotol bajet dah sihat walafiat takde apa-apa masalah dan terus stop makan.
Ramai juga yang bila makan beberapa biji, tak nampak kesan then complain vitamin ni tak de kesan.
Suplemen Shaklee bukannya ubat. Harini sakit, malam makan ubat, esok dah hilang sakit. no no no..!
Apa itu suplemen? Atau lebih tepatnya dietary supplement.
Suplemen atau makanan tambahan ialah sesuatu yang membekalkan nutrien
kepada tubuh yang mana jika tidak mengambilnya, tubuh tidak mencapai
kuantiti yang mencukupi.
Suplemen secara amnya adalah vitamin, mineral, serat, asid lemak dan asid amino juga beberapa bahan yang lain.
Suplemen BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Untuk mereka yang seringkali gagal mendapatkan nutrien mencukupi dari diet, suplemen bertujuan mencukupkannya.
Apa itu ubat?
Mengikut Wikipedia, ubat ialah dadah atau bahan yang di ambil untuk
mengurangkan simptom atau mengubati penyakit. Ada 2 jenis ubat iaitu OTC
(over the counter) dan preskripsi (yang di preskripsi oleh doktor)
Ubat dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah
dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk
menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa
tertentu. Ubat yang tidak berpaten di panggil ubat generik.
MS
tak bleh nak citer lebih lanjut pasal ubat sbb sy bukan arif dan pakar
dalam bidang ini. Yang arif pasal ubat ialah ahli farmasi dan juga
doktor.
Jadi, kenapa ramai je orang yang sakit-sakit makan suplemen (Shaklee khususnya) dan bukan ubat?
Jawapan saya:
1. Sebab mereka dah letih dan tak larat nak makan ubat, steroid dan segala bagai sedangkan penyakit tak baik-baik jugak.
2. Sebab mereka mahukan kesan penyembuhan semulajadi, bukannya ubat.
Ubat semakin di makan semakin meningkat dos yang kita kena makan. Tak
caya gi tnya orang sakit kencing manis.
3. Sebab tubuh kita
perlukan vitamin, mineral etc untuk kembalikan fungsi normal tubuh.
Contoh untuk kesuburan, kami cadangkan pasangan suami isteri makan
vitamin/ suplemen. Sebab? Bila tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi,
segala tindakbalas biokimia yang 'pause', tergendala, mati tu dicetuskan
semula.
Contohnya zink komplex. Kita cadangkan suami isteri makan
zink kerana zink sangat diperlukan untuk kesuburan lelaki dan wanita.
Baca link zink dan kesuburan lelaki ni.
Kenapa pula ada yang makan suplemen tapi tak berkesan pun?
1. Ia bergantung kepada individu. Janganlah kita expect malam ni makan
zink, besok isteri dah hamil. Adoii kalo begitu gayanya beribu2 bayi
Shaklee dihasilkan setiap hari.
2. Cek balik gaya pemakanan kita, air cukup tak, jadual makan ikut tak, konsisten makan atau waktu ingat je baru makan?
3. Kemungkinan ia healing crisis. Baca healing crisis kat sini.
4. Kemungkinan tubuh kita memang tak dapat terima/ alergi terhadap
produk tersebut. Contoh alfalfa, memang ramai yang mengadu gatal.
Selepas 14 hari jika gatal masih berterusan elok berhenti makan alfalfa.
Jika tidak teruskan saja. *Healing crisis juga boleh mengambil masa
sehingga 6 bulan*
5. Suplemen dikatakan berkesan selepas 4-5
bulan penggunaan. Kalau sebelum2 tu rasa tak berkesan, konsisten lah
makan selama 5 -6 bulan.. Kalau takde perubahan jugak, say good bye lah
pada supplement tersebut.
Saya dah makan Vitamin E sebotol, kulit pun dah cantik, jadi tak de masalah kalau saya nak berhenti kan?
Memang tak de masalah kalau nak berhenti. Tetapi setelah beberapa
ketika, kemungkinan masalah2 lama kembali datang. Sebab? sebab badan
kita dah tak dapat nutrisi yg best itu, ia jadilah seperti asal sama
sebelum kita makan suplemen.
Contoh Ostematrix (kalsium
magnesium) yang penting untuk tulang, gigi, otot, saraf. Bila simpanan
kalsium dalam tubuh sudah digunakan, gigi pun patah, sakit urat, mudah
terkehel, dan sebagainya.
Bayangkan analogi ini...
Situasi #1.
Negara Malaysia sedang menghadapi pencerobohan oleh pihak asing.
Bayangkan kesultanan Sulu. Askar-askar kita sudah bersedia untuk
bertempur. Tak semena-mena PM panggil askar dari China untuk lawan
dengan penceroboh Sulu. Agak-agak apa jadi dengan askar kita? Balik
rumah je gamaknye, skill berperang pun hilang tah ke mana..
Situasi #2.
Negara Malaysia sedang menghadapi penceroboh Sulu lagi. Askar-askar
sudah dikerah untuk bertempur, dan mereka bertempur sehabis tenaga..
Sampai habis senapang-senapang, M-16, peluru ke hape benda dah guna.
Segala strategi, skill perang habis semua keluar. PM pun tambah lagi
senjata, untuk memperkuatkan barisan ketenteraan Malaysia. Dan Malaysia
pun menang.. Apabila ada penceroboh lagi, askar Malaysia dah yakin,
lebih bersemangat untuk bertempur untuk bebaskan Malaysia dari
pencerobohan.
Nampak tak perbezaannya??
Penceroboh
asing tu seperti bakteria, virus, mikrob, racun, toksin, radikal bebas,
bahan kimia, bahan sintetik yang sama sekali bukan daripada tubuh kita.
Askar China seperti ubat. Ia melawan penceroboh, dalam masa yang sama melemahkan sistem pertahanan perumah iaitu kita sendiri.
Senjata tambahan tu seperti suplemen (pastikan ia semulajadi macam
Shaklee, kalau tak sama je macam makan penceroboh sintetik). Ia
memperkuat sistem pertahanan tubuh kita melawan penceroboh.
Ok,
sekarang dah boleh faham kan sebab apa dikatakan suplemen Shaklee
bukannya ubat. Tapi ramai juga yg panggil ia sebagai 'ubat' kerana
sifatnya mampu 'memulihkan' penyakit.
kredit: Borong Mall
No comments:
Post a Comment