Oleh kerana berat saya tak menurun dah sekarang sejak dua menjak ni, hari ni ter rajin pulak nak google pasal diet ketika menyusu, ni saya dapat dari blog babycenter. Entahla.. mungkin pengambilan supplement yang agak tunggang langgang, dengan 2minggu lepas ada 3 kursus yang saya hadir, semua pun ada minggu lepas, dari sarapan sampailah minum petang semuanya menambahkan berat badan, tambah pulak dengan masa yang terhad, selalu terlupa untuk telan lecithin & omega. Haisshhhh....esp pun tak shake sangat, tapi tak lah naik berat badan, cuma tak turun-turun lagi sejak sebulan lepas... acaner tu.. Sapa yang tak risau kan, baru anak sorang badan dah macam tong... aish....takmo takmo. Ok...jom baca macamana diet yang sepatutnya bagi seorang ibu menyusu, like u & me...cewahhh..jika badan anda macam saya la..
Bagaimana dengan diet semasa menyusui?
Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin
- yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah,
justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan
anda.
Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul
semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang
menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini
bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah
kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk
menghasilkan susu.
Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada
berat pra-kehamilan anda.(0k sekarang Haqeem baru 6 bulan, ada 4bulan g, sabar sabar) Jika anda mahu mengurangkan sedikit
pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu
selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada
minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.
Bagaimanakah saya boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?
Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula,
anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat. Panduan umum
berikut dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang
sihat:
- jangan tinggal sarapan pagi;
- makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:.... erk.. macam susah je.. rasanya setiap kali saya beli epal mesti dalam 2 minggu jugak baru berjaya habiskan
- sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda;
- pastikan
hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi
dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
- kurangkan
makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas,
yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi;
- kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.
Walaupun sukar untuk mengurangkan berat badan selepas melahirkan anak,
penting bagi anda melakukannya, dengan berhati-hati dan perlahan-lahan.
Sedikit penambahan berat sebanyak 1-2 unit BMI di antara kehamilan pun boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis dalam kehamilan seterusnya. Anda juga lebih berkemungkinan untuk melahirkan bayi yang lebih besar.
Bilangan Kalori untuk ibu menyusu
Adalah dicadangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori setiap hari bagi memastikan susu untuk si comel anda sentiasa mencukupi. Juga penting untuk anda mengurangkan kalori secara perlahan-lahan, bukan mendadak kerana ia menyebabkan anda semakin terasa lapar dan mungkin menyebabkan anda makan dengan lebih banyak jika anda tak mampu menahan lapar. Apa yang penting...sabar...
Nak kira kalori setiap makanan yang kita mabik boleh gugle je
cth:
sepinggan nasi kosong (satu setengah cawan) -260 kalori
paha ayam goreng (1) - 120 kalori
telur goreng - 110 kalori
jika anda mengambil nasi putih & ayam goreng untuk sarapan maknanya anda dah mengambil 380 kalori, jadi untuk tengahari, makan malam, bajet la berapa untuk cukupkan 1800kalori tu... cara mudah lagi, 1800 bahagi dengan berapa meal yang anda ambil cth, sarapan, makan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, supper... jadi 1800 bahagi 6 meal... 300 kalori setiap kali makan.. harus jugak ingat, makan malam perlu dikurangkan sedikit dari makan siang...pandai-pandai mengawal bilangan kalori yang anda ambil... jika anda serius nak diet lah...jika tak nak... hantam je semua benda...huhuhu...
Ok... untuk ibu menyusu, juga boleh mengamalkan set diet shaklee
alfafa-----utk detox, sesuai sangat untuk mereka yang sembelit, juga nak buang semua yang tak perlu dari badan anda. alfafa juga milkbooster yang merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu
lecithin -----utk bakar lemak yang anda ambil, memang lemak perlu untuk badan, tapi ada lemak jahat, yang tu perlu dibakar cepat-cepat suapaya dia tak menempel kat badan, pastu susah nak buang...aishhhh
omega----sangat bagus untuk ibu menyusu, sebab disamping untuk bakar lemak 2x ganda dari lecithin, ianya membantu kuatkan memori, untuk ibu dan anak juga, perkembangan otak bayi, biasanya ibu lepas melahirkan jadi cepat lupa, yela banyak urat-urat yang putus sewaktu melahirkan anak...
esp-----memberikan rasa kenyang yang berpanjanngan, cthnya biasa saya ambil esp pagi, kenyang sampai tengahari baru saya makan..susu pun pekat & banyak, banyak lagi kebaikan esp ni boleh baca kat
sini
ostematrix-----ibu menyusu berkongsi kalsium dengan bayi sejak dari dalam kandungan lagi, oleh itu pengambilan kalsium sangat penting untuk mengelakkan gigi berterabur sebelum masanya, sakit belakang ketika menyusu, kejang kaki, tulang rapuh... juga keperluan kalsium untuk bayi kita, nak bina tulang n gigi bayi...
vitamin c--- yang ni sampingan untuk ibu menyusu la, biasanya bayi akan terkena demam, selsema, batuk... dalam proses dia membesar, bayi akan selalu demam, bila demam antibodi badan akan dibina untuk melawan penyakit tersebut, vitamin yang diambil oleh ibu akan turut sama dinikmati oleh si comel kita, jadi pengambilan vitamin c oleh ibu turut sama menguatkan antibodi ibu & anak...
Itu je kot, perkongsian untuk hari ni... sambung kerja pulak... jumpa lagi di lain masa (macam berita pulak)
ok... ada yang berminat nak cuba shaklee?
No comments:
Post a Comment