Wednesday 22 January 2014

Roadtax dengan etiqa

Wah...lamanya tak update blog ni. last update 30 dec 2013, dah masuk tahun baru pun. Punyalah sibuk 20hari pertama januari 2014 ni. Macam-macam yang perlu disettlekan, urusan kerja, roadtax kereta (sapa suruh beli kereta akhir tahun) huhuhu...lesson, kena beli kereta pertengahan tahu sebab nanti anak-anak(chewaaahhhh) dah sekolah, masa akhir tahun la nak keluar belanja banyak untuk persekolanan anak, nak beli buku, baju, yuran sekolah lagi... buku-buku tambahan... macam-macam la nak kena fikir, so kena menabung dari sekarang untuk masa depan mereka.. Alhamdulillah Haqeem dah ada akaun tabung haji, duit yang orang bagi tengok anak, duit raya semua masuk tabung haji dah. Untung Haqeem, mama dulu dah tingkatan 1 kot baru ada buku simpanan, tu pun takda simpanan pun dalam tu... kesian mama, tapi kesusahan tu mematangkan mama.

ok... sambung roadtax macam biasa dengan etiqa, saya suka buat sendiri semua benda, sebab nak jimat & tau semua prosedur, jadinya memang tiap-tiap tahun saya akan sambung insurans kereta kat etiqa pastu g kat bank islam untuk bagi diorang buat roadtax. Bank islam takkan serahkan geran kereta kat peminjam selagi tak habis bayar pinjaman kereta, huisssh...sabar la untuk 5 tahun lagi... hari tu orang etiqa tu bagitau boleh je bayar roadtax kat myeg tak yah pakai geran... oh jakunnya saya, rupanya ada lagi yg saya ketinggalan zaman, hahaha..jadi la pergilah kat pejabat myeg kat jalan batas baru, kedai tu nama myspeed, tapi boleh tahan jugak harga, kalau biasa bank islam ambik rm10 untuk cas perkhidmatan, myeg ambik rm15. Takpela, rezeki diorang. Tahun ni NCD dah jadi 38% jadi takdalah mahal sangat insurans kereta.

Lepas hampir seminggu sambung insurans kereta tiba-tiba dapat cek dari etiqa bernilai rm49 kot tak silap, huhu....perkongsian keuntungan katanya. Tiap-tiap tahun bayar ratus-ratus dapat bonus rm49 je? Huhu..kelakar je, Tapi rezeki terima jela, lepas la jugak duit minyak kereta 3 hari g keje.

Serentak dengan tu masuk pulak bonus shaklee, rezeki lagi.. alhamdulillah berbaloi dengan usaha bulan lepas. InsyaAllah jika diizinkan olehNya ingin sekali menambah rezeki yang ada. Buat masa sekarang Shaklee memang bisnes sampingan, saya berdoa agar dimurahkan rezeki dengan Shaklee. Ada orang sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada, saya pun bersyukur juga, tapi saya nak lebih, sebab nak keselesaan hidup.. . dan... kalau boleh nak jugak la bawak family pergi umrah.. haji kena ikut kuota kan. Harapnya macam tu lah.

Nak bersama saya cari rezeki dengan Shaklee? Jom pm/whatsapp saya... InsyaAllah saya cuba membantu, tapi jangan pulak mintak duit dengan saya, saya tak mampu. Lately kerap benar dapat mesej mintak kredit, takda kerja betullah orang zaman sekarang, mungkin dia tak fikir apa impaknya jika seseorang tak halalkan hak milik dia, kan dah susah nak masuk syurga, kena cari orang tu kat padang masyar mintak halalkan yang dah termakan/terguna tu... tak ke susah.. tapi diorang ni tak fikir macam tu, fikir dunia je. Semoga diberi hidayah olehNya, hanya mampu berdoa, nak tegur banyak-banyak kang lain pulak ceritanya.

boleh whatsapp saya 0199738135 atau boleh pm fb saya murni nur islamiah kassim atau boleh pm fb page saya rizqi shaklee haqeem... semua pun boleh.

sama-sama cari rezeki halal, sesiapa pun boleh meniaga, yang penting bimbingan dan tunjuk ajar yang betul.. usaha yang berterusan... dan tawakkal

No comments:

Post a Comment