Saya dapat teks ni di group shaklee kami, tapi sangat berguna untuk dikongsi bersama
~sedikit perkongsian membina~
Friday, September 13, 2013
Tujuh sebab kenapa kita perlu berjaya dan kaya
Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Sudah ramai yang mempunyai kesedaran untuk berniaga. Memang sungguh,
9/10 punca rezeki datang dari perniagaan. Orang kita sudah mula mengorak
langkah. Tambah lagi, kita sudah tahu, tidak perlu untuk bergolok-gadai
turun naik bank untuk mulakan langkah pertama dalam perniagaan. Orang
kita juga ramai yang sudah berjaya dan berkongsi pula pengalaman mereka
untuk berjaya dalam perniagaan. Tidak kurang yang memberikan motivasi
berkobar-kobar. Saya sangat suka berada dalam komuniti orang-orang
bisnes. Perkara yang saya tidak pernah impikan masa zaman bekerja dulu.
Bukan tiada kawan sekerja yang berniaga sendiri. Ramai. Yang sanggup
tolong saya dengan skim pinjam produk untuk diniagakan pun ada. Beri
saya baju untuk dijual tanpa perlu bayaran dan pulang bila tidak laku.
Saya masih ingat En Rahman. Jasamu dikenang. Itulah permulaan saya
berniaga di kuarters, membuat blog yang tidak menjadi, buat iklan dan
tampal di papan kenyataan kuarters, bawa baju ke rumah pelanggan,
belajar komunikasi melayan pelanggan. Kenangan terindah. Terima kasih,
terima kasih. Apa khabar Encik Rahman sekarang ya?. Mungkin sudah
berhenti kerja dan menjadi peniaga sebenuh masa.
Kenapa kita kena kaya dan berjaya?
Mentaliti saya dulu kala, buat apa nak cari duit beriya mahu kaya
sangat sampai anak terabai di rumah orang?. Kenapa kena bodek bos?.
Takut muka kita tercicir bila bos mahu beri kenaikan pangkat, sampai
anak kita hantar Isnin sihat, menjelang Jumaat sudah demam. Kenapa kita
terus biarkan susu tidak dipam bila terpaksa berada dalam mesyuarat
penting di mana kita sebagai pengerusi sehingga susu untuk anak akhirnya
kekeringan? Adui. Mencabar sungguh mencari wang untuk kaya dan berjaya.
Ya, untuk kaya dan berjaya.
Bila sudah berhenti kerja, baru terang
sikit, sebenarnya untuk kaya dan berjaya, bukan ada satu cara saja
bukan?. Bukan hanya dengan bekerja makan gaji dengan orang. Kita boleh
kerja untuk kita sendiri. Tapi tidaklah kata orang yang bekerja tidak
boleh berjaya dan kaya. Ramai saja para doktor yang kaya dan berjaya
kan?. Siap dapat pangkat Dato' bagai. Tapi berniaga salah satu caranya. 9
dari 10 punca untuk berjaya dan kaya. Rupanya kan... .
Cara paling
mudah, gunakan blog, mula dengan dropship. Modalnya hanya usaha dan
keyakinan diri. Motivasi dari rakan-rakan. Dulu rasa kekok. Sekarang
mula rasa seronok. Walau pun belum lagi cecah ribuan ringgit sebulan.
Sekurang-kurangnya ada tambahan pendapatan. Dalam bisnes, konsepnya man
jadda wajadda. Siapa usaha dia berjaya.
Jadi, bila sudah kaya
berjaya, apa lagi?. Jangan lupa untuk infakkan kepada orang lain.
Pendapatan yang kita dapat, belum tentu rezeki kita semuanya. Mungkin
rezeki orang lain. Rezeki yang sebenar adalah pahala yang ingin kita
bawa ke alam sana. InsyaAllah, bila zakat dan sedekah, dikurniakan pula
pendapatan bertambah-tambah. Saya mendapat pesanan begini,
" Niatkan
zakat ya. Ustaz saya berpesan, pada bila-bila masa kita mengeluarkan
wang untuk membantu orang lain, niatkan zakat. Jika zakat sudah habis
dibayar semua, automatik wang itu jadi sedekah. Tetapi tidak
sebaliknya...". Saya tidak pernah tahu tentang ini. Alhamdulillah ilmu
baru. Saya bukan ustazah untuk bercerita panjang, cuma sekadar
mengingatkan saja. Saya hanya suri rumah saja.
Ini saya kongsikan apa yang saya terima pagi ini. Dikongsi oleh rakan-rakan.
Tujuh sebab kenapa kita perlu berjaya dan kaya
Bila ibu bapa masih belum mampu menunaikan rukun Islam ke-5 iaitu
menunaikan haji, siapakah akan membantu menunaikan hajat dan impian
mereka?. Tergamakkah kita katakan "aku pun tak ada duit."
Bila
ibu bapa anda perlukan duit untuk sesuap nasi, seteguk air, siapa yang
menanggung mereka?. Tergamakkan kita berkata," aku pun tak cukup makan.'
Bila ibu bapa sakit, siapa yang uruskan bil-bil perubatan?. Adakah kita
hanya pejam mata, pekakkan telinga?. Mereka tidak pernah meminta dari
kita kerana mereka memahami keadaan kita. Tapi adakah kita memahami
keadaan mereka?. Tergamakkah kita berkata, "aku ada banyak hutang nak
kena bayar bulan ni."
Bila ibu bapa anda bersedih kesunyian,
tiada anak datang menjenguk, siapa akan pulang melihat mereka sedangkan
anda sibuk sibuk dan sibuk memanjang. Mereka hanya perlukan kita
beberapa ketika sahaja kerana mereka sudah merasai tidak lama lagi
mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi. Tergamakkah
kita berkata," aku bukan tak nak balik, tapi bos tak bagi cuti, kena
outstation."
Bila ibu bapa anda ditakdirkan meninggal dunia,
siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya?. Perhatikan
wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah
mereka. Adakah wajahnya dalam kecerian atau kesedihan. Tergamakkah kita
berkata, "aku bukan tak nak balik masa dia sakit, tapi masa tu tengah
sibuk sangat".
Bila ibu bapa sudah tidak mampu uruskan diri
mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibu bapa kita tak pernah
buang kita walau pun kita banyak kerenah. Mereka bergolok gadai
bertungkus lumus besarkan kita. Mampukah kita menguruskan mereka dengan
usaha kita sendiri?. Tergamakkah kita berkata, "aku sibuk,biarlah
adik-beradik yang lain uruskan."
Bila ibu bapa anda minta duit
untuk beli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda beri tanpa
sebarang alasan?. Ketahuilah, walau apapun kita lakukan untuk ibu bapa
kita,kita masih belum mampu membalas jasa mereka.
Sedarlah
saudara/saudari. Berkhidmatlah untuk ibu bapa sementara mereka masih
hidup. Sedarlah beberapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibu
bapa kita kerana pengorbanan mereka sangat besar pada kita..
Buktikan pada mereka, zuriat yang mereka lahirkan dan besarkan ini adalah zuriat yang sangat hebat.
Biar pun 100 orang, 1,000 orang mahupun 10,000 orang mahu tengok kita
gagal, ada orang yang benar-benar nak tengok kita berjaya, iaitu ibu
bapa kita.
Buat kerja sambilan
Buat kerja sambilan,
'part time'. Hati-hati ya. Jangan lupa kita berada di mana. Jika sedang
berada di pejabat, awas. Berpada-padalah. Masa dan fasiliti adalah untuk
kegunaan pejabat. Kenang kembali Saiyidina Umar yang menutup lilin
untuk bincang hal keluarga kerana tidak mahu menggunakan hak kerajaan
dan rakyat. Saya sekadar mengingatkan saja. Cuba gunakan waktu rehat dan
hak peribadi untuk perkara peribadi.
Bukan senang nak senang. Usaha, usaha, usaha.
No comments:
Post a Comment