Alhamdulillah minggu ni rezeki mencurah-curah, rezeki apa tu? Huhuhuhu...rezeki dipermudahkan urusan, Minggu ni pantry pejabat dah dialihkan betul-betul depan bilik saya jadi tak perlulah nak ulang alik ke pantry sebelum ni, tak la jauh sangat cuma kena lalu depan bilik bos & beberapa orang staf lelaki, setiap kali lalu untuk simpan ice pack ada je usikan-usikan nakal, bukanlah tak boleh bergurau cuma bagi saya, saya tak suka lah bergurau bab-bab macam tu dengan staf lelaki, adab kena jaga bila dah jadi bini orang ni.
Apapun alhamdulillah dipermudahkan urusan ni. Satu lagi rezeki, susu Haqeem dah kembali seperti biasa, jika sebelum ni sekali pam dapat 3oz, hari ni sekali pam dah dapat 6oz, terima kasih Ya Allah atas rezeki yang tak terhingga ni, bukan apa tu, masa bercuti kan jadual mengepam memang ke laut. Senang cite memang saya tak mengepam pun sepanjang duk umah mak mertua tu, DF je, Haqeem pun lagi suka DF. Takpelah ikut jela kemahuan anak yang satu ni, entahlah sampai sekarang dah mencecah usia 8 bulan Haqeem still memilih botol & DF, kalau DF mau je dia, kalau bagi botol kadang-kadang dia menolak, kadang-kadang dia nak, tu kat rumah pengasuh la, kalau kat rumah sendiri memang tak pernah bagi la dengan botol sebab, kalau saya yang bagi, memang Haqeem tak nak, Razwan pulak... mudah putus asa, sekali bagi Haqeem menolak, memang dia takkan bagi dah, last-last pas kat saya jugak, acaner tu?
Walaupun Haqeem tak berapa nak menyusu dengan botol, saya tetap pam, minggu lepas biasanya saya cuma dapat dalam 9oz sehari, minggu ni alhamdulillah dapat 15oz, biasanya sebelum-sebelum ni dapat 20oz, harapnya kembali seperti biasalah, salah siapa? Salah sendirilah yang malas mengepam. Hahaha.
Dalam bergembira ni sedih jugak sebenarnya, sebab Haqeem dahlah kurang menyusu sewaktu dengan pengasuh dia, makan pun kurang, saya pun pelik sebab saya bekalkan bubur nasi campur carrot, cukup untuk 2x makan, tapi pengasuh Haqeem kata Haqeem tak nak makan, dekat rumah elok je dia makan, siang malam jumaat & sabtu saya suap memang habis setiap mangkuk, cuma kena sabarlah sikit, yelah suap budak dia nak main-main, kadang-kadang saya buat-buat makan sekali bubur dia tu, beriya je dia makan, pelik betullah bila kata Haqeem tak nak makan. Air masak pun sama, banyak juga dia minum, entahlah apa yang tak kena, kalau dekat boleh juga saya ke rumah pengasuh dia waktu lunch untuk menyusu tapi jauh, jarak antara tempat kerja ke rumah 1jam, takkanlah saya nak ulang alik semata-mata untuk menyusu.
Kadang-kadang terfikir jugak nak tukar pengasuh tapi kesian pulak dekat kakak saya aka pengasuh Haqeem ni, entahlah... buntu bila fikir, baik tak yah fikir, tapi untuk kebaikan anak kena fikir jugak. Berat Haqeem pun tak memberangsangkan, 6bulan cuma 6.5kg, apa yang harus saya buat? Hurm... buntu.
No comments:
Post a Comment