Lama tak menulis, seminggu takda entry.
Sebenarnya mood macam terbang dibawa oleh berita kehilangan pesawat MH370. Dunia kecoh dengan kehilangan pesawat, namun sejenak saya terfikir, adakah kerana pesawatnya ataupun kerana orangnya, wallahualam, harta dunia kita boleh cari, bekal akhirat? Bukan saya nak tuju kepada sesiapa, hanya untuk diri sendiri, saya sendiri bukanlah orang yang kuat beribadat, solat malam jauh sekali, entah bila saya bakal berubah, solat wajib pun compang camping, betapa kufur nikmatnya saya. Allah...
Masa bawak kereta tadi, saya duk dengar ceramah ustaz kazim kat youtube, yelah...mengantuk bawak kereta buka ceramah kelakar-kelakar ok juga. Kupasan yang menarik oleh ustaz kazim berkenaan hubungan ibu mertua dan menantu. Hubungan saya sendiri dengan ibu mertua macam biasa-biasa saja, taklah baik sangat taklah jauh sangat. Mungkin saya sendiri jenis yang susah nak rapat dengan sesiapa saja, Apa yang menarik daripada inti ceramah tersebut, hubungan kita dengan mertua tidak akan putus sampai bila-bila, jadi sayangilah mereka sampai bila-bila, sama juga dengan mertua, sayangi menantu sama macam anak sendiri. Ada orang tak boleh terima, suami lebih rapat dengan mak, ada orang tak boleh terima anaknya terlaly memanjakan isteri, namun hak masing-masing tak boleh dipertikaikan, seorang ibu ada hak ke atas anaknya, seorang suami ada hak ke atas isterinya, seorang isteri ada hak pada suaminya, maka berpada-padalah dalam menangani sesuatu masalah, mungkin tolak ansur adalah jalan terbaik. Saya sendiri alhamdulillah dikurniakan keluarga mertua yang sporting, suka membantu dan mudah dibawa berbincang.
Perkembangan Haqeem yang terbaru adalah... 15 Mac 2014 Haqeem dah pandai duduk sendiri, dan dia sangat bercita-cita tinggi untuk bangun dan berdiri sendiri, semakin aktif dan semakin comel... akekeke.. terlupa pulak nak bawak kabel phone, tak boleh nak masukkan gambar terkini dia yang comel tecit cenonet itu. Rasanya cukup minggu ni boleh dah tu berdiri sendiri, sebab sentiasa praktis, pantang tengok apa yang boleh dia bergantung semua nak dicapainya. Alhamdulillah perkembangan yang sangat positif. Cuma satu je masalah yang belum selesai, masalah tak nak menyusu botol. Entah tak tahu dah nak buat camana, macam-macam cara dah buat tapi still kurang menyusu lagi. Cara terakhir yang saya boleh fikirkan adalah susu FM la, tapi jenama apa masih saya fikir-fikirkan lagi. Sebenarnya seboleh-bolehnya saya tak mahu bagi susu lembu kat Haqeem, namun apakan dayaku, takkanlah nak biar Haqeem membesar tanpa zat kan, dah dia tak suka susu yang disimpan nak buat camana, terpaksalah... haisshhhh...sedih...
Maaf pasal entry merapu-rapu di pagi hari ni, entah apa yang saya bebelkan, namun dapat menulis sebenarnya mengembalikan sikit aura positif dalam diri, satu ungkapan menarik yang saya boleh kongsikan pada hari ini adalah, mintalah apa saja dengan Allah, jangan lihat kelayakan kita untuk mendapatkan apa yang kita hajatkan, tapi lihatlah kuasa Allah yang mampu memberikan apa saja kepada kita jika Dia kehendakinya, maka marilah kita berdoa tadah tangan untuk diri sendiri, suami, anak-anak, ibu, ibu mertua, ayah, ayah mertua dan saudara seislam kita. Doakan yang terbaik juga untuk kawan-kawan kita.
Buatlah apa yang kita suka, sukalah dengan apa yang kita buat... selagi tak bercanggah dengan hukum Allah. Kembalilah padaNya kerana Dia sangat menyayangi kita tanpa kita sedar
No comments:
Post a Comment