Wednesday, 5 March 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki

Semalam, 4mac 2014, hari cuti untuk negeri Terengganu sempena Pertabalan sultan Terengganu, kebetulan pulak Razwan off, jadi bolehlah berjimba-jimba. Saya cakap kat suami saya bukan nak shopping, saja nak jalan-jalan je, dari wakaf tapai kami jalan-jalan ke gong badak, pastu g bandar lepak kat kedai makan abang saya bersebelahan dengan flat seri kolam, sila-sila jemput ke sana, macam-macam lauk masakan kampung ada. Tapi kami tak makan sebab dah kenyang, minum minum je.. lepak-lepak sambil melayan si comel tecit cenonet Haqeem.. 


abaikan air liur yang meleleh leleh tu... akeke..


Ternampak pulak ada expo kat dataran shahbandar, apa lagi, singgah ke sana kejap, tapi Razwan je yang turun sebab Haqeem dah merengek lapar & nak tidur, jadi saya cuma duduk dalam kereta susukan Haqeem, cuaca pun panas masa tu, pukul 2petang, tak larat nak jalan panas-panas. Teringat pulak kakak ipar, wife sepupu & sepupu duk kat hospital, kakak ipar saya masuk wad sebab nak bersalin anak ke2, wife sepupu pun nak bersalin anak pertama, sepupu pulak dapatkan rawatan susulan selepas jatuh pokok manggis bulan november lepas, haisshhh...sihat-sihat tiba tak mampu nak gerak 1 badan, Ya Allah jauhkan kami daripada musibah yang tak disangka-sangka, sihatkan kami ya Allah.

Pastu terus telefon mak & kakak saya ajak diorang g melawat, sampai sana, kakak ipar saya tengah sibuk berjalan ke sana ke mari sebab nak mudahkan bersalin & bagi terbuka jalan, haha... saya dulu masuk wad dah pecah air ketuban, duk jela atas katil kalau tak lagi laju air ketuban tu keluar, macam air paip je haaa... dia tak pecah air ketuban lagi takpela.. bolehlah jalan ke hulu ke hilir, bosan duk spital, yess...saya sangat memahami, kalau dah bersalin tengok orang lain semua baby duk sebelah kita duk sorang-sorang lagi sedih...uwaaa...

Dah siap melawat semua saudara mara, kami ke tapak expo sekali lagi, kononnya en Razwan tu nak beli jersi kesukaan, plus nak bawak mak ronda-ronda juga, last-last dia tak membeli pun saya jugak yang tergrab sehelai tudung & buku mudahnya menjemput rezeki ni.




Lama sangat tak shopping buku, rasanya last saya beli sebelum lahirkan Haqeem, kumpul buku adalah hobi saya, kalau dulu suka kumpul novel, sekarang rasa suka baca buku motivasi, plus saya pernah terbaca satu ungkapan, you are what you read.. betullah, jika duk baca novel cintan cintun, dalam novel tu, duk cite pasal suami yang romantik, hensem kaya, kita pun duk termimpi-mimpi suami kaya hensem romantik... hakikatnya...entah berapa orang je macam tu, suami saya tak kaya, tak hensem, tak romantik...tapi menerima seadanya tu yang buat saya bahagia..haa...jadi janganlah duk berangan setinggi gunung, kang duk mengungkit suami tak macam ni, tak macam tu... belajar bersyukur itu yang lebih utama. 

Baru je baca sikit-sikit, baru 1 bab la, perkongsian penulis yang menarik untuk saya adalah dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, means, dalam kita tak sedar, dalam gaji tu, ada rezeki anak kita, suami kita, mak, jiran, saudara mara, anak saudara. Jika kita ingat bali pasti kita kata yalah betullah. Contoh, kita pergi makan kat kedai, kita order  sepinggan nasi, kita yakin nasi tu milik kita, namun masa kita makan, ada pulak datang kucing mengiau mintak makanan, kita pun bagi la secubit ikan/part yang kita tak suka pada kucing tu, maknanya dah tertulis dalam pinggan kita tu ada rezeki untuk kucing tu. Pastu bila kita dah habis makan, tengok balik dalam pinggan, pasti ada tulang-tulang ikan/ayam yang bersisa, itu pulak rezeki semut, ulat & macam bakteria lah. Cantikkan aturan Allah, semuanya sudah tertulis, tanpa kita sedar & fikir, setiap yang berlaku ada hikmahnya, setiap makhluk ada bahagian masing-masing. Sama jugak macam gaji kita, kita yakin gaji kita semua milik kita, tapi katakanlah hari ni kita melawat anak jiran yang demam, kita bawak buah tangan, sudah tertulis, rezeki buah tangan tu kepada anak jiran tersebut cuma disampaikan melalui kita. 

Macam tu yang baru sempat saya baca, apapun sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, sekurang-kurangnya bersyukur masih boleh bernafas dengan udara yang segar, ada orang bernafas dengan bau busuk sampah sarap. Jom ucap Alhamdulillah...


DOA SOLAT DHUHA

 

YA ALLAH!

SESUNGGUHNYA WAKTU DHUHA ITU IALAH WAKTU DHUHA-MU,

KECANTIKAN ITU IALAH KECANTIKAN-MU, 

KEINDAHAN ITU IALAH KEINDAHAN-MU, 

KEKUATAN ITU IALAH KEKUATAN-MU, 

KEKUASAAN ITU IALAH KEKUASAAN-MU DAN PERLINDUNGAN ITU IALAH PERLINDUNGAN-MU.


YA ALLAH!

JIKA REZEKI MASIH DI LANGIT, TURUNKANLAH, 

JIKA ADA DI DALAM BUMI, KELUARKANLAH,

JIKA SUKAR MUDAHKANLAH,

JIKA HARAM SUCIKANLAH,

JIKA MASIH JAUH DEKATKANLAH,

BERKAT WAKTU DHUHA-MU,

KEAGUNGAN-MU,

KEINDAHAN-MU,

KEKUATAN-MU

DAN KEKUASAAN-MU.

LIMPAHKANLAH KEPADAKU, APA YANG TELAH ENGKAU LIMPAHKAN KEPADA HAMBA-HAMBA-MU YANG SOLEH.

Jom berdhuha ya akhi ya ukhti.. yakin dengan aturan Allah..pasti hidup tak sia-sia

No comments:

Post a Comment