Monday, 31 March 2014

Pengasuh untuk anak

Minggu yang agak bercelaru bagi saya, minggu lepas hari ahad.. Haqeem demam, jadi saya ambik cuti emergency, terima khabar yang kurang gembira dari kakak saya iaitu abang ipar saya kena strok separuh badan, dia dimasukkan ke wad untuk pemantauan.

Jadi, bermulalah episod mencari pengasuh baru untuk Haqeem, nasib baik ada seorang kawan suami ni, isteri dia ada mengasuh budak, nama Nana. Nana ni orang sarawak, muda lagi takda anak, budak yang diasuh tu namanya Adam, umur dalam setahun lebih. Ok la tu kan... jadi saya pun setuju la untuk hantar, bincang punya bincang, bayaran rm300 sebulan, jika saya nak hantar tak sampai sebulan rm13 sehari. Hari selasa, saya pergi kerja setelah 2hari bercuti emergency, kakak yang jaga cuti kat opis ni kata tak boleh sepatutnya EL 2hari, tapi dah nak buat macamana, tak jumpa pengasuh lagi kan. Dengan Haqeem yang banyak ragam nak kena cari pengasuh yang sabar & tabah jugak. Tak lupa saya pun dah cerita kat Nana yang Haqeem memang kuat nangis, kuat meragam, bagi Nana cukup bersedia. Yelah, risau sebab Nana cerita Adam budak baik, baik sangat-sangat. Risau kot Nana stress nanti... kuikuikui...

Hari pertama bersama pengasuh baru, suami saya yang hantar Haqeem sebelum pergi rolcall setiap pagi, dalam pukul 8pagi. Dalam masa yang sama saya bekalkan ubat demam dengan antibiotik tapi saya pesan kat Nana tak perlu bagi ubat jika badan dia tak panas. Sampai ofis, ada kawan saya bercerita pasal anak dia naik ruam satu badan lepas ambik antibiotik, saya pun kerisauan mesej Nana supaya tak perlu bagi antibiotik kat Haqeem, tapi dah terlambat, sebab dia dah bagi. Nana jugak ada bagitahu Haqeem kuat nangis, tapi dia cuba untuk jaga Haqeem hari tu. Saya pun ok la sampai petang kerja macam biasa. 

Sampai rumah tengok badan Haqeem naik merah satu badan, dalam kepala duk fikir allergik antibiotik la tu. Terus siap-siap g hospital, sampai sana admit ward sebab Dr belum dapatkan pastikan samada betul sebab antibiotik atau sebab lain. Kat ward, ada 2orang Dr duk datang tanya macam-macam la, pemakanan, sabun, susu... penat den kena interview, dengan keadaan wad yang sangat tak memberangsangkan.... Pagi esoknya, keadaan Haqeem dah semakin baik, jadi dibenarkan balik memandangkan takda tanda-tanda sesak nafas, ruam bintik-bintik demam semua takda.. Alhamdulillah, Haqeem bila menyusu cepat je baik badan dia. 

Hari khamis saya cuti jadi tak hantar Haqeem ke rumah Nana, semalam baru hantar lagi, tapi malangnya pukul 9pagi Nana dah mesej cakap dia rasa tak boleh nak jaga Haqeem memandangkan Haqeem menangis yang amat sangat. Sampai Adam siap azankan Haqeem lagi.. hehe...adoila..jadi separuh hari jela saya kerja. Memang stress memikirkan penjaga untuk Haqeem, hari ni, isnin.. saya hantar ke taska yang dekat dengan tempat kerja ni.. baru 2jam, tadi saya call Mira, pengasuh kat taska tu, dia kata ok je nangis kejap-kejap je.. mungkin sebab ramai orang... tak pasti la tu. Harap ok la Haqeem kat sini, senang saya nak g jenguk-jenguk kalau dia menangis teruk-teruk.

Harapnya takdalah kena tukar pengasuh lagi, tapi jika kakak saya nak jaga Haqeem semula, saya berbesar hati nak bagi sebab Haqeem dah biasa dengan kakak saya, mungkin jugak Haqeem rindu dengan ayoh aka abang ipar saya sebab Haqeem sentiasa main dengan ayoh dia je. Kesian pulak abang ipar sekarang dah dah buka mata, tak bercakap. Hari terakhir dia bercakap, kakak cakap dia ada sebut nama Haqeem... sedih beb...sapa tak sedih kan.. sihat segar bugar tiba-tiba takleh gerak... 

Semoga abang ipar saya sembuh sedia kala, Haqeem rindu ayoh tu, nak main-main dengan ayoh.

No comments:

Post a Comment