Sunday 20 April 2014

Kesihatan juga satu rezeki

Saya mula batuk selsema & demam sejak jumaat lepas.. walaupun dah telan vitamin c 2 biji sehari masih demam lagi. Yaa.... memang sesiapa pun tak boleh nak elak bila jatuh sakit.. tapi jaga lah diri.. amalan pemakanan yang sihat.. minum air kosong secukupnya... insyaAllah badan akan cepat sembuh.

Hari ahad baru saya ke klinik sebabnya jumaat cuma batuk-batuk kering gitu je, hari sabtu suami pulak bertugas luar, jaga Haqeem sorang-sorang. Masa tu la demam selsema semua nak keluar.. cari-cari panadol pulak takda langsung dalam simpanan kat rumah. En razwan la ni habiskan semuanya.. sebab dia yang demam dulu.. jadi tahan jela demam hari tu.. walaupun dah mencecah 39°c. Alhamdulillah masih mampu bertahan. Cuma kerapkan mandi & minum air kosong. Suhu badan takkan terus naik jika kita kerap mandi & air cukup. Kencing banyak lagi bagus untuk buang panas badan. Satu lagi boleh tuam dengan air batu ataupun air daun bunga raya yang diramas. Alhamdulillah Haqeem tak banyak perangai masa saya jaga dia sorang-sorang. 

Hari ahad, mak saya pulak masuk wad sebab gastrik teruk. Pening, sakit perut, tak larat semua ada. Nak berjalan pun kena papah dah. Dugaan yang sangat banyak. Alhamdulillah Haqeem dah serasi dengan pengasuh baru. Saya pulak diberi MC 2 hari sebab demam, tekanan darah yang rendah, cuma 85/58 je. Saya manfaatkan untuk jaga mak saya yang tak berapa sihat. Seharian je masuk wad, lepas tu Dr dah benarkan mak saya balik.

Sepanjang mak saya sakit tu, sebenarnya dah lama mak saya mengidap gastrik, makan pun cuma nasi dengan ikan bakar je, kalau nak diikutkan memang takda khasiat la, cuma karbo dengan protein je. Tapi nak buat camana, mak saya memang dah tak lalu nak makan, makan je mesti pening kepala, sakit perut nak muntah, sakit perut yang dia tak tahan, jadi saya tak paksa mak saya makan, biarlah dia selesa makan nasi putih dengan ikan panggang je, saya dah belikan dia macam-macam sayur, vitamin, susu... tapi dah perut dia tak sesuai nak buat camana kan.

Cuma satu je produk shaklee yang mak saya boleh makan iaitu ESP, mak saya cakap minum esp tak sakit perut tak apa, tapi yang lain dia tak nak, saya cuba bagi vitalea, tapi mak saya muntah jugak lepas makan vitalea tu, jadi saya tak paksa la. Lagipun dah banyak ubat hospital yang mak saya telan, ubat gastrik, ubat darah tinggi. Saya cuba bagi mak saya vivix, tapi dia tak nak jugak. Urmmm...sedih jugak sebab saya tau kebaikan vivix, tapi mak saya sekali telan pastu dia rasa tak selesa, terus tak nak dah.

Mak saya ni usia dah 71 tahun, punyai 10orang anak, 9orang adik beradik sama ayah, seorang dah meninggal, seoarang adik beradik lain ayah pun dah meninggal jugak. Jadi tinggal kami 8 beradik. Dalam 8 beradik ni yang paling mak saya selesa, kakak saya yang baru kahwin tu, saya, dan sorang lagi kakak saya aka bekas pengasuh Haqeem. Yang lain mak saya bukanlah kurang suka, tapi kurang rapat kot sebab garang katanya. Urmm...macam tulah. Jadi setiap hujung minggu saya akan bawak mak tinggal dengan saya, hari kerja tinggal kat rumah kakak saya yang sulung. Nak buat camana kan, itulah rutin kehidupan kita, tak semua yang kita impikan akan kita dapat. Impian saya nak jaga mak waktu dia sakit, tapi nak buat camana tuntutan kerja jugak, plus tempat kerja jauh dari rumah, masa lagi, jika nak tinggal mak saya sorang-sorang kat rumah masa saya kerja pun bahaya juga... yelah.. mak saya pening kepala berterusan.. risau juga apa-apa berlaku...

Doakan mak saya diberi kesihatan ye semua. Amin



No comments:

Post a Comment