Alhamdulillah setelah 4x bertukar tempat jagaan, akhirnya haqeem serasi dengan seorang pengasuh.. akhir nya...
Pengasuh baru ni nama dia Yan.. muda lagi dalam 26 gitu umurnya, kahwin dah 4 tahun tapi masih belum ada rezeki anak lagi. Yan ni tinggak dengan suami & mak dia kat kuarters yang sama dengab kami. Hari jumaat cuti hujung minggu saya cuba hantar dan ambik haqeem sekejap-sekejap, pagi hantar 2 jam, petang hantar 2 jam..
Sampai hari ni selasa dah 4 hari saya hantar haqeem ke sana, alhamdulillah masih ok lagi Yan cakap. Harapnya haqeem terus serasi la dengan ibu..
Ada satu benda yang membuatkan darah saya naik jugak bila samsung s3 kesayangan saya dirosakkan oleh haqeem.. aishhh... geram tak terkata. Rosak skrin langsung takda tulisan ke apa benda. Last2 terpaksa beli phone baru la.. nak baiki pun dah rm700 katanya,
Solutionnya beli yg baru jela.. kali ni saya pilih samsung mega.. sebab? Takda sebab.. suka suki je.. kihkihkih
Solutionnya beli yg baru jela.. kali ni saya pilih samsung mega.. sebab? Takda sebab.. suka suki je.. kihkihkih
Perbandingannya cuma mega ni besar skit.. nak update blog senang, nak edit gambar senang, sesuai sangat lah untuk org yang dah rabun macam saya ni.
Ok.. tu je update terkini pasal haqeem yg chomel anak mama & abah tu..
No comments:
Post a Comment