Wednesday 30 April 2014

Register di nuffnang... dah berjaya..yeay!

Semalam... bosan-bosan tak tau nak buat apa, saya duk godek-godek camana cara nak register dengan nuffnang, maknanya kita register dengan nuffnang dan nuffnang akan letakkan iklan dekat blog kita. Dan kita dapat payment... camtu la cite nye.

Nak register senang je... g kat website nuffnang http://www.nuffnang.com.my/ lepastu isi je form yang keluar tu... pastu nanti dia akan bagi code masuk je dalam template web kita.. g kat template pastu edit html... done.

Tapi yang saya buat tu macam tak berapa cantik sebab duk kat atas macam tu... nanti la godek-godek edit lagi. Hari ni ada meeting lagi pasal nak renovate makmal.. sebenarnya saya tak lah terlibat sangat pun, kat lab ni dah ramai yang pandai-pandai, saya tak pandai...hua hua hua hua.... tengok jela apa orang buat..

Anyway, tak sabar nak tau apa promo untuk bulan mei 2014 nanti...

Sebut pasal bulan mei... banyak tarikh bermakna untuk saya & kami sekeluarga...

12mei birthday saya
26mei kami nikah
27mei majlis kahwin kami... 

tak sabar nak sambut together gether gitu... hajatnya nak pergi ke Kenyir sebab ada Festival Kenyir dan ada macam jualan murah tanpa tax. Setakat ni belum jumpa lagi orang update pasal festival tu, harap betullah seperti apa yang diiklankan, festival ni dah bermula sejak semalam 29 april 2014 dan bakal berakhir pada 29 mei 2014... sebab tu nak pergi masa anniversary... nanti mana tau hari-hari last diorang buat sale murah terbabas-babas... macam rempah babas pulak...
















Apa yang nak dicari? Dengar kata ismail group dari Langkawi tu pun ada, jadi... borong coklat la jawabnya... hehe...mungkin Idaman Suri pun ada bolehlah beli pinggan mangkuk sekali, apapun saya tak pasti khabar angin ni soheh ke tak, sebab saya dengar pun dari kawan-kawan je, diorang pun tak sampai lagi ke festival kenyir tu. Nanti kita pastikan... hehe..lol...

Boleh la jugak menyelit letak flyers shaklee kat sana... 

Tak lupa jugak 25mei tarikh lahir arwah ayah yang telah pergi mengadap Ilahi sejak 14oktober 2012. Alfatihah untuk arwah, semoga tenang di sana bersama orang-orang soleh. Jom sama-sama sedekah alfatihah untuk arwah ayah saya.


Amin

No comments:

Post a Comment