Assalamualaikum....
Lama tak post apa-apa dalam ni, busy manjang. Pagi tadi baru settle taklimat untuk pengguna makmal yang telah sekian lama tertangguh, bukan apa, masing-masing (pegawai) ada je kerja kat luar, jadi tak dapat nak dibuatlah taklimat tu, tadi pun ada sorang pegawai yang tak dapat hadir sebab terpaksa sampling ke Sabah, jadi... proceed jela, kalau tunggu lagi tak tahu la pulak bila boleh arrange. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, masing-masing ada cadangan untuk penambah baikan bagi memudahkan kerja-kerja penyelidikan, lagipun pelajar yang ada di sini semuanya pelajar Msc dan PHD, jadi diorang pun dah expert dengan kerja-kerja makmal ni.
Hari ni... hari ni anniversary kami, alhamdulillah genap 2 tahun mendirikan rumah tangga dengan suami saya Mohammad Razwan Abd Razak. Genap 2 tahun duduk sebumbung, banyak suka duka, rintangan, pahit manis, semuanya memberikan pengalaman yang cukup manis untuk dikenang. Sebenarnya antara kami, banyak perbezaan, banyak juga persamaan, banyak yang masih perlu dipelajari untuk sesuaikan diri bersama. Saya sendiri banyak kena belajar cara percakapan dia, dia pulak sekarang dah faham sikit-sikit loghat Terengganu, tak banyak yang dia paham, tapi ok la, at least dia tau apa yang orang cakap sikit-sikit.
2 tahun ni banyak mengajar erti sabar, sejak berkahwin saya tinggal di Kuarters polis di Flat Hiliran, berhampiran dengan Giant bandar, tapi sejak bulan 10 tahun 2012, kami berpindah ke Kuarters baru di Wakaf Tapai, Marang. Jadi sejak berpindah, saya terpaksa ulang alik ke tempat kerja sejam lebih setiap hari, pergi 1 jam.. balik pun 1 jam... sangat penat. Pagi-pagi selepas subuh terus kena bertolak pergi kerja, masa saya mengandungkan Haqeem lagilah penat, mengantuk 1 masalah utama saya masa memandu. Alhamdulillah masa usia kandungan saya cecah 7-9 bulan, suami saya pulak yang hantar dan ambik saya pergi kerja, kesian dia...pagi 2jam memandu, balik pun 2 jam memandu.. hari-hari pulak tu. Kesian jugak sebenarnya tapi yelah, kandungan pertama, risau jugak jadi apa-apa tengah jalan. Masa dihantar dan diambil tu memang best r, sebab dimanjakan... hahahah...bestnya pregnant, nak pregnant lagi... hehehe... alhamdulillah takda kejadian beranak dalam kereta, saya pecah ketuban malam pas maghrib dah lepas balik kerja pun masa tu.
Lepas bersalin, lagi banyak kena sabar, sebab Haqeem bukanlah seorang anak yang mudah untuk dijaga. Saya akui, Haqeem kuat sangat menangis, sampai ada yang kata Haqeem kena sawan tangis, kami pun pernah bawak Haqeem ke darulsyifa' untuk berubat, tapi ustaz kat situ kata takda apa, normal budak menangis. Masa Haqeem masih di bawah jagaan kakak saya pun, kakak saya pernah bawak Haqeem jumpa bidan tanpa pengetahuan saya, omg.. sabar jelah kan, sebenarnya saya tak berapa suka, sebabnya sebagai pengasuh apa-apa yang dia nak buat perlulah khabarkan kepada saya dahulu, tapi benda dah lepas, maafkan jelah. Masa hantar ambik Haqeem masa kecik-kecik dulu, memang banyak kena sabar, sebabnya duduk dalam car seat pun Haqeem boleh nangis, kadang-kadang saya terpaksa jugak teruskan perjalanan, terpaksa bawak kereta sambil dengar dia menangis, kadang-kadang dengan saya sekali menangis.. hahahaha... stress kot bawak kereta anak menangis kat sebelah. Jarak antara rumah kakak saya dengan rumah saya dalam 15min perjalanan.
Tapi sekarang semua dah jadi kenangan, tugas hantar Haqeem ke pengasuh dah diuruskan oleh suami saya, pagi-pagi saya pergi kerja sorang-sorang, balik pun sorang-sorang. Kadang-kadang rindu jugak nak sembang-sembang dengan Haqeem... kadang-kadang-kadang sepanjang perjalanan saya duk nyanyikan dia ABC, aliff baa taa... duk bunyikan broooommmm brooommmm kat dia... haishhh.. rindu pulak. Sekarang dah hampir 2 bulan Haqeem tak duduk dalam car seat, tak tahulah boleh ke tak dia duduk dalam car seat tu lagi... rasanya tak kot... wakaka..
Haqeem dah nak masuk 11 bulan, baru ni timbang 7.3kg, kurang berat, graf pun atas line kuning je... kuikuikui...tak tahulah nak buat camana. tapi ok lah dari bulan lepas 6.6kg, sejak duduk dengan pengasuh baru ni Haqeem kuat makan bubur yang saya bekalkan. Alhamdulillah kadang-kadang 2 tupperware pun habis. yummm yummm.... semalam saya cuba bekalkan dengan kentang putar, tak nak katanya. Jadi saya buat macam biasa la, bubur blender.
Apapun bahtera perkahwinan kami masih di usia perkenalan, kalau budak... baru nak bertatih, baru nak mengenal ABC, macam tulah kami. Harapnya kami terus bersabar dalam mengahadapi dugaan yang bakal mendatang. Semoga kebahagian sentiasa mengekori kami di mana saja kami berada. Doakan kami ye... Amin
No comments:
Post a Comment