Monday 5 May 2014

Haqeem 10 bulan dah...

Dalam duk sibuk-sibuk cerita pasal pengasuh, lupa nak update pasal perkembangan terkini Haqeem, yang ni untuk diri sendiri je, bukan apa, saya suka update dalam blog sebab tak hilang, nanti boring boleh baca dan senyum sorang-sorang. Rugi pulak tak mulakan blog masa hamil dulu. Banyak benda boleh kongsi, sekarang banyak benda dah tak ingat. Itulah kesan bius masa melahirkan Haqeem secara czer dulu. Dah 10bulan, 10bulan jugak mama tak period. Opss..sekali je period lepas habis nifas, masa tu hari ke 60. Period 6-7hari gitu lepastu sampai sekarang tak period lagi. Mungkin normal sebab saya tanya mak saya, mak saya pun cakap dia tak period masa menyusukan bayi. Lepas tu google pun ramai yang kata normal.

Ok... perkembangan Haqeem di usia 10bulan 5hari dah hari ni, merangkak laju, aktiviti hari-hari dia adalah merangkak ke sofa pastu berpaut kat sofa untuk bangun, beberapa kali jugak Haqeem jatuh terlentang terhentak kepala kat lantai, tapi lepas ok dia cuba lagi. Sekarang dah kurang jatuh, dah pandai imbangkan badan time nak duduk atau nak bangun. Saya suka bagi dia kebebasan untuk buat sendiri sebab jika kita sentiasa bantu dia nanti dia tak berusaha. Harus bagi dia belajar sendiri-sendiri.

Makan... seperti update sebelum ni, makan memang puas hati, tak susah nak bagi makan, bubur 2bekas sehari bekal kat pengasuh, selain tu ada jugak saya bagi dia makan kek, buah yang dah dikunyah sebab sampai sekarang pun Haqeem masih belum tumbuh gigi. Mengikut pakar, bayi yang tak tumbuh gigi di usia 14bulan itu dah tak normal.... tunggu lagi 4bulan la maknanya... pastu kena pergi klinik gigi la untuk cek perkembangan gigi dia tu.

Apa lagi... mandi...sehingga 9bulan Haqeem tak nak mandi air sejuk, jarang-jarang bagi dia mandi air sejuk.  Alhamdulillah sejak bulan lepas saya cuba sikit-sikit bagi dia mandi air sejuk sekarang tak tak perlu air panas lagi dah. Ok je siap gelak-gelak mandi air sejuk. Jangan balik umah mak mertua nanti mak mertua saya bebel pulak mandikan dengan air sejuk. Mak mertua saya pantang sangat-sangat mandikan Haqeem dengan air sejuk. Syawal yang dah 5tahun tu pun masih mandi air panas, siap marah-marah saya dengan husband cakap jangan malas. Hahahah..bukan malas la, kami nak ajar anak kami la... huhu..mak jangan marah ye. Tapi tak faham jugak Haqeem, kalau kat rumah kami, kami mandikan air sejuk dia ok, bila kat rumah mak mertua, dia menangis sekuat hati. Walaupun kat rumah sana panas yang teramat. Satu lagi pantang mak mertua saya bagi Haqeem tidur tak pakai baju. Dah berpeluh anak tu, naik ruam merah-merah, tu yang saya buka baju dia, kadang-kadang selagi tak buka baju selagi tu dia tak lena tidur. Tapi takpela..layan je.. orang tua tak boleh nak lawan sangat, tak berani kang derhaka pulak... jadi dengar jela...

Haqeem dah pandai curi perhatian sekarang, jika kami sibuk dengan phone.. dia akan tarik phone pastu siap cium-cium mulut, gigit hidung tarik rambut supaya kita tengok dia,.... nakal betul anak mama.

Alhamdulillah untuk kurniaan terindah ni. Minggu depan masa untuk balik ke Bentong, sepupu suami kahwin. Terpaksa tinggalkan mak...sian pulak mak saya tu

No comments:

Post a Comment