Wednesday, 6 August 2014

Mee Kari Ayam

Tetiba teringin nak makan mee kari buatan sendiri, hari jumaat ni boleh try buat. Google resepi jumpa yang ni... pinjam ye buku resepi... hihihi...share kat sini sebab mudah nak cari


Mee Kari Ayam

Oleh: Naimah Md Ludin
FB: www.facebook.com/bukuresepi
 
1 labu bawang besar (dadukan)
3 ulas bawang putih (racik halus)
3 sudu rempah kari daging (sy guna adabi)
1 sudu cili boh
1 tangkai daun kari
isi ayam
tauhu goreng (potong kecik)
fish ball & fish cake


kacang panjang (potong pendek2)
sodek/putik jagung
2 cawan pati santan
2 cawan air panas
1 senduk minyak (utk tumis)
garam dan gula secukup rasa


ulam:
taugeh-dicelur
sawi-dicelur
cili merah hiris nipis
buah limau nipis
bawang goreng
bua tomato dihiris nipis @guna buah tomato kecik2 tu

mee 2 bungkus-dicelur

cara

1)panaskan minyak, masukkan bawang besar n bawang putih.masukkan daun kari..biar garing
2)masukkan rempah kari +cili boh yg dibancuh air..tumis sampai masak dan garing.
3)masukkan isi ayam..gaul sebati..tambahkan 1 cawan air..biar mendidih
4)masukkan putik jagung ,kacang panjang dan pati santan yg ditambah 1 cawan air.biar sampai mendidih..
5)masukkan fish ball,fish cake dan tauhu goreng..perasakan garam dan gula.kacau sebati..biar 2-3mnt..padamkan api..
6) hidangkan bersama mee n ulam2...
*nak lagi sedap boleh tmbah kerang yg dh direbus n udang.

Selamat Mencuba!

Copyright 2014 www.bukuresepi.com

No comments:

Post a Comment