Thursday, 12 December 2013

Bagaimana Saya Terjebak dgn SHAKLEE

Hari ni terasa rajin nak bercerita pengalaman menggunakan shaklee. Meh nak cite panjang-panjang.

Saya mula mengamalkan shaklee sejak trimester kedua mengandungkan Haqeem, masa tu tak tau pulak boleh makan start trimester pertama, takpelah, benda dah lepas... Lain kali boleh start dgn trimester pertama pulak. InsyaAllah 2tahun lagi... yuhuuuu.... excited plak nak bagi adik kat Haqeem.. ;)

Masa tu start makan vitalea, ostematrix, omega, bcomplex. Vitalea dan bcomplex saya tak mampu nak habiskan sebabnya tak tahan. Tak tahan? Biasalah time mengandung, vitalea dan bcomplex bila telan terasa sampai petang, cane nak terangkan ni, adeh... maksud saya bila sendawa akan terasa bau vitalea dgn bcomplex lagi. Jadi saya memang tak mampu lah nak habiskan kedua-dua vitamin tu. Jadi simpan jela kat kitchen kabinet. Saya habiskan sewaktu berpantang, dah bersalin boleh pulak telan dua-dua ni. Kuikuikuikui.. alahan mengandung setiap orang berbeza, ada yang mengandung takda rasa apa-apa, ada jugak yang mengandung, sampai tak boleh bangun, tak boleh buat keje, tak boleh bau macam-macam. Saya sendiri, ada masa ok ada masa tak ok. Masa trimester pertama saya sangat alah pada bau bawang, sampai saya cuma masak nasi, lauk beli kat kedai. Kebanyakannya memang makan kat kedai jela, makan pun terhad, banyak benda yang tak selera makan, tapi badan naik jugak.

Ostematrix dengan omega pulak memang suka sangat, sebab saya ni memang tak boleh nak minum susu, awal-awal mengandung, belilah susu anmum sekotak, sebabnya ibu mengandung sangat perlukan kalsium untuk diri sendiri dan untuk anak dalam kandungan juga. Tapi, sekali minum muntah balik, beberapa kali jugak cuba minum, bukan tak cuba langsung minum, tapi mengecewakan sebab setiap kali minum muntah, apa nak buat last-last bazir je sekotak tu. Yela... nak bentuk tulang, gigi, kuku semua tu perlukan kalsium. Bila jumpa oste ni syukur sangat-sangat. Sebabnya 4biji oste cukup untuk keperluan bayi dan mama. Murah je oste ni, sebotol ada 120pil. Bila sehari termiss oste mulalah kejang kaki masa tidur. Huhu.. sakitnya sapa yang pernah alami jela tau. Jadi memang kalau boleh tak akan skip telan oste sebelum tidur. Satu lagi kebaikan ostematrix ni, bila mengandung biasanya akan sembelit, sejak ambil ostematrix tak da dah masalah sembelit tu. Hari-hari wajib melabur... tak susah pun. Hehehe..opss..jangan marah pada yang tak suka baca benda sensored ni, tak nak  baca tutup je.. haaa..gitu.

Omega pulak, saya amalkan untuk perkembangan otak janin, dalam omega tu terkandung DHA, EPA, ALA semuanya tu sangat baik untuk memori. Yang tak pregnant yang cepat lupa pun boleh amalkan omega. Sangat dicadangkan. Masa mengandung biasanya ibu-ibu hanya inginkan yang terbaik untuk anak dalam kandungan. Jadi omega ni la pilihan yang terbaik.

Lepas tu, bila bersalinkan Haqeem 1 Julai 2013, saya amalkan Energizing Soy Protein pulak untuk susu. Daripada hari pertama minum esp ni memang dah jatuh cinta habislah, sebabnya... saya bersalin secara czer, bila czer... banyak kerja yang saya tak boleh buat, jalan pun slow2 je, dan kita perlukan protein untuk pulihkan luka. Saya keluar wad hari ketiga selepas bersalin, Haqeem masih ditahan di wad kerana masalah pernafasan laju dan gula rendah, puncanya saya sendiri tak tahu sebab Dr sendiri pun tak dapat berikan punca jelas sebab Haqeem boleh gula rendah, sedangkan sewaktu mengandung saya tak pernah pulak kena diabetis, jadinya redha jela dengan ketentuan Allah, sebab apa saya czer, nanti cerita lain kali la, panjang pulak kisahnya.

Bestnya bila amalkan esp sepanjang pantang, dah la pantang bulan puasa, masa tu mak jaga, dua minggu lepas bersalin en suami pulak terpaksa bertugas luar daerah untuk pilihanraya Besut, jadi tinggallah saya bertiga dengan mak dan baby. Mak saya pulak, masa puasa tak larat sangat, masak untuk diri sendiri pun cuma bakar ikan kembung, pastu kakak saya beli lauk kat bazar. Kadang-kadang saya tak makan nasi seharian sebabnya takda selera nak makan, shake esp je 2sudu setiap pagi tak pernah miss, pastu mkn roti bun kosong tu, cicah milo. Milo buat pekat-pekat. Kenyang je sampai malam. Kadang takda selera makan, yela asyik makan ikan bakar, ikan selar je...sebelum en suami pergi bertugas dia belikan ikan selar cukup utk 2minggu.. hehe.. sebabnya memang susahla nak keluar, mak tak pandai drive, kakak ada lesen tapi tak pernah bawak kereta sejak dapat lesen, kakak... sila belajar balik ye... huhuhu.. Pastu makan set pantang shaklee. Tu jela untuk bekalan nutrien untuk saya dan Haqeem. Haqeem pulak fully bf dah la kuat menangis, asal buka mata je nak susu... sian mama tak cukup rehat. Tapi untuk anakanda tersayang kukuatkan semangat. Susu memang meriah toksah cakap la, time tidur asyik basah je baju.

Dekat nak habis dah esp tu terus order 2 canister, buat stok. Sebab esp nila saya jatuh cinta sangat dengan shaklee, sbb kesannya memang bertenaga, kulit gebu je macam pakai bedak sentiasa, pastu stretch mark pun makin pudar. Dalam 2bulan makan esp, hitam-hitam kat leher ngan ketiak dah hilang. Sampai sekarang masih amalkan esp lagi.

Sejak mengandung lagi memang tanamkan impian nak fully bf Haqeem sampai 6bulan, walaupun ramai yg nasihat suh bagi Haqeem makan nestum, campur dgn susu la, campur fm la, saya tetap kuatkan semangat nak fully bf, saya tak nafikan Haqeem memang kuat menangis, menyusu kadang sampai 1jam lebih melekap, tapi semua tu tak jadi halangan. Tiap-tiap hari google cabaran breastfeeding, ramai lagi yang punya pengalaman yang lebih teruk daripada saya. Bila balik kampung suami lagi la, hari-hari opah duk suruh beli susu fm dgn nestum bagi kat Haqeem, saya bulat mata tengok suami. Huhu.. bukan nak melawan orang tua, cuma bila internet ada ni, dunia di hujung jari, semuanya mahukan yang terbaik untuk anak mereka, pernah terbaca satu kes mak bayi tu bagi nestum kat bayi umur dalam pantang, tersumbat usus bayi, terpaksa operate dan buang sebahagian usus yang tersumbat dan sambung balik, memang kes tu tak banyak, tapi saya tak nak anak saya sakit, kesihatan anak adalah satu benda yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Susu ibu kan yang terbaik untuk bayi. Bayi bawah 6bulan hanya perlukan susu ibu untuk membesar. Elok je Haqeem naik 1 kg sebulan selama 3bulan. Dah 4bulan naik 500g je, sebab mama dah start keje. Tak larat nak dukung dah, comel tembam lagi, tak cukup makan lagi ke tu. Haha.. terserlah kepoyoanku di situ.

Oleh kerana hari-hari duk gugle pasal breastfeeding maka banyaklah testimoni daripada pengguna shaklee yang bf anak secara exclusive keluar. Saya cuti bersalin 3bulan, time menyusu Haqeem tu mula google, yela Haqeem menyusu 1jam lebih, bosan juga lama-lama baring je, cerita-cerita kejayaan pengguna dan pengedar shaklee memang hari-hari baca. Jadinya terpengaruhla di situ, lagipun modal murah je rm75 untuk keahlian seumur hidup. Pastu promot je kat fb, blog, page.. free je semua tu. Tiap-tiap bulan 15hb dapat bonus jika anda membuat point sekian-sekian. Haishhh...sapa tak suka.

Macam tula ceritanya terjebak dengan shaklee ni, tak susah pun. Tak perlu nak duduk kat pasaraya mana-mana nak promot barang, shaklee ni biasa orang cari, sebab dah banyak sangat testimoni positif pasal shaklee. Cuma diorang pilih je nak pengedar yang mana.

Oklah, berminat nak join shaklee jugak...pm je saya. Saya cerita panjang lagi pada ni... huhuhuhu..

sms/wasap: 0199738135
fb https://www.facebook.com/murninurislamiah.kassim
fb page https://www.facebook.com/pages/Rizqi-Shaklee-Haqeem/494214067341243?ref=hl





No comments:

Post a Comment