Tuesday, 17 December 2013

Kisah berkursus

Dua hari lepas, ahad dan isnin.. saya berkursus di hotel tanjung vista. Tajuk kursus, pemantapan prestasi kerja dan kepimpinan. Kursus ni dikendalikan oleh En Alwan Wagiman dan En Termizi dr unisza. Banyak input yang dikongsikan terutamanya motivasi diri. Banyak yang saya relatekan dengan shaklee.

Satu tips yang mudah dikongsikan oleh En Termizi adalah, apa-apa saja yang kita rasa tak boleh buat ataupun, apa-apa saja pandangan orang yang negatif tentang kita, kita reversekan balik secara positif, contoh ada sekawan kambing diatas jalan, mana yang paling mudah untuk kita lalu jalan tersebut....

Cara yang mudah adalah kita bagi sekawan tu lalu dulu, kemudian kita yang lalu jalan, sebab kambing mudah terkejut, jadi daripada kita kejutkan dia dan mungkin boleh cederakan kita, lebih baik kita bertolak ansur. Macam tu berfikir secara positif, contoh lagi satu jika ada kawan menegur,  kau ni dah kaya-kaya gaji besar pun nak meniaga lagi, cara mudah untuk kita jawab, meniaga tu sunnah nabi.

Ada orang yang selesa dengan hidup dia, selesa dengan gaji 3k, kerana tiada tanggungan, ada juga yang selesa dengan gaji 2k, tapi bagi saya, gaji saya dah cukup, tapi saya usaha dengan shaklee kerana cita-cita saya ingin menjadi surirumah sepenuh masa. Saya ingin ajar anak-anak saya mengaji, membaca sendiri, setiap masa anak-anak saya dalam pemantauan saya.

Saya tak nafikan setiap kali saya post berkenaan shaklee, pasti ada suara-suara sumbang yang komen macam-macam. Samada secara personal atau terus ke facebook. Namun begitu, saya fikir secara positif, diorang dah tengok post tu, maknanya diorang dah tahu fungsi vitamin yang saya sebarkan. Sekurang-kurangnya tahu. Manalah tahu diorang mengalami masalah tersebut, boleh amalkan shaklee.

Begitulah kisahnya, semalam sempat juga grab shaker untuk pembeli yang dapatkan esp, cinch. Pastinya free gift untuk customer tersayang. Sapa-sapa nak jom beli esp dengan saya, pastinya berbaloi-baloi. Saya dah amalkan esp selama 5 bulan, kesannya memang terbaik.



Nak order? Nak jadi ahli? Nak tambah pendapatan?


pm/wasap me 0199738135
MURNI NUR ISLAMIAH BT KASSIM
JEMPUT LIKE PAGE : RIZQI SHAKLEE HAQEEM

No comments:

Post a Comment