Monday, 30 December 2013

Breastfeeding Journey part 1

Menyusukan Haqeem secara ekslusif adalah impian yang saya tanamkan sejak mula-mula disahkan mengandung. Saya hamil selepas 5bulan berkahwin, mula-mula kononya nak merancangla sangat, tapi bila tengok baby orang lain...tak sabar jugak nak ada baby.. hehe..last-last termengandung... syukur atas rezeki yang sangat tidak ternilai ni. Hanya yang memahami je tau macammana kebahagiaan peluk anak, cium, BF dia, sambil-sambil BF buntang je mata dia tengok mama... huuhu... tak tau nak cite camana....speechless

ok...saya bersalinkan Haqeem secara czer pada 1 julai 2013, malam 30jun tu semasa azan isya', saya pecah ketuban, masa tu Razwan di surau. Cepat-cepat telefon dia... cemas kot duk sorang-sorang kat rumah. Bincang punya bincang terus ke HSNZ, xde la lama sangat bincang sebab Razwan nak ke Hospital Hulu Terengganu, tak ramai orang katanya, tapi bila teringat pesan nurse apa-apa hal terus ke HSNZ sebab kaki saya bengkak yang luar biasa... haha...luar biasa la sangat..

Sampai di HSNZ terus admit ke wad, cek jalan baru 1 cm.... oleh kerana baru 1 cm, saya di suruh rehat dulu, masa tu dah pukul 11malam, biasalah HSNZ... nurse tu sambil-sambil daftarkan saya ke wad boleh lagi duk tengok tv cite yang remy ishak dengan tiz zaqyah berlakon entah apa tajuk pun tak tau, last episod katanya.. sabo jela.., mujurlah perut ni tak sakit sangat, jadi saya rilek-rilek jela, cuma air ketuban memang berjujuran keluar.. pelik juga air ketuban pecah takda contraction. tapi sebab nurse tu rilek saya pun rilek la, masa nak naik ke katil nak cek jalan pun memang sampai ke lantai air ketuban mengalir, masa tu dr dah tengok.. dia cakap light warna dia.. ok.. saya rilek lagi.. sebab dr rilek... macam biasa je dia cakap air ketuban light...

Di katil wad, pukul 1 pagi, saya dipanggil untuk buat CTG, cek jantung baby. masa tu tak lena tidur pun perut duk mengeras, tapi tak sakit cuma tak selesa, yela, duk wad kelas 3, bersesak-sesak, masa daftar tu dah mintak ikut kelayakan, tapi takda kosong plak. Redha jela dapat wad kelas 3. Pastu, cek ctg, graf tak berapa ok.. sejam jugak cek ctg, orang lain cek 15minit siap, saya ni duk atas katil tu jap mengiring kanan, jap mengiring kiri, memang tak selesa bila perut dah besar duk macamana pun tak selesa. Masa tu duk pujuk jugak Haqeem yang tak keluar lagi, baby rilek ye, baby kuat kan... huhu..tapi sebenarnya mama yang tak kuat... huaaaaa

Saya disuruh balik ke katil semula, sambil dorang bincang-bincang la pasal graf ctg tu.. pastu 3pagi dipanggil sekali lagi, kali ni dengan saya tanya nurse, air ketuban saya kuning takpa ke, sebab saya ada baca air ketuban jernih je sepatutnya.. pastu nurse tu terus cakap, bakpe awak tok kabo tadi, saya cakap Dr dah tengok dah air ketuban saya kuning(light) tapi dia takda kata apa-apa, pastu nurse tu terus bebel-bebel, kenapa tak tunjuk pad kata saya lah itulah inilah potpetpotpet... huhu dengor jela.. terus dia panggil Dr, graf ctg memang tak memberangsangkan dah masa tu, cek jalan pun memang 1 cm je. Yang paling membimbangkan bila air ketuban kuning adalah baby dah berak kat dalam, takut dia termakan tahi. Diorang call labour room nak hantar saya ke sana, tak pasti la bersalin paksa ke vacumm ke cane... argghhhh ngerinya nak vacumm..

Kisah di labour room pulak, pukul 5pagi, semua baju disuruh tanggal... pakai baju yang warna biru tu je pastu baring kat katil, letak kaki kat tempat kaki tu, entah apa nama dia... pastu diorng duk cek jalan, last diorang cek cuma 2cm, pecahkan semua air ketuban bagi ada contraction sambil tu ctg tu memang pasang la, nak tengok perkembangan baby. Pastu ada sorang Dr datang, duk usap-usap perut panggil baby.. saya ingat lagi dia cakap, baby bangun sayang bangun... saya memang dah tak menahan air mata dah.. graf turun naik 120-140 kadang-kadang 160.. tu bacaan jantung baby ye.. maksudnya baby dalam keadaan tak stabil. Pastu dua org lagi Dr datang bincang kat tepi saya, dia cakap pernah tejadi kes macam ni kita lambat buat keputusan baby lemas dalam perut tak dapat diselamatkan, diorang bincang sebelah saya... uwaa...janganlah macam tu, saya ni mengandung, emosi tak stabil.. cakap kisah-kisah ngeri pulak sebelah saya.

Last-last, diorang panggil suami bincang sekali, last choice czer la... mintak keizinan untuk lakukan pembedahan memandangkan baby tiada usaha untuk keluar dari rahim mama, lupa pulak nak cite, Razwan balik ke rumah selepas saya masuk wad sebabnya nurse yang register tu bagitau lambat lagi ni nak bersalin mungkin esok lusa, kalau xda menda kita bagi keluar semula, due date saya 10julai, lambat lagi la.. masa nak ditolak ke labour room tu terus call Razwan suh dia datang balik baru je sampai rumah datang semula ke spital... sabo jela..

Pukul 6 pagi, saya ditolak ke bilik bedah.. sebelum tu, saya diminta tandatangan borang kebenaran bedah, borang kebenaran tambah darah sekiranya saya kekurangan darah, diberi ubat muntah, juga borang kebenaran suami/waris. Sebelum masuk ke OT, saya ditinggalkan berdua je ngan Razwan, nurse cakap, mintak maaf dulu ngan suami, mintak halal semua makan minum, tapi satu pun perkataan maaf tak keluar dari mulut saya, mata dah penuh dengan air, sebak tak leh nak cakap, Razwan pun sama bergenang air mata, tak boleh keluar suara dah. Pastu nurse datang, ok? dia tanya Razwan. Razwan pun diminta keluar. Saya ditolak ke dewan bedah. Sebelum tu kena tandatangan borang untuk bius. Pastikan perut saya kosong, last saya makan pukul 6ptg, tupun makan jemput bilis je. Ketar satu badan tak tahu nak cerita macamana, first time melalui pengalaman macam tu, dalam kepala cuma fikir satu je.. mati. Doa banyak-banyak supaya baby selamat, saya pergi pun takpa asal baby selamat.

Masuk dalam OT, sekali lagi tukar baju biru ke baju hijau...baju untuk OT saja kot, pastu ada sorang dr lelaki bagitau kita nak inject ubat bius, yang buat kebas dr pinggang sampai kaki. Pastu dah siap tukar baju, dalam tu terketar-ketar tak tau sebab sejuk ataupun sebab saya dah terbayang maut.. saya diminta duduk sekejap, terasa diinject kat tulang belakang seterusnya terus rasa kebas. Dr suruh saya angkat kaki untuk uji samaada boleh bergerak lagi atau tak.. pastu terus wayar jantung, oksigen, air, macam-macam lagi la memang berselirat dengan wayar jela. Rasanya dalam bilik tu menguruskan saya untuk dioperate dalam 10orang, 4orang dr, 6 orang nurse. Dr yang bius saya tu duk bersembang jela ngan saya, dia tak nak bagi saya pengsan. Satu perkara yang agak mengerikan bila saya asyik termuntah, muntah air, entah berapa botol air yang dimasukkan dalam badan pun saya tak pasti, yang saya nampak 3x, lebih wallahualam.

6.47pagi.. dengar suara Haqeem menangis.. dan masa tu... mama pun menangis...

Tanya dr yang duk bersembang ngan saya tadi, lelaki ke perempuan, dr cakap nanti kita bagi tengok, nak sah sendiri, okla.. dah siap bersihkan, bedung ngan kain hijau tu, nurse bawak datang saya tengok, masa tu perut tengah dijahit, dia bagi saya tengok jantina, pastu tanya.. haa..pompuan ke laki, saya jawab laki, dia bagi saya cium pastu nurse cakap pernafasan dia laju saya hantar ke wad 6cd ni. Nanti suami ikut ke sana ye.. hurm sedihnya.. sebab setahu saya baby akan diletakkan bersama mama, tapi memandang Haqeem bermasalah kena la hantar ke wad bayi.

Selesai di jahit, saya dibalikkan mengiring kiri dan kanan untuk cucu sisa-sisa darah. Masa tu kebas tak hilang lagi. Semuanya diuruskan oleh nurse yang 6orang tu. Siap, saya diletakkan bawah lampu panas selama 30minit...tapi saya rasa macam 2 jam je... haha..panas, tak selesa... semua ada.. masa kat bawah lampu tu pun saya masih muntah lagi..

Siap.. saya ditolak ke wad, rasanya masa tu dalam 9pagi.. barulah nampak wajah suami terus tanya, anak macamana, abang dah tengok, comel tak anak kita, sihat dia..haa..itulah perasaan seorang ibu. Langsung tak tanya pasal suami dah.. Rupanya lepas keluar wad baru saya tau Razwan tak tidur sepanjang malam tunggu saya kat labour room dengan OT tu, duduk je kat luar, dia jugak ikut nurse hantar anak ke wad bayi, azankan kat sana. Kesian pulak.. balik rumah bersihkan lantai yang penuh dengan air ketuban saya semalam, pastu tanam uri lagi. Itulah pengorbanan mama & abah ye Haqeem.

Pastu saya muntah bila bercakap dengan Razwan, nurse yang ada kat situ terus cakap kat suami saya, jangan layan dia bercakap dia tak berapa sedar lagi kesian dia, saya sedarlah... dalam hati jela sebab sibuk muntah kan. Lepas operation, semua rasa tak kena, pening kepala, muntah, serabut dengan orang lalu lalang lagi, sepanjang masa saya macam sedar tak sedar, sedar bila nurse datang tukar pad, cek jahitan kot ada darah, pastu tukar air yg masuk dalam badan tu. Rasanya 5 botol kot sepanjang kat wad...

Dalam pukul 1 petang baru saya sedar sepenuhnya, dan baru diberi bantal dan boleh duduk dah.. tadi tak diberi bantal, kena baring flat je kepala ngan badan. Pastu diorang suruh makan, roti cicah milo.. tapi tak lalu sangat makan. Masa tu baru duk tertanya-tanya, macamana keadaan anak, sampai setiap kali nurse datang saya tanya, anak saya macamana, nurse tu jawab, saya tak tau, awak kena pergi tengok kat wad sana, nanti dah boleh bangun ajak suami pergi ye... hurm...sedihkan..orang lain beranak anak ada kat sebelah.. sedih sangat.

Ni gambar Haqeem masa malam saya g tengok dia, dah pukul 9malam baru saya berpeluang tengok anak, sebelum tu memang tak dibenarkan bangun dan suami kena ada.



Sedihkan tengok kecik-kecik dah kena cucuk banyak-banyak wayar gitu..


ok...sampai sini la dulu.. nanti sambung lain plak part 2


No comments:

Post a Comment