Tuesday, 31 December 2013

Breastfeeding Journey Part 2

Malam 1 Julai 2013 saya sempat melawat Haqeem, runtun hati mama bila tengok Haqeem berselirat dengan wayar, masa tu ada wayar sambung ke dada untuk tengok graf jantung, wayar masuk air, dengan wayar untuk masuk gula, mungkin sekali gula dan air sebab semua sambung ke tangan, dari masa ke semasa Haqeem di beri antibiotik, seingat saya bermula 3jam sekali, lepas tu 6 jam sekali selama  5 hari.

Saya tak berjaya BF Haqeem malam tu sebab Haqeem tak nak menyusu, dia dah kenyang di beri susu FM, dalam 2 hari setiap kali saya melawat dia, setiap kali tu jugak la dia masih kenyang, pengalaman pertama kan tak tahu sangat, bila saya sumbat susu dalam mulut dia pun dia still menolak. Di wad 6cd, nurse & Dr sangat membantu, semua rawatan yang diberi akan dicerita satu persatu pada ibubapa dan mereka sangat sabar melayan kerenah bayi-bayi yang baru lahir, dalam wad tu saja ada lebih kurang 50bayi yang baru lahir, kebanyakannya bermasalah kuning. Haqeem hari pertama dan kedua alhamdulillah tiada kuning, cuma jantung laju, pernafasan laju dan gula rendah. Satu keadaan yang amat membimbangkan bagi saya. Saya hanya mampu melawat Haqeem bila suami datang melawat, saya berada di wad 2A, kena naik ke atas wad 6cd untuk melawat Haqeem, tak boleh naik sendiri kena naik wheelchair sebab saya melahirkan secara czer, nurse tak benarkan jalan sorang-sorang. Jadinya sehari adalah 3-4x saya melawat Haqeem, dan setiap kali tu jugak, Haqeem tak nak menyusu.

Hari ketiga, saya dibenarkan pulang, sebelum dibenarkan discharge, dr akan pastikan kita boleh kentut, boleh kencing dengan baik, boleh makan dengan baik, luka jahitan tiada darah, jahitan tak terbuka. Pagi tu, dr buka plaster putih yang menutup jahitan tu, lepas pastikan semuanya ok, dia spray dengan satu gel yang menghalang luka terkena air, jadi nak mandi selamat lah.

Tapi, Haqeem masih tak dibenarkan pulang, selepas siap rawatan saya, saya naik ke atas, walaupun dah dibenarkan keluar tapi ambik masa jugak untuk siapkan surat-surat discharge semua. Jadi masa tu saya ambil peluang melawat Haqeem, perkara yang sangat menakutkan saya berlaku. Nak jumpa anak kena bawa IC ibu, masa tu Haqeem tak diberi nama lagi, Jadi setiap bayi di tag dengan nama ibu untuk senang dicari, tag tu letak kat kaki. Hampir 30minit diorang cari Haqeem tak jumpa, Razwan dah hampir naik angin sebabnya dalam 3orang nurse cari Haqeem tak jumpa, tengok dalam sistem tak ada, beberapa buku rekod yang diorang cari pun tak ada. Saya... macam biasa lah, bila dah macam tu mulalah bergenang air mata, stress kot anak takda kat wad.. Razwan dah mula cakap kalau tak jumpa jugak kita bawak ke atas la benda ni.

Akhirnya, terjumpa la satu rekod yang Haqeem di transfer ke wad NICU, walaupun dah jumpa tapi sangat membimbangkan saya, anak masuk ICU kot, hati mama mana yang tak risau. Terus kitorang bergegas ke sana pulak, aras yang sama cuma kena jalan ke belakang pulak. Dalam wad tu ada 3 bayi termasuk Haqee, Haqeem diletakkan dalam incubator, bawah 1 lampu biru. Haqeem kuning yang tak membimbangkan, cuma dia dihantar ke NICU sebab pernafasan sangat laju, jantung pun berdegup laju. Jadi dia disambung ke alat untuk jantung, dan gula pun masih rendah. Semasa diberi penerangan oleh nurse yang menjaga Haqeem, sepanjang masa saya menangis, ok.... saya akui saya kuat nangis.. huhuhuhu...Sampai nurse tu peluk saya yang dah teresak-esak, dia cakap takpa, kita ada kita jaga anak awak, dalam ni Dr sentiasa ada untuk pantau anak awak.

Masa tu pun masih tak berjaya BF Haqeem, hampir 2 jam jugak saya menunggu Haqeem, sentuh badan dia, bagi dia semangat. Siap urusan discharge, balik rumah.. sebelum balik saya dipesan oleh nurse supaya perah susu letak dalam bekas, simpan dalam peti ais.. nanti datang bawak.

Sampai rumah, terus telefon kakak ipar saya untuk cari bidan nak urut susu, masa tu susu ada cuma tak banyak, petang tu mengurut hampir sejam jugak, saya yang tak pernah berurut ni memang tak mampu menahan sakit, sakit yang amat oooo mengurut susu, tak tahu nak cakap camana, tapi alhamdulillah susu lancar lepas mengurut. Mula-mula pam dapat tak banyak cuma 1-2oz setiap kali.. sanggup bangun pagi-pagi untuk mengepam, sebab nak bawak ke hospital.

Hari keempat, pergi ke NICU, Haqeem dah tak diletakkan bawah lampu. Cuma wayar je banyak. Masa tu saya dibenarkan riba Haqeem, semalam tak boleh dikeluarkan dari incubator. Riba je nyenyak betol tidur, sambil tu sempat jugak snap gambar ni



Masa riba tu Haqeem tersedar, dan menangis... sebenarnya sepanjang 3hari saya duk melawat dia, tak pernah lagi dengar menangis, tidur je... Ni saya sorang-sorang tak tahu nak buat apa, nurse pun takda masa tu, saya pun cuba bagi susu.. Alhamdulillah dia pandai menyusu, memang miracle, betullah bonding antara ibu dan anak tu penting.. hampir sejam saya meriba, Haqeem pandai sendiri menyusu. Dan dia menyusu puas-puas.. sampai dia betul2 kenyang dan tertidur balik.

Ni gambar lepas menyusu, senyum dapat susu.. hehehe...




Sebelum balik saya tinggalkan susu yang diperah tu dalam 6oz. 

No comments:

Post a Comment