Hari ke5, masih berulang-alik ke hospital untuk BF Haqeem, keluar seawal jam 9pagi sebab dah tak sabar nak tengok anak... huhu...Alhamdulillah Haqeem dah boleh keluar wad NICU, turun ke wad 6cd balik, dah takda dah wayar berselirat semuanya. Yang tinggal cuma tempat masuk ubat kat tangan dia, tupun bakal dibuang dah. Alhamdulillah sangat-sangat. Kuning pun dah takda, hari tu kuning cuma 30, letak bawah 1 lampu, pastu sekejap je dah takda kuning dah.
Dah bedung semua dah, takda keluar tangan sebelah sebab ada jarum kat tangan. Yeay... mulatnya anak mama.
Saya duduk di wad sampai 11 malam, berkampung kat spital, Razwan pulak g uruskan semua pasal cuti dia la, saya pun tak berapa ingat dah. Fikir anak jekan, pagi-pagi dah minum esp, so tak la lapar sangat, sepanjang hari cuma bawak bekal roti ngan milo panas. Tu jela makanan sepanjang hari, tapi alhamdulillah kuat walapun tak baring apa pun, duk meriba Haqeem je. Time Dr nak cek bagi la sekejap, bila dah siap nurse bagi balik kat saya.
Hari ke 6, Haqeem ditukarkan ke wad 5A, wad yang tak kritikal. Alhamdulillah,
Hari ke 7, Haqeem dibenarkan balik. Sebab dah habis 5hari antibiotik, dah dia dah takda masalah apa-apa, kuning pun takda. Bermulanya fasa Haqeem kuat selepas saya BF Haqeem, sanggup bangun pukul 2pagi, pukul 4pagi untuk perah susu bawak ke hospital, mintak nurse bagi malam-malam saya takda. Semua tu sangat membahagiakan bila diingat balik. Razwan pun sangat membantu, kesian dia penat, drive HSNZ-wakaf tapai. Tapi tu bukan halangan, ada yang lagi susah dari saya, ada ibu yang datang dari Dungun semata-mata nak menyusukan anak.
Balik rumah... baru tau rupanya Haqeem kuat menangis, celik mata je nangis, berak nangis, dapat susu baru senyap, sampai bercakap pun bisik-bisik tak nak bagi dia terjaga. Sweet je anak mama.
hehe...luas kan...kuat tu jerit, sampai orang sebelah pun tanya, kenapa Haqeem tu
Paling lama Haqeem tidur 4jam
Masa ok comel je, masa ni tak pandai senyum g
No comments:
Post a Comment