Koleksi Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin
Petua 1:
Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asm
jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal
titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau
minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan
amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar
sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu
malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai
bengkung bagi mengatasi masalah stretchmarks.
Petua 2:
Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
Petua 3:
Ambil sedikit beras dan kisar halus. Juga sedikit cekur, gula
merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya, kemudian
tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.
Petua 4:
Ambil Halia
lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam,
secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk.
Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang
dikehendaki.
Petua 5:
Ambil lengkuas Padi/Helang/ Ranting -
iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut
bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu
baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan
ataupun sakit sendi.
Petua 6:
Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.
Petua 7:
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan
dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi.
Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga
akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.
Petua 8:
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
Petua 9:
Ambil lada hitam lebih kurang 2 1/2 genggam. Kemudian tumbuk
halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur
air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta
keliling pinggang. Kemudian dibengkung kuat atau ketat.
No comments:
Post a Comment