Mei 2014 Haqeem dah menginjak ke usia 10bulan.. sejak 8bulan saya berikan dia bubur ayam+carrot+kismis.. selera dia makan. Alhamdulillah...
Bagi yang nak resepi boleh cuba ni..
Beras segenggam
Bahagian dada ayam sebesar ibu jari.. besar skit je dr ibu jari
Carrot seinci
Kismis 5bj (sy bg kismis tok guru)
Mula-mula mcm biasa basuh beras.. pastu letak air penuh periuk.. utk jadikan bubur.. pastu campak je semua bahan-bahan yang telah dipotong kecik-kecik..
Masak sampai semua bahan lembik.. kismis tu masa dia dah kembang keluarkan biji-biji dia.. nanti masa blend tak lah grung grang grung grang bunyi dia..
Bila dah pekat..ikut suka anda.. macam Haqeem dia tak suka bubur yang cair.. dia suka yang ketul-ketul.. suka mengunyah.. pastu blend sampai semuanya hancur.. masa usia 6-8bulan dulu saya blend sampai betul-betul halus.. tapi sekarang cuma blend untuk hancurkan sayur & ayam.. kang tercekik plak.. bila semua dah hancur.. sejukkan.. & masa untuk suap si kecik tu..
Masa 6bulan tu saya tak letak ayam. Cuma bagi bubur+carrot je.. pastu blend sampai hancur.. ayam pun bagi masa umur dah 8bulan.. bukan apa takut sistem penghadaman belum ready. Bila tengok dia berak kencing ok, menyusu pun ok.. maknanya boleh lah try benda-benda lain lagi.
Tapi resepi yang ni memang kegemaran Haqeem.. pernah juga saya cuba bagi dia kentang lecek.. tapi dia tak minat.. tekak melayu memang suka nasi.. hehe..
Sekarang.. setiap hari saya bekalkan 2tupperware kecik bubur untuk Haqeem kat rumah BS dia.. mula-mula bagi 1 tupperware.. pastu BS dia mintak bekalkan lebih.. saya bagi la bekas yang besar sikit.. tak cukup jugak katanya.. last-last bagi 2bekas terus.. senang.. cukup sampai petang.
Suka bila anak selera makan, no more nestum atau biskut untuk Haqeem.. semua buat sendiri kat rumah. Bagus juga BS baru ni, dia suka bagi Haqeem makan bubur.
Haqeem pulak jenis yang tak nak menyusu kalau bukan yang ori.. hurmm... ni masalah yang saya tak dapatkan nak settlekan. Langsung tak nak menyusu botol dah sekarang. Kat rumah BS memang bubur dengan air sejuk je dia makan & minum.. susu tolak mentah-mentah.
Tak apalah Haqeem as long as Haqeem sihat.. mama tak paksa. Satu lagi, saya kurang suka letak ikan bilis dalam bubur Haqeem sebab saya tengok berak dia macam merah, risau ada luka-luka dalam perut dia.. tu yang saya cuma bagi bubur ayam+carrot je. Kadang-kadang letak kurma.. tapi kurma time tak bulan puasa susah sikit nak cari.
Ni rupa bubur Haqeem sebelum di blend & selepas di blend..
No comments:
Post a Comment