Sunday, 4 May 2014

Tips Penjagaan Kanduangan Trimester Pertama

Hari ahad... hari bekerja di pantai timur.. setelah bercuti 3hari... malasnya nak kerja hari ni... plus takda kerja urgent nak buat, semua rutin harian je. Mengantuk sebab pagi tadi bangun awal kononnya nak sahur nak ganti puasa yang tinggal lagi 5hari, tulah sapa suruh beranak sebelum puasa kan, hehe.. tengok-tengok masa tengah sahur tiba-tiba dah azan... Takpela... tak jadi la puasa hari ni. Bukan apa, lately saya cepat pening kepala. Berkongsi khasiat dengan anak memang macam tu.

Hari ini jugak saya dapat berita kurang baik dari kawan saya, beliau keguguran setelah pregnant 9minggu, innalillah semoga tabah. Sedih memang sedih, yela anak pertama, kawan saya ni bunting pelamin. Beliau dah hati-hati, makan pun sentiasa jaga, tapi tiada rezeki, takpelah.. teringat ceramah Ustaz Kazim, anak yang meninggal waktu kecik akan menunggu ibu bapa nya di pintu syurga. Jadi apa yang penting redha je. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Di sini saya nak kongsikan beberapa tips untuk ibu menjaga kehamilan pada trimester pertama.

Tips pemakanan semasa mengandung

  • Jangan makan nenas, sebab tajam terutamanya di awal kandungan
  • jangan makan pucuk/ulam-ulam melarat atas tanah sebab takut uri melekat seaktu bersalin
  • jangan makan ulaman yang berbau sewaktu hamil sebab nanti air ketuban berbau busuk
  • jangan travel jauh-jauh di awal kandungan kerana risau rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran
Amalan yang boleh dilakukan

  • banyakkan membaca Alquran bagi yang muslim
  • minum air susu, kacang soya... saya sangat cadangkan energizing soy protein
  • makan sedikit tapi kerap dan makan makanan yang berkhasiat
  • pemakanan seimbang, pengambilan multivitamin, saya cadangkan set hamil shaklee
  • pengambilan asid folic & bcomplex   
Sabda Rasulullah s.a.w, "berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kurma juga membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana mengandungi zat yang tinggi. Jadi, setiap amalan yang telah Nabi wasiatkan pada kita pasti ada kebaikannya. Macam saya sendiri saya amalkan makan kurma 7biji sehari, jika tak sempat 5biji, 3biji paling semput pun sebiji sehari. Sebolehnya cuba dapatkan air zam-zam semasa hamil. Pastikan amalan dan solat yang cukup. InsyaAllah anak yang dilahirkan mudah mengikut kata. Paling penting jangan lupa mengaji, pernah terbaca tapi lupa di mana, jika nak anak lelaki baca surah Luqman, nak anak perempuan baca surah Maryam.

Apapun semoga bermanfaat untuk semua. 

No comments:

Post a Comment