Monday 19 May 2014

IPCB... apa tu...

Hari yang agak busy semalam, siapkan pendaftaran untuk seminar IPCB 2014 yang bakal berlangsung pada 26 ogos 2014. Biasalah orang Malaysia memang terkenal dengan sikap last minute... dah tarikh akhir baru nak hantar abstract dengan borang pendaftaran, siapa yang kalut? Urusetia ni jugaklah kan... Tarikh akhir untuk pendaftaran sepatutnya dah berakhir pada 15 mei 2014 tapi masih ada yang hantar pendaftaran semalam, masih diterima kerana nak cukupkan kuota pelajar seramai 20orang yang akan dibawa ke sana. Ok... habis cerita berkenaan seminar International Postgraduate Conference in Biotechnology 2014 yang bakal diadakan di Soka University, Japan. Sesiapa yang berminat untuk menyertainya boleh ke web IMB. Semua detail untuk pendaftaran boleh dilihat disitu, penyertaan sebagai peserta masih dibuka, tapi untuk pembentangan poster/oral penyelidikan sudah ditutup.

Program ni diadakan mula-mula sekali di UMT, masa tu pun kami jadi urusetia, banyak benda yang perlu dibuat, 1st time buat tahun 2011, boleh tengok banyak gambar kenangan kat sini. Macam-macam kenangan pahit manis yang ada. Tapi cukup bermakna, tahun ni rileks sikit sebab seminar bakal berlangsung di Jepun, persediaan kat sini cuma peserta sajalah, bahagian logistik kami tak campur, bahagian penilaian poster & oral pun kami tak campur, dulu belum kahwin ok la nak stay kat ofis sampai malam buat kerja, sekarang tepat je kol 4.45 petang dah susah hati nak balik, almaklumlah..rumah kami jauh...

Eh.. eh.. kata tadi dah habis pasal IPCB tapi masih ada lagi, hehehe... ok la.. kali ni dah habis..

Hari khamis yang lepas saya MC sebab tonsil, tonsil menyerang di tekak, bengkak & ada putih-putih di bahagian kerongkong. Mula-mula saya cuma rasa macam susah nak menelan sebab rasa bengkak kat tekak, lepas tu badan mula menggigil sebab sejuk & rasa lenguh satu badan. Jadi... memang tak larat laah nak kerja, Haqeem merengek-rengek pun saya tak mampu nak melayan. Memang letih satu badan...

Petang ni saya siapkan satu artikel berkenaan tonsil... hari ni alhamdulillah dah beransur baik, rasa sikit-sikit je lagi sangkut nak menelan tu, lenguh badan pun takda dah. Alhamdulillah... kejap je diuji dengan kesakitan tu. Ok... siapkan kerja dulu.. walaupun tak banyak sangat pun kerja. hehehehehe...

No comments:

Post a Comment