Wednesday 14 May 2014

Kenduri di Felda Lurah Bilut

Lama tak bersiaran... cuti -cuti kenduri pulak kali ni, sabtu lepas berlangsungnya majlis kahwin sepupu suami saya, Syafiq di Felda Lurah Bilut, Bentong iaitu kampung halaman opah dan atuk suami saya. Kami bertolak ke Bentong dari Terengganu pada hari jumaat. Sampai di sana dalam pukul 4petang, semuanya dah settle sebab kali ni mak lang aka mak pengantin tempah katering, jadi kami tak banyak kerja cuma bahagian layan tetamu je. Goodies untuk tetamu pun semuanya dah ready, kami tinggal makan-makan jela.

Atuk suami saya, atuk Din antara orang yang terawal meneroka Felda Lurah Bilut, mula-mula sampai sana tak sangka kemajuan yang cukup menarik, sebab saya ingatkan Felda biasa-biasa je, rupanya kemudahan kat sana cukup lengkap, ada petronas, pejabat pos, sekolah, tadika, kilang getah, muzium pun ada tapi tak berkesempatan lagi nak pergi, insyaAllah balik sekali lagi kami pergi. Atuk Din adalah ketua kampung di sana, usia dalam 80-an, menurut mak mertua saya, atuk bakal bersara tahun ni sebab tak larat dah nak mengurus, bagi orang baru pulak jalankan tugas.

Kenduri kahwin di sana cukup meriah sebab walaupun pakai katering diorang masih ada sikap gotong royong tu, ada persatuan Pakatan yang bertugas untuk majlis, maksudnya tuan rumah hanya perlu melayan tetamu, tak perlu sibuk di bahagian makanan semuanya tanggung beres. Di khemah makan, orang Pakatan ni akan duduk melayan tetamu, ceduk lauk semuanya la, air minuman pun diisi dalam gelas, tetamu datang ambik je.. huhu.. kami..tak buat apa.. rilek je tengok. Saya pulak sibuk dukung si Haqeem, tapi tak penat la sebab ada je yang rajin nak dukung Haqeem tu, kat situ pun ada taman permainan, jadi Haqeem tak boring, tengok orang keliling. Saya cuma tolong kat bahagian goodies je, nampak kosong top up... dah takda kerja kan, kalau kenduri kat Terengganu tak menang tangan kami.

Lagi satu benda yang best kenduri di sini adalah karaoke, Atuk Din sememangnya sporting bab ni, boleh dikatakan semuanya suka berkaraoke, suami saya, mak mertua saya.. semualah menyanyi sepuasnya.. kat kampung saya takdalah benda-benda macam tu, arwah ayah takkan benarkan. Saya tak karaoke pun tengok je pak sedara, suami saya, mak mertua saya, sepupu karaoke...saya duk melayan si Haqeem je.

Jom layankan beberapa gambar kenduri


No comments:

Post a Comment