Wednesday, 18 June 2014

Haqeem dah berjalan

11bulan 18hari, Haqeem dah boleh berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah, perkembangan yang sangat positif, rajin berjalan tawaf satu rumah, jatuh bangun lagi sampai berjaya, masih dalam proses imbangkan badan. Jatuh bangun tu biasalah, pastu suka sangat panjat sofa, setakat ni rasanya dah 3kali kot jatuh sofa. Tapi since Dr cakap kalau dia takda pengsan, jadi lemah lepas jatuh tu, maknanya ok la tak perlu bawak pergi hospital. Biasanya Haqeem lepas jatuh tu, nangis sekejap pastu naik lagi...siap melompat-lompat atas sofa tu. Hummmmm...acaner tu. Kalau larang kang buat-buat muka sedih, nangis sampai jerit-jerit.

Macamana ye nak atasi dia supaya tak nangis jerit-jerit, sekarang selagi saya tak pergi ambik dia selagi tulah dia nangis jerit-jerit nakkan perhatian. Situasi normal kot untuk budak-budak sebesar Haqeem. pas ni kena cari cara terbaik untuk elakkan dia menangis macam tu. Sebenarnya saya jarang biarkan dia menangis macam tu, tapi time bersiap nak pergi kerja tulah yang paling kritikal, jarang-jarang dia akan bangun sekali dengan saya pagi-pagi tu. Biasanya saya tinggalkan dia sambil tidur, jadi takdalah dia menangis, tapi kalau dia dah bangun, susah sikit sebab mana nak bersiap, mana nak melayan dia. Haqeem haqeem... time balik kerja pun macam tu, selagi tak ambik dia, selagi tulah dia menangis jerit-jerit. Macamana lah nak masak bulan puasa nanti. Sekarang... jarang-jarang sangat saya masak hari kerja, biasanya makan kat luar, ataupun suami saya yang masak, kalau saya nak masak kena tengok mood Haqeem, selalunya bila saya kat dapur dia akan sibuk mengikut ke mana-mana, yelah risau jugak dengan benda-benda panas kot-kot tertumpah atas dia, walaupun abahnya ada, tapi tetap nak mengikut saya kat dapur.

Risau jugak bulan puasa nanti, yelah takkan hari-hari mau bungkus. Bajet jugak tu. Bulan puasa ni, 1julai 2014 Haqeem genap setahun, tak pasti lagi nak plan untuk buka puasa dan sambut bestday dia sekali. Sebabnya risau ramai yang tak boleh datang, rumah kami kan jauh dari tempat kerja, plus orang nak semayang terawih lagi. Tengoklah dulu. Ataupun kami-kami jela celebrate kat rumah. kihkihkih... senang.

Alhamdulillah jugak sebab dah berjaya ganti puasa 30hari, tahun lepas sebulan tak puasa sebab berpantang. Ganti sikit-sikit, lepas masuk kerja saya terus ganti puasa, lama-lama habis. Bulan puasa tahun ni insyaAllah puasa penuh sebabnya sampai sekarang masih tak period lagi. Bukan sebab pregnant ye, memang tak period. Huhuhu..nantilah lepas puasa g jumpa Dr, ada orang kata kena makan ubat untuk stabilkan hormon balik. 


Ni masa kenduri sepupu saya kat chendering sabtu lepas, masa ni panas, Haqeem dah tak tahan kot berpeluh-peluh satu badan. Kesian dia kena paksa bergambar... nangis pun comel... eee...geram jer....

Ok, jumpa lagi next entry.. terima kasih sudi singgah sini

No comments:

Post a Comment