Salam semua...
Penatnya hari ni... pergi sampling ambik sample pokok pandanus yang tumbuh tepi-tepi pantai. Pas balik terus proses dekat makmal. Bukan kerja mudah, sebab pokok ni jenis yang berduri, daun berduri, mudah patah, tadi masa nak ambik buahnya saya paut batangnya tu terus patah, jatuh gedebuk, hehehe... sakit oiii...duri-duri semua kena kat tangan.
Ni ha pokoknya, tngok tu duri-duri dekat daunnya tu, kalau kena memang puas hati... kali pergi sampling dengan Dr Yosie, Desy, budak praktikal dari UMT. Tujuan kita ambik sampel ni adalah untuk proses dan extract apa sahaja kandungan dalam buah, daun, dan akar yang boleh dijadikan potensi sebagai ubat untuk apa-apa penyakit. Biasanya part saya test untuk anticancer, buat cytotoxicity kepada sel. Sel yang biasa saya gunakan adalah MCF7, HeLa, L6 dan HEPG2. Bila dah test kepada sel, seterusnya akan test kepada haiwan. Part saya untuk sel je, buat pelbagai jenis assay bagi mengetahui potensi sampel tersebut. Projek ni projek kecil kami je, sebab sekarang setiap pegawai kena ada projek sendiri. Desy pulak part Natural Product. Dr Yosie sebagai penyelia kami, bagi tunjuk ajar untuk projek yang kami sedang jalankan ni.
Sekarang rehat dulu, petang karang sambung balik proses. Harap settle hari ni.
Pasal shaklee kena rehat dulu, sebabnya kena tumpukan kat projek ni, tapi jika nak tanya apa-apa saya available je, buat 2 kerja dalam satu masa macam nilah, tapi saya tak pernah abaikan anak-anak shaklee saya. Setiap pertanyaan pasti saya jawab dengan jelas.
Alhamdulillah, bisnes jalan, kerja hakiki pun jalan.
Jap g sambung balik. Nak rehat, solat dulu. Tadi dah melantak nasi goreng kampung, sup kosong, dengan milo peng... urm...sedapnya. Kenyang. pastu of course telan omega 3biji. walaupun badan ni dah melekit dengan peluh, telan lagi kasi bakar banyak-banyak lagi lemak-lemak yang tak perlu ni.
Ok la... jumpa lagi. Terima kasih sudi singgah sini. Semoga ceria & bahagia selalu. Peace!!
No comments:
Post a Comment