Dua hari tak menulis, jumaat kami takda g mana duk rumah je. Sabtu pulak kami join picnic dengan kawan-kawan sepejabat saya buat barbekue kat Taman Kuala Ibai, belakang Masjid Terapun tu. Alhamdulillah program berjalan sebaiknya, saya bawak, sate ikan, keropok, mee untuk mee kari, hehe...kuahnya saya tak buatlah, cuma bawak mee je, kak abby yang masak kuah karinya. Menu lain, ayam untuk barbekue, mihun goreng, empek-empek, special oleh k Yosie, lecturer dari Indonesia, kek, dan macam-macam lagi. Sampai tak termakan dah kami ni. Hehehehe...
Event kali ni sempena nak puasa dah, lama dah kot tak buat barbekue, biasanya kerap juga kami adakan program macam ni, tapi memandangkan masing-masing pun sibuk, ada je halangan. Kali ni dengan bos baru sekali join, sporting, siap bakar-bakar sekali. Hehe.. wife bos pun tak sombong. Program start pukul 2 petang... tapi ramai yang lambat, tokey perap ayam pun sampai pukul 3, jadi lambatlah kami start.
Ni gambar-gambar masa dah kenyang.. gambar sebelum tak ambik pun, cuma ada gambar Haqeem ni satu je duk makan kek.. hehe
InsyaAllah, lain masa lain hari kita buat lagi. Apapun suka sangat dapat together gether dengan kawan-kawan opis ni, walaupun ada yang tak dapat hadir, nanti join pulak ye bila kami buat lagi...
Ok la, entry merapu je hari ni...
Jika anda nak dapatkan produk shaklee jangan lupa contact saya... jumpa lagi
No comments:
Post a Comment