Tuesday 11 August 2015

Haqeem bakal jadi abang

Assalamualaikum....

Entah berapa bulan tak update blog, bukanlah busy sangat cuma mood tak ada... penulisan melayang layang. Kihkihkih...

Tujuan menulis hari ni adalah sebab nak share 1 berita gembira, tengok tajuk kat atas pun dah tahu kan? hihihihi...

Yerppp... Haqeem bakal dapat adik... bakal jadi abang.. Alhamdulillah. Saya dah mengandung 13minggu hari ni, maksudnya dah 3 bulan... syukur Allah atas pemberian dan rezeki yang Engkau berikan. Sesungguhnya kami berdua dah bersedia untuk dapatkan adik untuk Haqeem, saya tak nak terlalu berusia masa timang anak bongsu... berapa orang tak pasti.. sebabnya tu semua rezeki daripada Allah, kami terima je.

Mengandung kali ni alahan macam biasa, tak teruk sangat, dan tak rilek sangat. Masa bulan puasa agak teruk sebabnya, bila bangun pagi untuk sahur, pastu masa mandi gosok gigi dah mula muntah-muntah. Jadi saya decide untuk skip sahur... sebab  tak nak muntah selepas tu. Tu pun terpaksa jugak tinggalkan puasa 6hari, sebab masa tengah puasa tiba tiba huyung hayang, tiba macam pening sangat sangat. Mengandung kali ni turun sampai 8kg dipermulaan. Haru betul... tapi memang berat badan sangat teruk pn.. kahkahkah.. sebabnya takda selera makan, muntah, makan pun memilih.. banyak benda yang saya suka makan jadi tak suka. Sangat sangat berubah selera kali ni.

Time raya lagilah, semua benda jadi tak sedap. Nasi dagang ke nasi impit ke, nasi minyak ke.. semua nampak tak menyelerakan, tu yang berat turun, makan sekadar makan je. tak macam raya raya tahun dulu dulu... semuanya nak bedal sampai kenyang-kenyang.. wakakaka... tu yang berat lepas raya naik macam apa.. puasa turun 2kg.. raya naik 10kg.. hehehe...

Disebabkan nak bersalin kat hospital kerajaan, cheewaaah... macam kaya sangat nak beranak kat swasta, jadi saya pun dah pergi buat buku merah.. alhamdulillah dipermulaan ni semuanya ok.. HB 11.6, tekanan darah ok, cuma belum minum air gula. harap harap takdalah kencing manis kali ni. Masa Haqeem dulu semuanya ok sampai bersalin. Harap kali ni pun sama.

Ok lah, sampai sini je kisah baby untuk hari ni... nanti kami update lagi.

No comments:

Post a Comment