Thursday 2 April 2015

Lost World of Tambun 5-7 Mac 2015

Assalamualaikum w. b. t

Lamanya tak mengupdate cerita cerita kami yang terkini...Hari ni cuma nak menulis pasal cerita kami di Lost World of Tambun, Perak. Kami pergi bulan lepas, 5-7 Mac 2015. Berkursus sambil bercuti, kursus retreat jabatan tempat kerja saya, alang-alang bawak family sekali la berjimba-jimba.

Kami bertolak pukul 4pagi, hari kamis, 5 mac tu... bersiap-siap tidur awal semua, malam tu kol 3pagi dah bangun siap siap, kol 4 bertolak, lalu ikut Kenyir, saya rasa macam itu bukan pilihan yang tepat buat kami... hahahaha.. kenapa? Yela, kol  pagi kami bertolak dari rumah kami di Marang, kol 5-7 pagi meredah jalan yang sunyi sepi di Kenyir hingga ke Felda Aring, sepanjang perjalanan memang pasang surah Yasin je dalam kereta, jalan senyap sunyi, even nak berselisih dengan satu lori/kereta pun susah tau, dahla bawak si kecik Haqeem, dalam hati sangatlah risau takutlah ada bena-benda yang tak diingini berlaku... simpang sangat-sangat.

Tapi Alhamdulillah berkat doa keluarga dan rakan-rakan, pukul 11pagi kami selamat sampai ke Lost World of Tambun, sampai sana terus masuk ke Waterpark, bertolak awal tu bukan apa, nak masuk waterpark... hahahaha... sebabnya kami plan hari sabtu, hari last kat sana nak berjalan kat bandar Ipoh sebelum balik ke Terengganu. Jadi main-main dulu kat waterpark di hari pertama, kami pergi hari khamis tak ramai sangat orang. Best jugak dalam tu, ada petting zoo, ada pool, ada tempat mainan untuk budak budak, macam macam la, tapi kami yang ada anak anak kecil ni duk kat pool jela... main kat sana, naik keretapi, rumah hantu tak masuk, ada swan lake, swan lake pun tak naik juga.. cuma lalu je, ada tiger alley... apa lagi ye... macam-macam lagi la... cukup enjoy la kami anak beranak... haqeem mula mula takut juga nak lepas sorang diri dalam air, tapi lama lama dah mula confident jalan sorang sorang dalam air.. berenang tak lagi la.

Pukul 3petang siap makan, siap main semua pun dah penat, terutamanya en suami, yang drive dari kol 4 pagi tu... huhuhu..siap check in kat Lost World Hotel, terus tidur. Malamnya dah start berkursus, Haqeem & abah tinggal dalam bilik. Jumaat pun full day berkursus, petang habis kursus, kami ke Kuala Sepetang naik bas Universiti . Sabtu kami free. Tapi yang sedihnya tak dapat nak berjalan jalan ke Ipoh, en suami dapat call cuti hari ahad dibatalkan, sebab hari ahad diorang terpaksa ke Kota Bharu untuk berjaga di sana, ada pilihanraya untuk gantikan tempat Arwah Tuan Guru Nik Aziz yang meninggal. Jadinya, hari sabtu, pukul 7 pagi kami dah tercongok kat kereta, siapkan barang semua, g sarapan, pastu terus bertolak balik... uwaaaaa.... Hakikatnya bila jadi isteri polis macam tula.. kena redha jela.. Dahlah 15hari kena tinggal sedih gila..

Jom layankan gambar percutian kami di sana....



No comments:

Post a Comment