Wednesday, 29 January 2014

CYST, FIBROID & RAWATANNYA.




WANITA & CYST?
Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka.

BEZA CYST DAN FIBROID
----------------------------------
Cyst: mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal
Fibroid: adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor. 

Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.

JENIS-JENIS CYST FIBROID
-----------------------------------
Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh fibroid tumbuh dalam rahim:

Fibroid 1.
> Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.

Fibroid 2.
> Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.

Fibroid 3.
> Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.

-----------------------------------


RAWAT CYST & FIBROID DENGAN GLA-COMPLEX SHAKLEE

Apa kebaikan GLA Complex Shaklee?

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 




ok... ada yang berminat nak cuba gla shaklee?
 
 
pm sy di fb murni nur islamiah bt kassim
page saya rizqi shaklee haqeem

juga blh msg/whatsapp 0199738135

COD sekitar Kuala Terengganu, Marang, Kuala Berang
Pos seluruh malaysia pun boleh, tiada sebarang kos pos dikenakan

Tuesday, 28 January 2014

Koleksi Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin



Petua 1: 
Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asm jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah stretchmarks.

Petua 2: 
Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

Petua 3:
 Ambil sedikit beras dan kisar halus. Juga sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

Petua 4:
Ambil Halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Petua 5: 
Ambil lengkuas Padi/Helang/ Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

Petua 6: 
Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.

Petua 7: 
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Petua 8: 
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.

Petua 9: 
Ambil lada hitam lebih kurang 2 1/2 genggam. Kemudian tumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian dibengkung kuat atau ketat.

Diet ketika Menyusu

 


Oleh kerana berat saya tak menurun dah sekarang sejak dua menjak ni, hari ni ter rajin pulak nak google pasal diet ketika menyusu, ni saya dapat dari blog babycenter. Entahla.. mungkin pengambilan supplement yang agak tunggang langgang, dengan 2minggu lepas ada 3 kursus yang saya hadir, semua pun ada minggu lepas, dari sarapan sampailah minum petang semuanya menambahkan berat badan, tambah pulak dengan masa yang terhad, selalu terlupa untuk telan lecithin & omega. Haisshhhh....esp pun tak shake sangat, tapi tak lah naik berat badan, cuma tak turun-turun lagi sejak sebulan lepas... acaner tu.. Sapa yang tak risau kan, baru anak sorang badan dah macam tong... aish....takmo takmo. Ok...jom baca macamana diet yang sepatutnya bagi seorang ibu menyusu, like u & me...cewahhh..jika badan anda macam saya la..

 

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda.(0k sekarang Haqeem baru 6 bulan, ada 4bulan g, sabar sabar) Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?

Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat. Panduan umum berikut dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat:
  • jangan tinggal sarapan pagi;
  • makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:.... erk.. macam susah je.. rasanya setiap kali saya beli epal mesti dalam 2 minggu jugak baru berjaya habiskan
  • sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda;
  • pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
  • kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi;
  • kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.

Walaupun sukar untuk mengurangkan berat badan selepas melahirkan anak, penting bagi anda melakukannya, dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Sedikit penambahan berat sebanyak 1-2 unit BMI di antara kehamilan pun boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis dalam kehamilan seterusnya. Anda juga lebih berkemungkinan untuk melahirkan bayi yang lebih besar.
 
Bilangan Kalori untuk ibu menyusu
 
Adalah dicadangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori setiap hari bagi memastikan susu untuk si comel anda sentiasa mencukupi. Juga penting untuk anda mengurangkan kalori secara perlahan-lahan, bukan mendadak kerana ia menyebabkan anda semakin terasa lapar dan mungkin menyebabkan anda makan dengan lebih banyak jika anda tak mampu menahan lapar. Apa yang penting...sabar...
 
Nak kira kalori setiap makanan yang kita mabik boleh gugle je 
 
cth: 
sepinggan nasi kosong  (satu setengah cawan) -260 kalori
paha ayam goreng (1) - 120 kalori
telur goreng - 110 kalori

jika anda mengambil nasi putih & ayam goreng untuk sarapan maknanya anda dah mengambil 380 kalori, jadi untuk tengahari, makan malam, bajet la berapa untuk cukupkan 1800kalori tu... cara mudah lagi, 1800 bahagi dengan berapa meal yang anda ambil cth, sarapan, makan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, supper... jadi 1800 bahagi 6  meal... 300 kalori setiap kali makan.. harus jugak ingat, makan malam perlu dikurangkan sedikit dari makan siang...pandai-pandai mengawal bilangan kalori yang anda ambil... jika anda serius nak diet lah...jika tak nak... hantam je semua benda...huhuhu...

Ok... untuk ibu menyusu, juga boleh mengamalkan set diet shaklee

alfafa-----utk detox, sesuai sangat untuk mereka yang sembelit, juga nak buang semua yang tak perlu dari badan anda. alfafa juga milkbooster yang merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu

lecithin -----utk bakar lemak yang anda ambil, memang lemak perlu untuk badan, tapi ada lemak jahat, yang tu perlu dibakar cepat-cepat suapaya dia tak menempel kat badan, pastu susah nak buang...aishhhh

omega----sangat bagus untuk ibu menyusu, sebab disamping untuk bakar lemak 2x ganda dari lecithin, ianya membantu kuatkan memori, untuk ibu dan anak juga, perkembangan otak bayi, biasanya ibu lepas melahirkan jadi cepat lupa, yela banyak urat-urat yang putus sewaktu melahirkan anak... 

esp-----memberikan rasa kenyang yang berpanjanngan, cthnya biasa saya ambil esp pagi, kenyang sampai tengahari baru saya makan..susu pun pekat & banyak, banyak lagi kebaikan esp ni boleh baca kat sini

ostematrix-----ibu menyusu berkongsi kalsium dengan bayi sejak dari dalam kandungan lagi, oleh itu pengambilan kalsium sangat penting untuk mengelakkan gigi berterabur sebelum masanya, sakit belakang ketika menyusu, kejang kaki, tulang rapuh... juga keperluan kalsium untuk bayi kita, nak bina tulang n gigi bayi...

vitamin c--- yang ni sampingan untuk ibu menyusu la, biasanya bayi akan terkena demam, selsema, batuk... dalam proses dia membesar, bayi akan selalu demam, bila demam antibodi badan akan dibina untuk melawan penyakit tersebut, vitamin yang diambil oleh ibu akan turut sama dinikmati oleh si comel kita, jadi pengambilan vitamin c oleh ibu turut sama menguatkan antibodi ibu & anak...

Itu je kot, perkongsian untuk hari ni... sambung kerja pulak... jumpa lagi di lain masa (macam berita pulak)

ok... ada yang berminat nak cuba shaklee?
 
 
pm sy di fb murni nur islamiah bt kassim
page saya rizqi shaklee haqeem

juga blh msg/whatsapp 0199738135

COD sekitar Kuala Terengganu, Marang, Kuala Berang
Pos seluruh malaysia pun boleh, tiada sebarang kos pos dikenakan

Sunday, 26 January 2014

Cara atasi Batuk Selsema & Demam untuk bayi

Sabtu lepas, 18 jan 2014 Haqeem mula mengeluarkan simptom-simptom yang tidak menyenangkan hati seorang mama. Mula-mula keluar tahi mata yang banyak, bermula dalam waktu tengahari, bila petang dah mula batuk-batuk, padahal seharian kami duduk kat rumah je sebab suami saya bekerja, memang tak ke mana la. Bila dah batuk berterusan tu, kami decide nak bawak Haqeem ke klinik Intan, memang selalu ke klinik Intan jela sebab klinik panel saya. Saya memang takda pengalaman menangani anak sakit, sebab Haqeem tak pernah demam sejak dilahirkan.

Pukul 6.30 petang sampai ke klinik Intan, agak jauh sebenarnya dari tempat tinggal kami,Dah sampai sana ramai pulak yg sedang menunggu, pukul 9.30 baru kami dipanggil, ada kes kecemasan. Takpalah, lagipun badan Haqeem tak panas, cuma risau jugak tahi mata keluar banyak dengan batuk-batuk tu. Dr cuma bagi ubat batuk dengan selsema. Tapi sakit Haqeem tu berlarutan pulak dengan selsema, hampir 5 hari batuk, Haqeem mula selsema, malam jumaat lepas badan Haqeem agak panas, saya tuam dengan basic H Shaklee tu, ok la turun suhu( saya x ukur suhu badan Haqeem, nervous punya pasal). Ubat pun saya tak bagi sangat, cuma bagi 1 ml sehari je sebab melalui google saya dapat tahu tak elok untuk bagi ubat pada bayi kurang setahun, kerana bimbang bayi tertidur terlalu lama dan kahak menyekat pernafasan bayi, sebab tu ada kes bayi mati ketika tidur.. nauzubillah..

Cuma saya sendiri, jika sebelum ni saya cuma telan/kemam vitamin c sebiji sehari, sejak Haqeem demam ni telan 2 biji pulak vitamin c, untuk kuatkan imun sistem badan Haqeem. Vitamin c tu disalurkan melalui susu. cerita pasal susu pulak agak sedih sebenarnya sebab Haqeem kurang menyusu, nampak kurus dah sekarang. Biasanya saya bekalkan Haqeem dengan 4 botol susu 3.5oz, tak habis pun.. kadang-kadang habis, kadang-kadang tak, sejak batuk ni, saya bekalkan 3 botol pun tak habis, yela nak bagi banyak-banyak bazir jugak, memang Haqeem menolak susu.

Jika DF dia ok je, cuma sekejap-sekejap dia berhenti untuk ambil nafas. Dua hari yang lepas dia agak kurang menyusu tp better DF daripada bg melalui botol susu, mulalah bengkak susu, pam pulak tak bawak balik tinggal kat ofis. Malas nak usung ke hulu ke hilir, jadinya bengkak susu tak usah ceritalah, baju entah berapa kali tukar sehari. Tidur malam lagi seksa, tengok-tengok basah habis cadar. Tapi bersyukurlah dengan rezeki ni, alhamdulillah susu tetap banyak walaupun kurang ransangan dari Haqeem. Terpaksa la saya lupakan untuk telan alfafa, sebab jika telan alfafa lagi banyak susu keluar.

Ni petua untuk kurangkan selsema budak bawah umur 2tahun yang boleh kita amalkan secara semulajadi.

Sebaik-baiknya, jgn bagi baby makan apa2 ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih, rawatan stim dan tepukan percussion. Ini ialah cara semulajadi yang sgt sesuai utk bayi. Orang dewasa pun kalau nak buat boleh je. Baru-baru ni baby saya 2 bulan batuk dan selesema, saya cuba cara ni walaupun mula2 tu ragu2 juga, tapi alhamdulillah, mmg BERKESAN. Mak dan suami sy pun impressed. Berikut, sy kongsi cara2 nya:

1) buat minyak bawang putih. For your info, bawang putih ni antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambik sebijik bawang putih, cucuk dgn garfu n bakar atas api sampai masak, kemudian letak atas pinggan, buang kulit yg hangit tu dn lenyek2 bwg putih tu dgn myk habbatussauda atau evoo atau vco atau myk masak pn boleh.

2) rawatan stim: cara ni boleh guna air panas letak dalam baldi atau periuk nasi atau steamer apa2. Macam saya, guna air panas dalam baldi je sbb senang tp wap cepat hilang. Dalam air panas tu, titikkan minyak bawang putih tadi. Nak campur dgn minyak habbatussauda' lagi bagus.

Then, letak baby atas riba, tiarapkan dan pastikan baby dpt hidu bau wap tadi. Dalam proses ni, lagi kuat baby nangis, lagi bagus sbb kahak lg senang keluar. Untuk yg new born sgt, pastikan muka baby jgn terlalu dekat dgn wap.

3) tepukan percussion

Lps dah abis stim dalam 10 minit, tepuk belakang baby dengan cara tgn cupping, macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TAK KENA TULANG BELAKANG BABY DAN PASTIKAN BERLAPIK. tepuk di bahgian kiri dan kanan shj. Bukan tengah2. Takut kena tulang belakang.
Tepuk dalam 5 minit setiap kiri dan kanan.
Tepukan ni untuk keluarkan kahak baby melalui hidung dan najis. Macam anak saya, kahak x banyak keluar ikut hidung tapi najis. Cara nak tau, najis dia warna lain dan lbh likat dp biasa. Kalau keluar hingus, sedut atau lapkan.

4) lap peluh baby dan peluk dia supaya dia tenang. Then, sapu bawang putih tadi kat dada, belakang dada, ubun2 dan tapak kaki


Nanti bolehla cuba kat Haqeem, pernah terbaca dulu tapi lupa dah, malam ni bolehlah buat. Tak tegar dah mama tengok Haqeem nangis.... huhuhuhu..

Wednesday, 22 January 2014

Alfafa


Sebenarnya lama dah nak taip entri ni, sejak shaklee keluarkan promo dari 1 jan 2014 lagi, tapi kesibukan yang tak dapat diatasi menyukarkan saya untuk menaip entri berkaitan alfafa ni. Alhamdulilah dalam sibuk-sibuk pun dah terjual 2 batch alfafa dengan harga promo. Alfafa ni didatangkan dalam dua saiz, botol kecik ada 330 pil dan botol besar ada 700 pil... jadinya kalau nak lagi jimat better ambik botol besar la. Promo ni bakal berakhir 31 januari 2014.

Apa kegunaan Alfafa?

Detox---- ramai yang tahu alfafa untuk detox semua benda yang tak perlu dari badan. Ok, contohnya pesakit resdung sangat perlu detox kuman-kuman penyebab resdung tu untuk membaiki sistem dalam badan. Macam tu alfafa ni berfungsi, detox ni untuk semua termasuk nak kurus pun kena detox, nak gemuk pun kena detox, boleh jugak untuk gout, arthritis, sinus...

Kacip fatimah---- senang nak cerita panggil kacip fatimah la, sebabnya sangat digalakkan untuk wanita, apa yang alfafa boleh buat adalah merawat masalah keputihan yang dialami oleh kebanyakan wanita, memberi kelegaan semasa haid, memulikan urat selepas bersalin, time mengandungkan kita bawak perut yang besar tu, banyak la urat-urat yang dah ta berapa nak ok. Juga boleh membuang angin dalam badan.

Antara kebaikan lain alfafa

***mengandungi segala zat keperluan harian
***melegakan sakit sendi dan belakang
***menghilankan kelesuan dan tekanan
***milkbooster untuk ibu menyusu, alfafa merangsang hormon prolaktin dalam badan ibu untuk menghasilkan susu yang cukup untuk si comel... comel mcm haqeemm...
***mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
***meneutralkan asid dalam badan sebab alfafa beralkali
***membesar dan menegangkan payudara
***membantu masalah penghadaman dan pencernaan
***meningkatkan stamina suami
***melegakan sembelit

Alfafa mengandungi vitamin k yang tinggi, vitamin k berfungsi memekatkan darah, jadi jika amalkan alfafa WAJIB minum air yang banyak.... setiap 25kg berat badan 1 liter ye. Jika tak amalkan alfafa pun wajib minum air banyak-banyak untuk keperluan badan.

satu lagi peringatan, alfafa tidak sesuai untuk pesakit SLE.

berminat nak cuba?

Boleh whatsapp saya 0199738135 atau boleh pm fb saya murni nur islamiah kassim atau boleh pm fb page saya rizqi shaklee haqeem...


Roadtax dengan etiqa

Wah...lamanya tak update blog ni. last update 30 dec 2013, dah masuk tahun baru pun. Punyalah sibuk 20hari pertama januari 2014 ni. Macam-macam yang perlu disettlekan, urusan kerja, roadtax kereta (sapa suruh beli kereta akhir tahun) huhuhu...lesson, kena beli kereta pertengahan tahu sebab nanti anak-anak(chewaaahhhh) dah sekolah, masa akhir tahun la nak keluar belanja banyak untuk persekolanan anak, nak beli buku, baju, yuran sekolah lagi... buku-buku tambahan... macam-macam la nak kena fikir, so kena menabung dari sekarang untuk masa depan mereka.. Alhamdulillah Haqeem dah ada akaun tabung haji, duit yang orang bagi tengok anak, duit raya semua masuk tabung haji dah. Untung Haqeem, mama dulu dah tingkatan 1 kot baru ada buku simpanan, tu pun takda simpanan pun dalam tu... kesian mama, tapi kesusahan tu mematangkan mama.

ok... sambung roadtax macam biasa dengan etiqa, saya suka buat sendiri semua benda, sebab nak jimat & tau semua prosedur, jadinya memang tiap-tiap tahun saya akan sambung insurans kereta kat etiqa pastu g kat bank islam untuk bagi diorang buat roadtax. Bank islam takkan serahkan geran kereta kat peminjam selagi tak habis bayar pinjaman kereta, huisssh...sabar la untuk 5 tahun lagi... hari tu orang etiqa tu bagitau boleh je bayar roadtax kat myeg tak yah pakai geran... oh jakunnya saya, rupanya ada lagi yg saya ketinggalan zaman, hahaha..jadi la pergilah kat pejabat myeg kat jalan batas baru, kedai tu nama myspeed, tapi boleh tahan jugak harga, kalau biasa bank islam ambik rm10 untuk cas perkhidmatan, myeg ambik rm15. Takpela, rezeki diorang. Tahun ni NCD dah jadi 38% jadi takdalah mahal sangat insurans kereta.

Lepas hampir seminggu sambung insurans kereta tiba-tiba dapat cek dari etiqa bernilai rm49 kot tak silap, huhu....perkongsian keuntungan katanya. Tiap-tiap tahun bayar ratus-ratus dapat bonus rm49 je? Huhu..kelakar je, Tapi rezeki terima jela, lepas la jugak duit minyak kereta 3 hari g keje.

Serentak dengan tu masuk pulak bonus shaklee, rezeki lagi.. alhamdulillah berbaloi dengan usaha bulan lepas. InsyaAllah jika diizinkan olehNya ingin sekali menambah rezeki yang ada. Buat masa sekarang Shaklee memang bisnes sampingan, saya berdoa agar dimurahkan rezeki dengan Shaklee. Ada orang sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada, saya pun bersyukur juga, tapi saya nak lebih, sebab nak keselesaan hidup.. . dan... kalau boleh nak jugak la bawak family pergi umrah.. haji kena ikut kuota kan. Harapnya macam tu lah.

Nak bersama saya cari rezeki dengan Shaklee? Jom pm/whatsapp saya... InsyaAllah saya cuba membantu, tapi jangan pulak mintak duit dengan saya, saya tak mampu. Lately kerap benar dapat mesej mintak kredit, takda kerja betullah orang zaman sekarang, mungkin dia tak fikir apa impaknya jika seseorang tak halalkan hak milik dia, kan dah susah nak masuk syurga, kena cari orang tu kat padang masyar mintak halalkan yang dah termakan/terguna tu... tak ke susah.. tapi diorang ni tak fikir macam tu, fikir dunia je. Semoga diberi hidayah olehNya, hanya mampu berdoa, nak tegur banyak-banyak kang lain pulak ceritanya.

boleh whatsapp saya 0199738135 atau boleh pm fb saya murni nur islamiah kassim atau boleh pm fb page saya rizqi shaklee haqeem... semua pun boleh.

sama-sama cari rezeki halal, sesiapa pun boleh meniaga, yang penting bimbingan dan tunjuk ajar yang betul.. usaha yang berterusan... dan tawakkal

Wednesday, 1 January 2014

Bagaimana ingin menjadi ahli juga pengedar Shaklee

JADILAH AHLI SHAKLEE BERSAMA GROUP KAMI
KEISTIMEWAAN KAMI

  1. Sokongan berterusan
  2. Tutorial online
  3. Kelas dan coaching offline
  4. Seminar dan gathering
  5. Tips perniagaan dari Masters berpengalaman
  6. Pelbagai aktiviti menarik
  7. Anda tidak akan ditinggalkan bersendirian, kerja secara berkumpulan adalah keutamaan kami
BAGAIMANA NAK MULA?
Anda boleh memilih pakej-pakej di bawah:
  1. Membayar yuran RM75 (SM) / RM85 (SS) ATAU
  2. Membuat pembelian RM700-RM800 untuk keahlian percuma ATAU
  3. Pembelian 2 botol Vivix ATAU
  4. Pembelian 3 kotak Collagen Powder
Tanya saya bagaimana, saya pasti tunjukkan jalan, jangan segan silu. Setiap orang mulakan dengan langkah pertama akhirnya berjaya daki gunung. Tiada paksaan, anda buat anda dapat. Saya tak janjikan bulan bintang. Bonus akan dibayar setiap pertengahan bulan terus ke akaun anda. Pembelian juga boleh dibuat secara online.

Tak perlu kumpul stok, ambil stok terus dari HQ. Jimat ruang, jimat masa... pilihan di tangan anda 

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee



Sebab apa saya suka Esp: sebabnya... pengambilan yang berterusan membuatkan kulit jadi gebu, yang paling saya suka strechmark yang berbelang-belang masa pregnant dulu dah pudar. Bukan ambik 1tin terus jadi come lote ye... ambik berpanjangan. Lagipun untuk diet, untuk menyusu jugak. Saya suka supplement yang ambik satu tapi banyak fungsi ni, sebabnya ambik untuk satu masalah tapi masalah lain pun settle. Haa..gitu.

Ok.. meh nak cite sikit pasal esp.

esp ni dihasilkan daripada kacang soya bermutu tinggi yang hanya menggunakan non-gmo... apa tu non-gmo(non-genetik modified organism), ianya ditanam secara semulajadi, tidak mengubah morfologi kacang soya tu sendiri, kebanyakan soya yang berada dipasaran telah diubah kitaran hidupnya supaya tumbuh dengan lebih cepat kerana permintaan yang tinggi. Maka, terjadilah pelbagai kesan sampingan bila mengamalkan soya yang GMO ni.

Contohnya, ramai ibu yang minum soya untuk kulit baby yang putih, tapi bila baby dah keluar, kulit baby mudah sensitif, cepat kena ruam, berkudis, berparut dan sebagainya. Jadi sebagai ibu, buatlah pilihan yang bijak untuk anak yang tercinta ya... 1kotak soya yang kecik rm1.50, hari-hari minum 2kotak dah rm90, tak banyak beza pun dengan harga esp shaklee ni, harga pasaran rm150, harga saya..lain pulak.. kena la contact saya untuk tau. Biasanya tahan dalam 45hari-2bulan, bergantung pada pengambilan lah.. ada hari saya ambik 2 sudu, ada hari saya ambik 3 sudu. Shake je siap minum. Saya suka rasa yang original. Boleh juga campur dengan pelbagai jus, yogurt.. bergantung pada citarasa masing-masing, tiada paksaan dalam pengambilan esp. Cuma tak boleh bancuh panas-panas, sebab boleh merosakkan kandungan protein dalam esp itu sendiri.


850g esp dihasilkan drp 30kg kacang soya... dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Ia juga dijamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, tapi sangat diperlukan oleh manusia, turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral, kandungan indeks glisemik(G.I) juga rendah iaitu 39, sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.

Satu hidangan esp bersamaan

2kali ganda daging
4kali ganda telur
12kali ganda susu
rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh badan kita.

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ, juga meransang psikologi. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah kelebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ.

Kekurangan protein di sini bukanlah dengan hanya boleh diatasi dengan esp sahaja. Banyak sumber protein yang lain.. eg: telur, daging, ikan.. tetapi kandungan protein yang terdapat dalam sumber makanan tersebut mudah rosak akibat suhu yang tinggi. Jika nak selamat, bolehlah cuba esp sebab esp diproses pada suhu yang rendah tanpa alkohol dan pengawet.

Protein soya merupakan faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul. Jadi apa tunggu lagi, jom cuba untuk kesihatan, kecantikan.. sangat sesuai untuk yang mahu mengandung, sedang mengandung dan juga yang menyusukan, sebab sewaktu mengandung dan ibu berkongsi khasiat makanan yang diambil dengan bayi dalam kandungan. Hidangkan yang terbaik, pasti hasilnya terbaik.

Nak cuba

pm sy di fb murni nur islamiah bt kassim
page saya rizqi shaklee haqeem

juga blh msg/whatsapp 0199738135

COD sekitar Kuala Terengganu, Marang, Kuala Berang
Pos seluruh malaysia pun boleh
.