Hari isnin yang lepas layan episod akhir Jodoh Musin ke 2, sejak dah kahwin dan ada anak ni saya kurang melayan drama bersiri ataupun apa-apa rancangan bersiri sebabnya malas nak menunggu. Hehehe..kalau dulu cerita TV3 petang-petang tu memang hari-hari layan, tercongok je depan tv lepas balik keje, kalau tak sempat siap buka dekat tonton lagi. Hehehe...tapi sekarang tak dah.. sampai je rumah, terus cari Haqeem, susukan dia, mandikan dia... dia tidur.. masuk dapur pulak, kemas baju, buat kerja rumah... banyak benda lebih penting daripada melayan tv.
Tapi, cerita jodoh ni saya terlayan pulak.. hehe..sebab ceritanya jam 10.00 malam, masa tu dah rilek, saya suka jalan cerita yang lawak, santai-santai, bukan drama beratm, tak mampu nak perah otak berfikir, drama-drama indon cerita hilang anak tu memang tak layan lah.. haha..
Cerita Jodoh ni mengisahkan Elle, seorang yang sedang mencari jodonh dan calonnya suaminya ada 10orang kalau tak silap(episod mula-mula tak layan sangat), pastu dia ditukar atas kelayakan, ramai orang tak suka dia, pastu dia komplot dengan Nick untuk bolot wang 1juta, huhu..bagi yang layan cerita ni taulah ye... malas pulak nak tulis panjang-panjang, apa yang saya nak kongsikan kat sini... walaupun Zara dah pilih yang terbaik, namun Nick bukan jodoh dia, sebenarnya itulah realiti kehidupan, dalam mencari pasangan, bukan kesempurnaan yang kita cari tetapi sejauh mana kita menerima kelebihan dan kekurangan pasangan kita. Di setiap kekurangan itulahm, kita patut lengkapkannya. Bagi saya, tak perlu mengharap yang terlalu sempurna kerana kadang-kadang kesempurnaan itu membuatkan kita tak bahagia.
Dalam fasa perkahwinan pula, banyak yang perlu dilalui, bayangkan kita dah 20-30tahun tinggal dengan ibubapa kita, tiba-tiba kita pindah tinggal bersama lelaki yang mungkin kita baru kenal sebulan dua, atau mungkin setahun dua, jadi, perkara yang paling penting adalh bersabar dengan kerenahnya, sama jugaklah di pihak lelaki, yang penting belajar untuk terima kekurangan dan kelebihannya.
Saya dan suami mula-mula berjumpa pada akhir tahun 2010, kahwin hujung bulan Mei 2012, lahirkan Haqeem 1 Julai 2013, semalam birthday Haqeem, hehe... belum buat sambutan lagi sebab saya kerja, insyaAllah jumaat ni akan buat celebration untuk Haqeem. majlis buka puasa simple-simple je. Saya dan suami pun masih dalam fasa perkenalan, banyak lagi perangai dia yang saya belum tau, banyak jugak perangai saya yang dia belum tau. tapi Alhamdulillah kami mampu menyesuaikan diri. Walaupun kadang-kadang ada jugak benda yang tak puas hati, rasa nak marah, nak terajang pun ada kadang-kadang.. haha..tapi tak pernah lagilah saya terajang suami saya tu, cubit-cubit manja jerr...kikiki...
Sedih jugak bila dengar ada rumah tangga yang tak mampu bertahan, yang sedihnya baru je sebulan dua kahwin dah sibuk nak cerai, belum pun kenal hati budi.. masing-masing tak sabar, nak tegakkan pendirian masing-masing. Cerai sepatutnya menjadi pilihan yang terakhir dalam rumahtangga, jika ada situasi tegang tu, saya pilih untuk bertenang, banyakkan masa dengan anak, kurangkan berbual dengan suami, kerana jika terus berbual/bertekak syaitan semakin menghasut.. jadi jauhkan jarak untuk sementara, mungkin dia di depan tv, saya di dapur, sibukkan diri dengan kerja-kerja lain... bila dah boleh kawal emosi baru berbincang. Pastikan anda berbincang dari hati ke hati.
Ok... sampai sini saja tips untuk anda yang sedang ada situasi tegang dengan pasangan anda. Bagi yang tak kahwin lagi tu, kahwin la cepat-cepat jika dah ada calon, doa banyak-banyak semoga semua urusan anda ke gerbang perkahwinan dipermudahkan. Semoga dengan berkat ramadhan ini kita semua dikurniakan hidup yang bahagia, anak-anak soleh, suami soleh, isteri soleh.. mak ayah mertua yang soleh.. hehe...
Doakan juga Haqeem jadi anak yang soleh, taat pada Allah, diberi kesihatan yang baik. Amin...
No comments:
Post a Comment