Sunday 22 February 2015

Haqeem: 20 bulan

Assalamualaikum..

Pagi ahad yang ceria... sebab pe ceria... sebab hari ni banyak sekolah yang masih bercuti, sambung cuti raya cina katanya... jadi jalan raya agak lengang, biasanya sampai pukul 8, hari 7.40 pagi dah sampai ofis...

Dah siap tengok sel sel yang sangat disayangi, tengah prewarm semua media-media untuk sel, sementara menunggu menulis la kejap. Alhamdulillah hari ni kami sihat sihat je.

Haqeem... lagi 6hari dah nak masuk 1 tahun 8bulan, 20 bulan lebih kurang. Alhamdulillah perkembangannya baik baik saja, boleh bercakap sikit sikit, mama, abah, haqeem, dia dah pandai sebut bila kita ajar. Perkataan yang paling dia suka sebut, baby dengan gajah... huhuhu...

Setakat ni, berjalan, berlari dah pandai.. cuma bercakap dan gigi je lambat sikit. Tapi ok je sebenarnya, semuanya ok ok saja. Berat dia setakat yang ditimbang bulan lepas 8.5kg, agak membimbangkan sebenarnya.. sebab Haqeem sepatutnya sekarang dah berbelas kilo.. ikut carta berat normal baby la kan. Sekarang berat Haqeem dah masuk line kuning...sentiasa dalam line kuning sejak 1tahun lepas... huhuhu... bila jumpa nurse, nurse suruh bagi makan banyak, makan appeton, makan nasi dengan planta, lebihkan planta, masukkan minyak zaitun dalam makanan dia. Huhuhu.. semua saya dah buat.. tapi berat dia naik sikit sikit je.. 100gram.. 200 gram... hurm... yela.. macam mana nak naik beratnya kalau lepas makan je berak.. banyak pulak tu beraknya. hurm... tak menyimpan langsung budak ni.

Bila jumpa doktor, doktor cakap it's ok, as long as anak awak ni sihat, berat naik... bukan turun, walaupun cuma naik berat 100g sebulan takda masalah asalkan ada perkembangan, bukan penyusutan.. macam tu pulak. Alkisahnya doktor tu cakap anak dia pun kurang berat, tapi dia kata normal la anak picky eater, anak dia pun macam tu, yang penting dia sihat & berat dia ada kenaikan walaupun cuma 100g. Kalau berat turun, itu yang perlu dibimbangkan sebab berkemungkinan anak tu kecacingan, ada sakit, demam berterusan, itu yang perlu dibimbangkan. Doktor pun dah malas nak suruh saya jumpa nutritionists tu... yang penting kena banyak try & error, bagi je apa saja makanan yang berkhasiat kat anak, kalau dia suka makan bagi banyak sikit.

Haqeem sekarang setiap hari saya bekalkan twigies perisa vanilla, roti yang 70sen tu... eh dah naik harga 80sen.. pastu bekalkan dia jelly yang panjang tu, kat rumah time cuti saya selalu buat sup ayam, saya tumis bawang dah rmpah ratus pakai planta( untuk membekalkan lemak) pastu letak ayam, tulang ayam banyak banyak pun takpa sebab nurse kata rebus tulang ayam bagi dia makan, kalsium banyak tu.. pastu letak carrot, kentang, daun sup.. siap. Suka benor haqeem hirup sup tu.. oh ye.. garam secukup rasa.. jangan masin sangat tak elok untuk baby. Biasanya 1 mangkuk kecil habis sekali makan, nasi letak asing..buat macam nasi air la.. Haqeem kalau lebih nasi dia tak suka jugak.. yang penting ada carrot, warna warni tu dia suka la... huhuhu... boleh jugak nak tukar tukar, buat sup ikan ke sup daging ke... tapi saya buat sup ayam je, kami mama & abahnya tak suka makan daging.. huhuhu..

jom layankan beberapa gambar kami berkelah di hari cuti yang lepas.. berkelah kat pantai merang je, tak leh g jauh jauh.. abah haqeem kerja... 

Perahu sapa pun tak tau..Haqeem tumpang posing ye

senget la perahu mama duduk..

abah mama senyum... haqeem pulak serius mcm nak makan orang...

time ni mengamuk sebab nak main air.... cuaca panas gila nak main camana anak oiiii




Sekian dulu la coretan hari ni.. daripada pagi tadi mengarang.. sekarang baru siap.. masuk makmal dulu.. g makan dulu baru sambung cerita.. huhuhu...


No comments:

Post a Comment